Assalamualaikum and hai =D
Tengok tajuk macam nak bagi tip-tip yang berguna je. Kali ni bukan nak bagi tips tapi nak luahkan apa yang aku fikir waktu belajar subjek Komunikasi Saintifik. Subjek ni tentang cara-cara penulisan tesis mengikut Format Gaya UKM. Masa dalam kelas tu, otak aku macam biasa merayau tak tentu hala dan terjumpalah ilham tulis entri ni. Aku rasa ada beberapa persamaan dalam penulisan tesis dan penulisan cerpen berdasarkan pemerhatian aku.
1) Pemilihan Tajuk
Tajuk hendaklah menggambarkan keseluruhan cerita dalam satu ayat yang ringkas, padat dan pendek. Ia hendaklah mengandungi kata kunci yang bertepatan dengan jalan cerita/projek. Tajuk yang catchy dan bermakna amat digalakkan terutama dalam penulisan proposal bagi tesis.
2) Sinopsis vs. Abstrak
Kedua-duanya diperlukan untuk menggambarkan keseluruhan cerita secara ringkas. Pada bahagian inilah yang perlu menggunakan kreativiti agar orang tertarik untuk membaca cerpen atau tesis tersebut.
3) Impak kajian
Bukan nak kajian/cerpen yang eksklusif/bombastik sangat tapi biarlah yang ada tujuan. Bukan sekadar sebab tak ada orang buat lagi. Macam yang aku cakap dalam entri sebelum ni, mesti ada sebab yang kukuh dalam pemilihan projek tersebut. Kalau nak tulis cerita, memanglah kita tak nak yang cliche tapi biarlah yang ada nilai moral dan mendatangkan faedah kepada pembaca. Secara ringkasnya, jangan syok sendiri bila menulis. *amboi kasar. Sorry. Tapi itulah mesej yang aku nak cakapnya.
4) Catat Idea
Habit mencatat sebarang idea yang menjelma adalah penting bagi seorang penulis cerpen/novel dan begitu juga untuk penulisan tesis. Bila dah ada beberapa idea, jadikan ayat yang lengkap secepat mungkin. Jangan kumpul catatan idea sampai bertimbun, lepas tu tak ingat sepatutnya idea tu letak dekat part mana. Buat penat je.
Ha! Tiba-tiba teringat, masa aku tengok cerita Full House, aku pelik juga kenapa hero hadiahkan recorder dekat heroin yang kerja sebagai penulis tapi sekarang aku dah faham dah. Mula-mula aku tak faham la sebab perempuan tu bukannya penyanyi nak record bagai, kan? Baik dia bagi laptop ke, buku ke, ada la function juga. Rupa-rupanya, kalau difikirkan semula, bila penulis dapat idea, dia boleh rekod terus idea yang dia fikir dan cakap. Tak perlulah menulis dekat atas kertas ke, buku conteng ke apa. Nanti idea ke mana, kertas ke mana, pen ke mana. Tengah sedap-sedap menulis, idea hilang. Tak ke haru. Jadi, lagi cepat kalau di rekod sahaja suara dia. Tapi satu hal pula kan nak dengar semula apa dia rekod. Buatlah yang mana senang dan selesa mengikut kehendak masing-masing.
5) Banyakkan membaca
Lecturer aku cakap, kalau nak ada banyak idea untuk menulis, kena rajin membaca. Yes! Betul tu. Aku setuju 100%. Hehe.
Sebab apa?
Dulu, bila aku nak tulis cerita berwatakkan seorang pesakit Talasemia, aku memang blank habis sebab aku kurang ilmu bab-bab penyakit ni.
Apa jadi dengan cerita aku tulis tu?
Terbengkalailah jawabnya selagi aku tak study tentang penyakit tu. Lagi satu, kalau kita tak banyak buat rujukan, kita akan cenderung menggunakan istilah yang sama sepanjang cerita.
Apa masalahnya kalau guna perkataan yang sama?
Cerita tu kan jadi sangat membosankan. Untuk tulis entri yang pendek macam ni bolehlah nak ulang tapi kalau dah berbelas berpuluh muka surat asyik ulang benda yang sama, memang orang taubat tak nak baca dah.
Macam tu juga dengan tesis. Penggunaan bahasa dan istilah melambangkan pengetahuan seseorang. Elaboration part mestilah tak sama dengan ayat dalam main point.
Contoh ayat ulang :
Ali pergi makan nasi. Ali makan nasi di kedai Abu. Kedai Abu adalah tempat Ali makan nasi.
Ayat macam tu memang menyebabkan karangan atau penulisan kita nampak panjang tapi kurang berinformasi. Boleh faham tak?
6) Peram Tulisan
Ini bukan nak buat pekasam ke apa tau. Ini adalah proses yang sangat penting setelah selesai menulis cerpen/novel/tesis/proposal. Dengan kata lain, jangan buat kerja last minute. *pesanan untuk aku terutamanya.
Macam mana nak peram?
Bila dah settle tulis satu bab / satu tajuk, biarkan lebih kurang seminggu, lepas tu baca semula apa yang ditulis. Waktu ni kita akan rasa "apa benda yang aku tulis hari tu ni?". Maka, bila ada perasaan macam tu, edit lah ye. Dalam masa peram satu bab tu, bolehlah tulis bab lain dan ulang cara yang sama. Sebab tu tak boleh tulis last minute. Nanti pembaca yang akan cakap "apa benda yang orang ni tulis?Merepek". Alkisahnya, ke lautlah markah FYP kita. Nauzubillah.
Ni tak tahulah membebel/nasihat/pendapat tapi harap berguna untuk pembaca sekalian. <3
Tuesday, 29 September 2015
The FYP Part 2
Assalamualaikum,,
Salam Aidiladha. *macam dah lambat je nak wish.
Apa cerita FYP aku? Tak ada banyak perkembangan sangat sebab aku asyik tangguh-tangguh kerja. Bukan apa, bila aku nak buat something, mesti datang masalah yang membuatkan aku tak jumpa jalan keluar. Ala-ala ada dalam maze dah aku ni. Disebabkan itulah aku makin bertambah malas. =P Heee...
Lepas dah jumpa SV untuk FYP masing-masing, maka bermulalah sesi cari-mencari, Google-mengGoogle, selongkar segala jurnal dan tesis insan-insan terdahulu yang hampir sama (ada keyword yang similar) dengan projek yang kita akan lakukan. Kenapa? Bukan untuk copy and paste ye tapi untuk rujukan kita dalam melakukan penambahbaikan terhadap projek tersebut. Setakat ni aku dah cari beberapa bahan rujukan di Google Scholar dan di beberapa Open Access journals. Aku masih belum mula mencari jurnal di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM sebab aku bercadang untuk search jurnal dari portal GEMILANG dahulu. Apa dia pula GEMILANG ni. *sambil garu kepala. Dewan Gemilang ke Jalur Gemilang?
Dua-dua bukan ye. GEMILANG ni portal katalog perpustakaan UKM yang merupakan singkatan kepada Gedung Maklumat Ilmu Tun Seri Lanang. Apa-apa koleksi dalam library seperti jurnal, kamus, tesis dan sebagainya boleh dicari secara online sahaja di laman web ini. gemilang.ukm.my
Ada juga e-journal dan e-thesis yang boleh dibuka menggunakan nombor matrik dan ID yang sama untuk buka portal GEMILANG. Segalanya di hujung jari. *dan ini menyebabkan aku malas pergi library.
Bagi student Fakulti Sains dan Teknologi (FST) macam aku ni yang berada di bawah Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi (PPBsBt), bolehlah cari tesis senior yang disarankan oleh SV masing-masing di Bilik Sumber. Untuk meminjam tesis-tesis tersebut, perlulah ada kad ahli pusat sumber. Minta borang di pejabat PPBsBt untuk membuat kad tersebut dengan bayaran RM3.00 sahaja. Amatlah disarankan untuk mendapatkan maklumat tesis (tahun/tajuk/nama penulis tesis) yang ingin dicari sebelum ke bilik ini bagi memudahkan urusan.
Bila dah settle proses mengumpul bahan rujukan (untuk permulaan, afdalnya lebih kurang 15 bahan), baca dan hadamlah maklumat yang ada supaya lebih memahami projek yang akan dibuat nanti.
Proposal boleh mula ditulis setelah mendapatkan maklumat secukupnya. Penulisan proposal yang baik akan memudahkan proses penulisan tesis nanti. Part proposal ni hold dulu sebab aku tak mula tulis lagi. Masih mencari contoh proposal dari senior yang sesuai untuk dirujuk.
This is the moment to set your mind "this is my thesis not my supervisor's project".
Kenapa? Sebab waktu viva nanti, lecturer yang menilai tak nak dengar jawapan "entahlah, lecturer yang suruh" , "akak dekat lab cakap macam tu", ataupun "lecturer dah tetapkan saya buat sample ni". Kalau rasa tak nak belajar dah, sila buat =P Heee... It's the fact yang lecturer suruh buat macam tu, macam ni, but you need to give concrete reasons why you do the project. Protect your project as much as you can. Kalau tak suka projek tu, bolehlah berbincang dengan SV secara aman bagi mengelakkan masalah lain timbul dan tukarlah projek lain. Analoginya macam nak kahwin dengan pilihan keluarga la. Ewah. Kalau tak suka, cakap tak suka dan bagitahu calon yang macam mana berkenan di hati. Bila dah pilih calon tu, mestilah ada complete reasons kenapa pilih dia. Tak kan nak kata parents suruh lagi. Kan dah bagi masa untuk argue. Ada faham?
Aku pun masih dalam proses "mind-setting".
Lagi satu, memandangkan penulisan tesis ni adalah dalam Bahasa Melayu (kita UKM, kan), maka pelajar FST bolehlah rujuk Portal Maya Istilah Sains (ETISAS) untuk translate bahasa.
Itu sahajalah setakat ini.
Ok, good luck!!

Ini jadual waktu bilik tersebut beroperasi bagi bulan ini. Dapatkan maklumat waktu operasi sebelum pergi. |

Tuesday, 15 September 2015
The Theater "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" by HAMKA
Assalamualaikum!!
You all, please teman aku pergi teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Please, please, please.
Semangat betul aku nak pergi. Sebabnya aku tak pernah lagi tengok teater yang gah macam ni. Selalunya tengok teater dekat sekolah/uni je. Lagipun, aku dah baca karya HAMKA tu. Bahasa dia memang belit-belitlah aku nak faham sebab aku bukan orang sastera. Tapi mesej dalam cerita tu sampai dekat pemahaman aku. Yang paling membuatkan aku beria, bersungguh nak pergi ni sebab....
Tadaaaa!!!! Ada Amar Baharin. Setakat ni bila dia berlakon, memang darah menggatal aku mulalah menggedik semacam je. Haha. BTW, bukan pelakon tu yang kita kena tengok. Tapi, perhatikan kualiti pementasan, lakonan dan berjaya atau tidak seni penulisan HAMKA diadaptasi lalu dibawa ke pentas teater.
Selain karya HAMKA ni, aku ternanti-nanti karya RAM yang khabarnya akan dibawa ke layar perak. Aku memang tak boleh terima kalau adaptasi tu nanti tak seperti yang peminat RAM bayangkan. Aku minat sangat-sangat tahu tak karya RAM. Peace. Cuma duit saja tak banyak nak beli semua novel beliau.
Nanti aku fikir nak pergi ke tak teater tu. Hehe.

The Ramadan Story (3)
Diari 27
Ramadan.
Hari ni aku menelaah sekali lalu
buku “290 Nasihat Untuk Muslimah” yang aku beli menggunakan BB1M dahulu. Pada
pandangan aku, nasihatnya tidak sampai 290 sebab ada beberapa bab nasihat yang
hampir sama seperti bab mengingkari kebaikan suami, meninggikan suara dan mengadakan
majlis pernikahan di hotel. Terdapat beberapa nasihat yang masih boleh
digabungkan dalam satu tajuk. Tetapi, ilmu baru yang dapat saya peroleh
daripada penulisan buku tersebut adalah mengenai zakat, aurat, dan beberapa
perkara lain lagi termasuklah berkaitan mandi wajib, haid dan nifas.
Buku ini turut menyatakan
halangan dalam menggantung gambar bernyawa pada dinding rumah dengan disertakan
beberapa riwayat. Kalau tanya saya riwayat sahih atau tak, saya tak dapat nak
pastikan sebab saya tak arif bab-bab ni. Sabda Nabi S.A.W yang dinyatakan dalam
buku tersebut ialah :
“Malaikat tidak akan memasuki
rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.”
Hal ini kerana, gambar-gambar
tersebut mungkin membangkitkan kesedihan atau rasa bangga diri. Katanya, kalau
untuk kenang-kenangan, cukuplah sekadar simpan di dalam hati. Walaupun hati ini
tidak berapa menyetujui kenyataan tersebut, tetapi saya hanya menyampaikan.
Dahulu saya tidak bersetuju jika
ada pihak yang melarang remaja-remaja meminati artis Korea dan seangkatan
dengannya kerana menyatakan mereka menyebarkan agama mereka melalui hiburan.
Mungkin kenyataan itu benar, tetapi tidak kena dengan kefahaman yang saya
mahukan. Tetapi sewaktu membaca buku ini, saya temui penjelasan yang saya
mahukan. Apabila menyukai sesuatu yang akan membawa kepada sufur (membuka
aurat), tabarruj (berhias berlebihan), dan pelbagai kerosakan moral yang lain,
ia adalah dilarang. Jika menyukai atau menonton sesuatu yang dilarang Allah, lalu
membawa kepada keinginan untuk melakukannya, ia adalah salah. Jika menyukai
seseorang atau menjadikan seseorang itu idola sedangkan
kita tahu dia tidak mematuhi perintah Allah, maka ia adalah kecintaan yang
dilarang kerana ia timbul daripada pandangan yang disertai nafsu.
Fuhhh
ayat, kalah ustazah. Nampak la macam lepas baca buku. =P
Aku memang pro menulis lepas baca buka. Ayat aku tiba-tiba jadi matang dan habit ini sangat membantu waktu aku SPM dulu. Setiap kali exam pertengahan ke, exam percubaan ke, aku akan baca novel atau apa-apa sahaja yang aku suka dan keesokan harinya aku boleh blend perkataan yang aku baca dalam penulisan esei aku. I like.
Inilah rahsia kenapa esei aku jadi contoh waktu Form 5 dulu. *tak baik tau bangga* =P
*kalau guna "aku" ke "saya" ke sama saja kan maksudnya?Hehe*
*kalau guna "aku" ke "saya" ke sama saja kan maksudnya?Hehe*
The "One Liter of Tears" drama
Assalamualaikum.
Banyak pula entri aku hari ni. Bukan apa, aku nak cerita tentang drama Jepun yang dah 10 tahun ditayangkan tapi aku baru tengok waktu cuti semester baru ni.
One liter of tears
Untuk sesiapa yang dah tengok, mesti dah tahu kan betapa sedihnya cerita ni. Kisah seorang pelajar sekolah yang mempunyai penyakit Spinocerebellar degeneration. Penyakit tersebut tidak dapat diubati waktu itu tetapi dia mampu positif dalam kehidupannya. Apa yang aku terkilan adalah perlahannya perkembangan
teknologi dalam bidang perubatan menipiskan peluang untuk pesakit itu sembuh. Kepada sesiapa yang belum pernah tengok cerita ni, aku sarankan untuk anda tonton dan kaji kisah ini. Sacrifice, love, strength, support and tears mix in this story.
The Ramadan Story (2)
Nukilan 26
Ramadan 1436 H.
Buku "Begini, Sayang!" Ditulis oleh
penulis yang sama seperti buku “Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari”
menceritakan cara mereka menanamkan rasa kecintaan terhadap Islam dalam diri
anak-anak mereka.
Walaupun buku sebegini masih terlalu awal untuk ditelaah oleh
orang bujang macam saya tetapi apa salahnya kita belajar melalui orang yang
berpengalaman agar kita lebih bersedia menghadapi cabaran akan datang
memandangkan generasi Z kita nanti lebih terdedah dengan hebatnya teknologi. Penulis
menyarankan agar ibu bapa melayani anak-anak yang asyik bertanya walaupun
soalan yang remeh supaya tidak menumpulkan fikiran mereka dan menerapkan
kefahaman tauhid dalam jawapan yang diberi. Contoh dan analogi yang mudah
difahami serta kreatif perlu disediakan agar anak-anak lebih jelas tentang
mesej yang ingin kita sampaikan. Selain itu, pesanan, nasihat dan kata-kata
sayang boleh disampaikan kepada anak-anak sewaktu mereka hendak tidur agar
minda bawah sedar mereka mudah menghadam apa yang kita pesan. Cerita-cerita
para rasul serta perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah juga mestilah sering
dikaitkan dengan kehidupan seharian dan diceritakan kepada anak-anak berbanding
kisah-kisah dongeng Snow White juga Cinderella. Dua lagi perkara penting yang
amat penulis tekankan ialah pelukan ibu bapa dapat membentuk jiwa anak-anak dan
ibu bapa tidak boleh memilih kasih dalam mendidik anak-anak. Tidak semestinya
anak yang kecil perlu dimenangkan dan menyuruh anak yang lebih tua untuk
beralah kerana hal itu akan menanam sifat berdendam, cemburu dan dengki dalam
diri anak-anak.
Itu sahaja ilmu yang dapat saya
kongsikan setakat ini. Orang lain cerita tempat-tempat pelancongan yang
romantik, barangan kosmetik dan tutorial shawl segala mak nenek. Aku
pula cerita fasal buku. Nerd ke? =P Bukanlah. Ilmu ni luaskan. Kongsilah
apa yang kita tahu walaupun 1 ayat. Ok kawan-kawan?
The Ramadan Story (1)
Assalamualaikum.
Walaupun Ramadan sudah lama meninggalkan kita, aku masih nak update entri catatan bulan puasa aku. =P
Catatan
hari ke-10 Ramadan
Hari ni sudah genap
10 hari umat Islam menjalankan ibadah puasa. Alhamdulillah, sudah lepas fasa
Ramadan yang pertama iaitu kerahmatan. Sudah khatam beberapa buah buku yang dibeli
pertengahan sem dahulu antaranya Diagnosis2, Cukup Derita Itu, Street Vandetta,
Suami Bukan Malaikat Isteri Bukan Bidadari dan Begini, Sayang!. Alhamdulillah,
buku-buku tersebut ada memberi sedikit sebanyak pencerahan kepada diri ini mengenai
kehidupan. Seperti yang kita tahu, buku Diagnosis2 ditulis oleh doktor-doktor
yang hebat dalam menyampaikan mesej-mesej berguna kepada masyarakat seperti
jangan terlalu bergantung kepada bomoh berbanding rawatan di hospital dan
kepentingan menghormati ibu bapa. Tajuk yang menyentuh minta dan hati saya
adalah Typoglycemia dan Motivasi Terhebat Sepanjang Zaman tulisan Dr. Anwar
Fazal dan Norad karya Dr. Aizat. Saya amat berharap karya sebegini dapat
diteruskan untuk membuka minta masyarakat dengan nasihat ringkas, padat dan berkesan.
Gambar ambil dekat Google Image. Thanks untuk tuan punya gambar. |
Buku "Suami Bukan Malaikat, Isteri
Bukan Bidadari" yang ditulis oleh Mohd Hisham Mohd Sharif dan Hasifah Zainudin pula
menceritakan pengalaman penulis bersama beberapa orang rakan mereka serta anak-anak
mereka dalam menangani fitrah cinta dan rumah tangga. Buku tersebut terbahagi
kepada empat bahagian iaitu manual pranikah, manual cabaran rumah tangga,
manual tarbiah anak-anak dan manual hubungan dengan ibu bapa. Banyak nasihat
dan teladan yang dapat saya pelajari antaranya :
i)
Jika pihak
lelaki tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gah,
berbincanglah dengan pihak perempuan untuk memudahkan perkahwinan. Usah tunggu
cukup duit dahulu baru berkahwin. Dengan berbincang, mungkin belanja
perkahwinan dapat ditanggung bersama atau jumlah hantaran dapat dikurangkan dan
mengadakan kenduri dengan skala yang lebih kecil. Rancanglah perbelanjaan bukan
hanya untuk majlis perkahwinan tetapi untuk kehidupan setelah majlis selesai.
ii)
Kita tidak
pernah tahu kita sudah bersedia atau tidak untuk melangkah ke alam perkahwinan
kerana kesediaan itu perlu dicari bukan di nanti. Seperti kita mengulang kaji
pelajaran, kita hanya tahu kita mahir tajuk tersebut atau tidak apabila
berhadapan dengan soalan yang berkaitan
dan menjawab soalan peperiksaan. Dengan kata lain, tidak perlu menunggu
segala-galanya sempurna untuk mendirikan masjid.
iii)
Jangan
terburu-buru dalam membina rumah tangga. Pastikan mendapat redha ibu bapa
sebelum berkahwin. Mintalah pada Allah jodoh yang terbaik, bukan yang sempurna
segala-galanya.
iv)
Istikharah
bukan bermaksud mendapat mimpi apa yang patut dipilih, tetapi ia jalan Allah
menyampaikan petunjuk agar kita lebih yakin dan tenang dengan jalan yang
dipilih.
v)
Tidak
salah untuk perigi mencari timba tetapi risiklah dulu agamanya, sudah berkahwin
atau belum dan kesediaannya untuk berumah tangga. Lalu, lakukan istikharah dan
fikirlah cara untuk menyampaikan hasrat hati kepadanya. Sampaikan hasrat
melalui orang ketiga yang telah berkahwin dan berserah pada Allah.
vi)
Kehidupan
berumah tangga adalah sesuatu yang tidak dapat kita jangga. Kita sememangnya
boleh merancang arah dan matlamat rumah tangga tetapi jangan terlalu bermimpi
kerana ada masanya rumah tangga akan menjadi medan ujian buat kita.
vii)
Janganlah
berasa cemburu melihat anak-anak orang lain hingga membandingkan anak mereka
dengan anak kita kerana anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Setiap anak ada
potensi diri masing-masing dan potensi itu perlu digilap sesuai dengan
kemampuan. Bertanyalah pencapaian anak orang lain yang cemerlang untuk belajar
kaedah efektif dalam mendidik anak-anak. Tiada cara yang spesifik dalam
mendidik anak kerana setiap manusia itu diciptakan berbeza-beza.
viii)
Dekati
anak sebagai kawan agar mereka lebih memilih kita sebagai tempat meluahkan
perasaan, berbual, berbincang dan bergurau berbanding rakan-rakannya. Tanpa
masa yang berkualiti dengan mereka, yakinkah suatu hari nanti mereka akan
melayan kita waktu sudah tidak berupaya?
ix)
Pada usia
bayi - 7 tahun, tuntutan kasih sayang. Usia 8 – 14 tahun, tuntutan arahan dan disiplin. Usia 14 – 21 tahun,
tuntutan rakan karib.
x)
Biasakan
anak-anak untuk meminta izin sebelum masuk ke bilik ibu bapa dan asingkan
tempat tidur anak-anak apabila mereka sudah pandai meniru kata-kata dan
perbuatan ibu bapa agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
xi)
Dalam
menangani masalah antara memilih isteri dan ibu, suami mestilah mempunyai
pendirian dan ilmu yang cukup agar hati ibu tidak terguris dan isteri rasa
disayangi.
Gambar buku ini pun aku ambil di Google Image. Thanks. |
Moga catatan ini membantu para remaja yang dahagakan ilmu. =D
The "bikin aku satu puisi" poem
20 Ogos 2014
Ingin sekali gegendang ini
menghayati alunan itu
Alunan suara cinta syahdu
Bait-bait manis yang julung kali
berlagu
Apa mungkin kerana terbiasa
bersama selalu?
Lalu membuatkan akal itu tumpul
tak berasah
Idea itu kering tak bercurah
Fikiran itu merosot tak bertambah
Apa lagi yang perlu dipersembah?
Sebagai bukti rasa nan agung
Agar cinta yang gagah menggunung
Bukan sekadar omong kosong
Tidak hanya cerita bohong
Musabab itu, lisan ini meminta
Jalan terbentang memandu perigi
buta
Moga jelas pada akal warasnya
Perigi belum milik timba
selama-lama
“bikin aku satu puisi”
Tanpa syarat, moga ikhlaslah hati
Penantian ini tidak pernah
menyakiti
Bila hati sentiasa mengharap
tinggi
Meski tak seindah kata penglipur
lara,
Walau tak punya bait puitis
hiperbola,
Juga tak mampu ditafsir
ketulusannya
Hati ini masih boleh terpesona,
Akan kesetiaan itu
Akan janji-janji itu
Akan rima aksara itu
Pohonlah agar hati ini tidak layu
Jujurnya, bukan janji manis yang
dinanti
Sebetulnya, bukan kata pujian
yang dicari
Sebenarnya, bukan ucap magis yang
digali
Tapi, sehebat mana rasa ini akan
kekal abadi
************************************************************************
Puisi ini aku tulis tahun lepas. Ok ke tak aku pun tak tahu. Main tulis saja. Malu, malu, malu.
The lovey-dovey quotes
Assalamualaikum..
Kali ni aku nak post entri tentang cinta. Haha. Bukan aku jatuh cinta la. Tapi ini catatan lama yang aku terjumpa dan teringat waktu aku godek-godek laptop aku ni. Tapi aku dah edit daripada yang asal sebab macam mengarut pula apa aku tulis dulu. Bacalah. Jangan gelak tau. *segan I*

Kata orang, “cinta itu buta”
Kata orang, “cinta itu subjektif”
Kata orang, “cinta itu tidak
perlu diungkap”
Kata orang, “cinta perlukan
pengorbanan dan tidak semestinya dimiliki”
Hanya kata orang. Kata-kata yang terzahir dari pengalaman dan pandangan masing-masing. Betul atau salah, siapa
mampu pertikaikan?
Kata hati ini, “cinta itu tanpa
soalan, tanpa pilihan jawapan”.
Cukup sekadar percaya bahawa
dialah jodoh yang dinanti. Benar atau tidak, hanya Dia yang tahu.
Ibarat
“puzzle”, susunlah, aturlah, walau sesukar mana pun jalan untuk bahagia. Kerana
pasti ada sudut tepatnya seperti yang ditentukan Ilahi.
Bila bicara tentang cinta, orang
kata kita jiwang, gatal, malah muak mendengarnya tapi tidak sedarkah kita, kita
membesar dengan cinta dan kasih sayang dari orang sekeliling. Hinakah bila
jatuh cinta dengan sepupu sendiri? Jiran sebelah rumah? Rakan sekelas? Adik
angkat? Orang bawahan?
Tidak. Kerana itu cinta.
Mungkin itu klise bagi sesetengah
orang. Tapi, bayangkanlah. Hidup ini penuh dengan klise kerana ia satu istilah
yang mendatangkan pelbagai pandangan bagi setiap orang. Bagaimana untuk tidak
klise dalam bercinta?
Bercinta dengan haiwan? Klise…
Macam kisah putera katak.
Zaman sekarang ni tak ada apa yang pelik. Dengan vampire pun orang boleh bercinta. It's all about feeling. Ewahhhh...lebih-lebih kau kan Najwa.
Itu sajalah yang aku nak update.
Moral of the story? Tak ada kot.
The precautions during haze
Assalamualaikum, selamat pagi.
Sihat ke semua? Musim-musim jerebu ni kenalah titik beratkan kesihatan. Jangan selalu keluar rumah kalau tiada perkara penting, selalu minum air dan pakailah mask bila keluar rumah. Sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka khabarnya telah dibenarkan cuti hari ini. Manakala di UKM ini diadakan Pilihin Raya Kampus 2015/2016. Sepatutnya semua kelas ditangguhkan sehingga pukul dua petang nanti. Tapi pensyarah aku semangat sangat nak buat juga kelas pukul 10 pagi ni. Jadi, kenalah ambil langkah berjaga-jaga seperti yang tertera di bawah :-

Goodluck for today. Take care of yourself and your family.
Monday, 14 September 2015
The Very Simple Make-up from Newbie to Newbie
Assalamualaikum!! Hai everybody!!!
Ceriakan petangmu dengan senyuman dan make up. Ewah!! Meh sini meh. Budak baru belajar make up nak ajar girls yang tak biasa make up lagi. Tapi I tak ajar you all make up macam nak buat fashion show ye. Just simple make up untuk pergi kuliah sahaja. Tapi sebelum pergi beli alat solek tu semua, you all kenalah tahu jenis kulit masing-masing ye. Berminyak ke, kering ke, sensitif ke. Ok? Lepas tu, pilihlah produk yang bersesuaian dengan kulit masing-masing.
Actually, kalau kulit muka aku flawless, gebu, comel macam Korean look, aku tak pakai make up-make up ni dah. Ok, stop membebel Najwa. Kita mulakan kelas sekarang.
Apa perkara pertama kena buat? Cuci muka dahulu dengan cleanser yang bersesuaian dan halal. Tapi produk kosmetik ni banyak yang tak ada tanda halal dekat kotak and body product tu. Jadi aku tak tahulah halal ke tak. Kalau yakin halal, go on je la dengan produk yang kita yakin tu. Cuci muka pun bukan boleh pakat tonyoh tak tentu hala je. Kulit muka ni manja dari kulit badan kita yang lain. Dia nak dibelai-belai selalu. Gunakan jari tengah dan jari manis kita ye sebab pressure from both fingers are low.
Lepas cuci tu, lap muka dengan tuala yang bersih. Jangan gosok macam lap badan lepas mandi tu. Just press it slowly dekat sekeliling muka. Tapi selalunya aku tak guna tuala. Aku guna tisu. Senang. Lepas guna, buang. Aku guna Kleenex Tissue Soft Pack. Banyak dijual di pasaraya. Aku beli pun sebab ia bagus untuk kulit sensitif, texture tisu tu lembut, packaging pun cute je.
Pastikan guna facial tissue tau. |
This is facial cotton. |
*Gambar atas ni gambar toner tau.
Lepas siap sapu toner tu, sapu pula moisturizer. Pilihlah jenama apa pun tapi yang penting sesuai dengan kulit masing-masing. Dulu aku pakai Garnier Moisturizer yang Aqua Defence tu. Yang tu memang melembapkan kulit tapi sebab aku jenis oily-skin dan pakai make-up, so, make-up aku jadi sememeh sikit. Baru-baru ni aku tukar pakai Safi pula. Sari pokok lidah buaya dan habbatus sauda. Dalam dua hari pakai, kulit muka aku jadi kering sikit. Lepas minum air banyak sikit dari biasa, ok la. Make-up aku pun tak sememeh macam dulu.
Gambar ni credit to Syamimi Rosnee. Inilah moisturizer Safi. Kalau ada serum, boleh pakai before pakai moisturizer. Ataupun pakai sahaja serum tanpa moisturizer untuk kulit berminyak. |
Ok, sekarang bolehlah mulakan pakai make-up. Mula-mula pakai primer atau make-up base. Aku pun baru mula pakai primer ni. Sebab dulu main pakai BB cream terus. Aku beli jenama Revlon yang jenis natural. Satu jenis lagi untuk people yang skin tone dia tak sama. Memang lari bajet jugalah sebab student lagi, kan. Fungsi primer ni untuk meratakan make-up yang akan dipakai nanti dan memisahkan lapisan kulit dengan make-up. Jadi, kalau pakai make-up tebal-tebal, kulit muka tak tersumbat dan make-up tak berkepuk.
Letak primer ni pada belakang tangan, dap kan dengan span dan put gently on your face. Mula dari bawah mata, hidung, pipi, semualah. Ratakan tau. |
Next, pakailah foundation/BB cream/CC cream. Apa pula bezanya krim-krim semua ni? Bolehlah merajinkan jari untuk search. Jangan main beli saja tau. Perlu tahu kelebihan dan kekurangan cream tersebut sebelum beli. Fungsi utamanya untuk menutup cela pada wajah kita dan meratakan tona kulit. Aku suka pakai BB stick sebab malas nak guna jari. Sebenarnya aku pun tak ingat mana satu yang kena guna jari, yang mana kena guna span lembap. Hehe. Aku ada tengok dalam "Beauty Bible" tapi tak ingat.
Satu cream, satu lagi stick macam lipstick tu. |
Lepas tu bolehlah letak apa-apa jenis powder yang sesuai. Loose powder ke, compact powder ke. Bezanya? Ia berbeza mengikut jenis kulit dan berapa lama kita nak pakai. Zaman sekarang ni ramai yang suka pakai bedak yang 2-in-1 ataupun 3-in-1. Mudah dan cepat. After that, sapulah blusher sikit pada bahagian pipi yang timbul time kita senyum. Nak berjimat, just mix your foundation with lipstick. Kalau nak tahan lama sikit make-up tu, mix foundation with blusher.
Yang warna coklat tu, SimplySiti punya loose powder. Dalam banyak-banyak produk yang aku teringin nak pakai, aku memang mengidam nak pakai SimplySiti. Kenapa? Produknya aku yakin halal dan ramai yang berpuas hati. Elegant. Banyak yang aku nak, SimplySiti ada. Time kahwin nanti mohon bagi hantaran produk SimplySiti ye. =D
Dah siap pakai powder macam-macam jenis tu, bolehlah hias mata anda dengan eye primer, eyeliner, eye shadow, mascara dan sebagainya. Aku tak explain sebab aku tak pakai. Peace. Kenapa? Sebab leceh. Pada aku yang membezakan konsep setiap make-up adalah eye make-up. Yang lain aku membebel tadi asas sahaja. Bila dah start pakai eye make-up, contour, highlighter, dan sebagainya, yang tu bukan asas lagi dah. Nanti bila tunang aku upah mak andam, senang.
Tapi, lipstick/lipbalm/lip tint/lip gloss dan sebagainya tu jangan lupa pakai. Nanti muka bukan main putih flawless tapi bibir pucat. No, no, no. Macam-macam jenis, macam-macam warna. Pakailah yang mana suka.
Dah puas aku membebel cara nak make-up walaupun aku tak berapa pandai. Apa yang penting jaga kebersihan terutamanya tangan, mulut dan rambut. Semua tu akan effect kulit muka dan personaliti kita. Lepas dah pakai make-up tu, jangan lupa cuci dengan make-up remover dan eye make-up remover. Sekali-sekala pakailah exfoliator.
Ok semua, kalau salah tolong betulkan. Produk-produk yang dipakai adalah bersesuaian dengan kemampuan student. Hehe. Thanks Mr. Google untuk gambar-gambar di atas.
Saturday, 12 September 2015
The FYP part 1
Assalamualaikum~~~
Apa aktiviti kalian hari Sabtu ni? Pergi cinema? Tengok Maze Runner:The Scorch Trial?
Aku tak dapat nak berceritalah dekat you guys pasal movie-movie yang baru keluar ni sebab aku dalam misi berjimat-cermat. Duit tak masuk lagi awal-awal semester ni. Simpanan semakin pupus. Jadi, mereputlah dalam bilik sambil study. Skema tak? Skema tak skema. Final year dah. Kenalah belajar disiplinkan diri dan merajinkan urat-urat saraf untuk berfungsi dengan aktif waktu-waktu cuti ni.
Pagi tadi aku terbaca berita yang mengejutkan di Facebook. Runtuhan kren di Masjidil Haram. Katanya sehingga 8.30 malam semalam, 6 orang rakyat Malaysia dikhabarkan terlibat dalam kejadian itu. Ya Allah. Selamatkan mereka dan perjalanan mereka pergi dan balik. Risau sangat terutamanya kalau ada ahli keluarga kita yang terlibat.
Entri baru ni aku ada cakap ada lagi satu cerita yang aku nak cerita, kan?
Ceritanya macam ni. Hari Rabu baru ni aku jumpa dengan senior aku yang tak lama lagi nak bergraduasi. Banyak tunjuk ajar dari orang yang berpengalaman diperlukan bila nak buat final year project (FYP) ni. Tadahlah telinga dengar dia nasihat tapi otak aku dah fikir benda lain sebab aku nervous nak start buat FYP ni. Macam-macam yang aku fikir.
Secara kesimpulannya dari apa yang telah diperkatakan oleh senior aku :
1) Segera berjumpa dengan penyelia (penyelia aku : Dr. Roohaida Othman). Sebelum berjumpa dengan beliau, pastikan bersedia dengan basic knowledge (seperti PCR, primer,etc). Dapatkan tajuk projek dan explaination berkaitan tajuk yang diberikan.
2) Cari artikel yang berkaitan dengan tajuk (sekurang-kurangnya 100 artikel) untuk lebih memahami projek yang akan dijalankan. Rujuk artikel senior yang pernah melakukan projek di bawah seliaan penyelia terbabit.
3) Mulakan amali secepat mungkin sebagai persediaan dalam proses menyiapkan proposal.
4) Plan your work and do as it's planned. Push yourself harder and hard-working.
Itulah nasihat yang dapat aku kongsikan untuk bakal-bakal saintis yang baru nak mula buat thesis.
Semalam aku sudah pun berjumpa dengan Dr. Roohaida di INBIOSIS, UKM. Nun jauh ke dalam hutan nak mencari tempat ni. Aku pun tak tahu macam mana nak buat lab nanti. Kalau jalan kaki, adalah berjam-jam baru sampai. Aku nak cuba cari jalan pintas dari Taman Paku-Pakis. Harap-harap dekatlah.
Waktu jumpa dengan Dr. Roohaida tu, ada 4 orang students master beliau dan 4 orang lagi kawan aku yang akan diselia oleh Dr. Roohaida. Aku akan dibantu dan diajar oleh Kak Suhaida. Tajuk yang aku dapat? Aku pun tak faham apa lagi tentang tajuk tu tapi berkaitan dengan Kappaphycus alvarezii.
By the way, goodluck!!!

Wednesday, 9 September 2015
The First Class for Plant Breeding
Assalamualaikum...
Penat betul hari ni. Padahal kelas Biakbaka Tumbuhan dari pukul 8-10 sahaja. Kelas pagi-pagi buta memang menyebabkan possibility aku ponteng tu tinggi dan sangatlah mengantuk. Tapi nasib baik Dr Noraziyah pandai memeriahkan suasana kelas. Kalau dibuatnya Dr baca slide macam sesetengah lecturer tu, memang aku lena terus termimpikan Oryza sativa.
Dr. Noraziyah menyebabkan aku faham apa aku belajar pagi tadi. Selalunya aku memang susah nak fokus dalam kelas. Jadi, aku sangat berbesar hati nak kongsi apa yang aku belajar tentang plant breeding tadi.
Soalan pertama yang Dr. tanya : What is plant breeding?
Ha! Menganga nak menjawab dalam bahasa saintifiknya. Kalau dalam bahasa pasar ni boleh juga nak goreng-goreng. Definisi secara saintifiknya ialah " seni, sains dan teknologi dalam memanipulasi struktur dan komposisi tumbuhan untuk memenuhi keperluan manusia."
Senangkan nak ingat?
Soalan yang kedua : Why plant breeding is an art?
Ah sudah!! Aku belajar seni ke apa pagi-pagi ni? Dr. ni memang tanya soalan macam-macam.
Jawapannya, ia adalah suatu seni kerana ia memerlukan kreativiti, imaginasi, dan kemahiran untuk menghasilkannya.
Ada faham?
Ini pula soalan yang ketiga :
Agak-agak possible tak?
Mengikut jawapan Dr. Noraziyah, "It is not possible."
Why?
Sebabnya, terlalu banyak spesis tumbuhan pada satu pokok dan vascular system untuk tumbuhan-tumbuhan tersebut berbeza.
Lepas tu sambung dengan History of Plant Breeding. Fuhhh...mengantuk. Dr. pun ajar sepintas lalu saja. Keluarlah cerita tentang Gregor Mendel, Our " Father of Modern Genetics", Linnaeus (yang ajar tentang binomial nomenclature) dan Norman Borlaug. Dr. cakap, zaman Norman Borlaug ni adalah zaman yang banyak menggunakan chemical fertilizer.
Setakat ini sahaja pelajaran kita malam ni. Kita belajar yang asas dulu ye sebab Cikgu Najwa tak pandai nak explain kalau bahagian susah-susah. =D
Ada lagi satu cerita tapi nanti ye. Sabar, sabar.

Tuesday, 8 September 2015
The First Day
Assalamualaikum, morning semua!!
Semalam 7 Sept 2015 bersamaan 23 Zulkaedah 1436 H merupakan hari pertama aku sebagai pelajar tahun akhir di UKM, Bangi. Tapi tak ada rasa apa-apa pun. Nervous nak buat FYP adalah. SV pun tak jumpa lagi. Yang seronoknya jadual tak padat macam sem lepas.
Pagi semalam aku rasa my confidence level memang low sangat-sangat (3 out of 10). Dengan make up yang tak smooth, tudung pula buat hal, memang rasa down sangatlah. Lepas tu aku cakap dekat diri aku, biarkan saja make up tu, just be yourself. So, aku pun dengan longlainya berjalanlah ke fakulti. Malas nak naik bas sebab dekat kolej tak senaman, jadi anggap sahajalah berjalan jauh-jauh ni satu senaman.
Sampai Pusanika, ada dua orang abang dari Yes buat promosi untuk adik-adik yang baru masuk.
Abang 1 : Awak tahun berapa?
Aku : Tahun 3
* First time aku sedar yang aku dah tahun 3. Awkward. Weird.
Abang 2 : Manis awak hari ni.
Aku : Terima kasih
* Abang tu mesti cakap macam tu sebab aku pakai baju kurung. Tapi thanks untuk abang tu sebab dah naikkan confidence level aku untuk berhadapan dengan lebih ramai orang lagi.
Sebelum mula kelas, kami berbual-bual di cafe fakulti dulu. Tiba-tiba ada seorang wanita berpurdah datang. Rupanya rakan sekelas kami yang baru berkahwin semester lepas. Terkejut juga sebab tak dengar berita apa-apa pun. Tup tup dah berpurdah tapi alhamdulillah sebab dia berubah ke arah kebaikan. Cuma aku rasa janggal nak berbual sebab tak biasa. Aku memang pelik macam ni. Mudah sangat rasa janggal.
Ok lah, sampai sini saja yang aku rajin nak menaip. Goodluck adik-adik yang baru masuk. Semuanya akan baik-baik sahaja. InsyaAllah.
Baca doa ni selalu ye. Semoga niat sentiasa di jalan Allah dan kerja dipermudahkan oleh-Nya. |
Sunday, 6 September 2015
The Untold Story for Semester Break
Assalamualaikum!!!
Ya Allah, rindunyaaaaaaa dekat blog aku ni!! Bila cuti sem, aktiviti update blog pun cuti juga. Almaklumlah, line internet dekat rumah nun jauh di Pahang agak "kekura-kuraan". Lagi pun aku bukan buat apa sangat cuti ni. Tolong parent apa yang mampu ( masak, kemas rumah, tanam pokok dll) , pergi buat aktiviti sukarelawan dekat tadika (lebih kurang seminggu) , belajar bawa motor & kereta (sampai sekarang tak boleh, ayah dah membebel-bebel. Actually, aku malas nak belajar =P ) dan yang terakhir sekali aku tulis cerpen yang sampai sekarang tak siap sebab tak tahu nak ending kan cerita macam mana (bagi tak klise sangat). Satu lagi, aku tak tahu nak siarkan cerpen-cerpen tu dekat mana. Nak masukkan cerpen tu dalam blog aku saja , hantar dekat majalah @ surat khabar, ataupun hantar dekat penulisan2u? Mohon beri pandangan ye semua =D
Ha!! Cuti ni aku belajar dua perkara yang selama ni aku nak tahu tapi malas nak ambil tahu (faham ke bahasa aku ni?). Apa dia yang aku belajar? Jeng, jeng, jeng.....
1) Senaman
2) Make up
Ini semua penangan tengok 'Beauty Bible' lah ni. Tu yang menggedik nak jadi cun macam awek Korea tu. Tapi apa salahnya. Senaman sebab nak sihat. Kalau mekap tu janganlah heavy sangat. Agak-agak sesuai untuk pergi kelas ke, interview ke, ok dah. Nanti kalau rajin aku update apa yang aku belajar dan catat ye (semangat tau mencatat. Excited sangat). Ilmu dari newbie ni apalah sangat tapi tak apa aku nak share juga untuk insan-insan setaraf dengan aku. Peace.