Sunday 25 October 2015

The D'One Steak Restaurant, Bangi



Hai. Semalam lepas seharian berjalan tak tentu hala, kami singgah di Restoran D'One Steak. Aku dah lama perasan restoran ni tapi tak pernah cuba lagi makan dekat situ. Semalam pergi pun sebab Dila yang ajak. Aku maklumkan awal-awal yang aku tak ambil gambar makanan dekat restoran tu sebab aku memang mengantuk sangat masa makan semalam. Ingat nak telan terus makanan, balik kolej, tidur. Haha.
Dila order Fish N Chip (RM 9.50) dengan air barli (RM2.50). Dia tak ada komen apa-apa sedap ke tak. Tapi air memang dalam gelas besar la. Puas hati betul minum air.
Aku order Chicken Grilled (RM 9.90) dengan teh o ais limau (RM 3.00).  Komen aku mula-mula makanan sampai, "sikitnya....". Aku tak tahu aku yang spesis pelahap atau memang portion dia sikit. Rasa standard je. Ok lah. Tak ada lah tak sedap. Aku kenyang sebab minum air je. Haha.
Teha order Seafood Spaghetti (RM 10.50) dengan jus epal (RM 4.00). Ada letak udang kecil dengan sotong kecil. Teha kata sedap sebab dia lapar. Portion dia banyak jugak la.
Jihah order Lamb Chop (RM 17.50) dengan jus oren (RM 4.00). Dia complain makanan dia dari awal makan sampai habis makan. Haha. Dia kata ada rasa ayam jugak. Macam tak rasa sangat lamb tu. Ada campur lemak sekali dan liat sikit. Aku tak rasa, jadi aku tak tahu liatnya macam mana. Kalau nak tahu, order lah. =D

Secara keseluruhannya,
-Deko restoran lawa tapi agak sempit nak lalu.
-Portion macam tak menentu sebab aku tengok portion makanan meja sebelah banyak pulak.
-Hiasan makanan tu oklah. Sesuai dengan bayaran.
-Rasa makanan biasa je bagi aku tapi ok la, sedap jugak.
-Customer-friendly employees and skilled


Habis berkedut resit. Ini jelah bukti yang aku pergi restoran tu. Gambar makanan tak ambil.

Alamat : Persiaran Pusat Bandar 1, 43650 Bangi, Selangor.
               (dekat juga dengan Giant Bangi)
Waktu operasi : Isnin-Khamis: 12:00 pm - 1:00 am
                          Jumaat: 4:00 pm - 1:00 am
                          Sabtu-Ahad: 12:00 pm - 1:00 am
Credit to Google Image

Credit to Google Image


Selamat mencuba!

3 comments:


  1. Sedapnye makan dekat situ...

    Bonde BW dr http://www.bondezaidalifah.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    Salam perkenalan dan done follow sini.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak makan steak...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    ReplyDelete
  3. makanan dekat situ boleh tahan sedap jugak.. trima ksih sudi singgah...

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI