Sunday, 15 November 2015

The Aquaria KLCC



Alamak!! Lupa nak cerita. Hari Sabtu minggu lepas (7 Nov 2015) aku pergi KLCC dengan kawan sekampung. Kami kenal pon bila sama-sama masuk matrik. Aku bawak dia jalan-jalan sekitar UKM ni. Lepas fikir punya fikir nak bawak dia pergi mana, aku pilih pergi Aquaria KLCC. Sebabnya dia tak nak pergi shopping dekat mall. Dah bosan sebab dekat mana-mana ada mall. Dia nak pergi tempat yang dekat sini je ada. Jadi, KLCC la yang ada dekat sini je. Haha. Makanya, pagi-pagi Sabtu pukul 8 lebih tu kami dah terpacak dekat bus stop kolej nak ke KTM UKM. Dari KTM UKM, terus ke KL Sentral. Barulah ke KLCC. Ni kali ke dua aku ke KLCC naik public transport. Jadinya, blur jugak nak mencari mana Aquaria. Sampai-sampai tu, memang terus masuk ke Avenue K. Beli buah kejap buat isi perut. Lepas tu, keluar dari bangunan tu, terus ke Suria KLCC. Satu hal pulak nak melintas jalan. Aku memang lemah bab-bab nak melintas jalan ni. Seram. Dah sampai dalam Suria KLCC tu, mana ceruk pulak Aquaria ni. Waktu tu dah pukul 10 lebih kot kalau tak salah. Aku nak kejar waktu "Feeding Times" dekat Aquaria tu. Then, aku nampak ada kolam dekat luar. Ingat nak selfie ke apa dekat situ baru start cari mana Aquaria. Tiba-tiba dekat pintu keluar ke kolam tu, ada signboard ke Aquaria. Aku pon follow la signboard tu. Sampai la dekat satu bangunan ni. Tengok peta dekat bangunan tu. Confuse. Tak jumpa pon mana tempatnya sebab mungkin aku terikut jalan belakang ke apa tak tahu la. Aku dengan kawan aku ni follow la satu family tu sebab akak tu kata dia nak pergi Aquaria jugak. Lepas jalan punya jalan, sampai la. Mak aiii ramai betul kanak-kanak tadika ke sekolah rendah ke tak tau la.

Aku bayar RM92 untuk dua orang dewasa yang ada MyKad. 
Sebelum dapat masuk tu, kena ambik gambar dulu. Pandai betul buat bisnes. Aku jadi kurang excited sebab susah nak lalu bila penuh kanak-kanak. Kalau orang tua aku boleh fikir nak main selit-selit ke, terjah je ke. Tapi ni kanak-kanak. Kang terpenyet anak orang, tak ke haru. Aku check jadual feeding time yang aku dah save dalam phone aku, then pergi dekat tempat yang dah ditetapkan. Tempat pertama, The Stream.
Dekat sini ada memerang yang comel dan pandai.
Sempat jugak aku rakam video memerang tu ambil bola, makan semua tu. Comel!! Lepas tu petugas dekat situ maklumkan sesi seterusnya. Dia cakap dekat Aquatheater pukul 12. Aku pon sambil mencari celah mana Aquatheater tu sambil tengok hidupan laut dekat situ. Sangat best bila lalu bawah terowong tu. Cuma lama-lama jadi bosan. Panjang weh terowong tu. Best bila ada jerung lalu atas kepala. Tetiba happy macam budak-budak dapat gula-gula. Haha. Sebelum masuk terowong pon ada sesi ambil gambar lagi. Tapi yang ni untuk yang sudi je. Tak ada paksa-paksa. Keluar dari terowong tu, jumpa la Aquatheater tu. Tepat-tepat je pukul 12. Memang ramai amat manusia. Dua orang professional divers bagi makan ikan-ikan dalam akuarium tu. Seorang petugas perempuan jadi jurucakap bagitahu apa nama ikan tu, dia makan apa. Tapi aku rasa dia ulang je ayat yang sama cuma tukar BM ke BI. Lepas tu ulang balik untuk pengunjung yang baru sampai. Lepas berapa minit tu, kami ke belakang nak bagi orang lain pulak tengok. Jalan punya jalan, bila la nak sampai pintu keluar ni. Haha. Aku jelas malas nak berjalan lama-lama. Lepas tu jumpa la kedai cenderamata. Eh. Ada orang jual gambar yang ambik dekat pintu masuk tadi. Yang kecik RM40++, yang besar RM60++ kalau tak silap. Aku pon malas nak beli sebab dah bersepah gambar selfie. Haha.

Bila dah keluar dari Aquaria tu, makan dan ambik-ambik gambar lagi. Baru balik. Dah tak jumpa pulakkkk jalan nak balik yang berpusing-pusing masa datang tadi. Tu la masa datang tadi main menonong je ikut family akak tu. Maka, berjalan je la ikut mana kaki melangkah. Tiba-tiba, eh, sampai mall. Tengok map mall, jumpa la pintu keluar. Fuhhh. Settle pasal berjalan dekat Aquaria.

Boleh tengok dekat laman web ni ni untuk tahu "Feeding Times" dan maklumat-maklumat lain. Info ni penting untuk pengembaraan yang meriah. Haha.

Tengok la gambar tanpa caption bawah ni.






Ada feel tak nak pergi? 


3 comments:

  1. Assalammualaikum,wah cantik pamandangan tersebut, rasa ingin ke sana pulak.. haha

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI