Saturday 14 November 2015

The Girls Nowadays



Hai. Aku tak ada apa nak cerita pon cuma nak meluahkan apa yang aku fikir. Dalam satu group Whatsapp ni, ada seorang akak tu cakap yang zaman sekarang ni kita kena isi jiwa anak-anak dengan ilmu Islam untuk elakkan jiwa mereka dipenuhi dengan benda dunia. Betul apa yang akak tu cakap dan aku percaya dia mampu buat sebab dia memang pro bab-bab agama. Tapi aku pandang diri aku lepas baca apa yang dia tulis. Mampu ke aku? *Jauh aku fikir sebab join group dengan orang-orang berusia ni =P



Kalau nak penuhi jiwa anak-anak dengan Islam, jiwa kita penuh ke? Macam mana nak penuhkan jiwa mereka kalau hati dan jiwa kita pon kosong. Kita tak tahu apa-apa. Ya. Sekurang-kurangnya kita boleh hantar mereka belajar di kelas-kelas agama. Tapi seeloknya kita jadi contoh terbaik untuk mereka. Bukannya kita suruh, tapi kita pon tak buat/ malas nak buat/ lewat-lewatkan. Kang ustaz ustazah ajar anak-anak dekat sekolah, tapi anak tengok mak ayah dia tak buat pon. Acano?? Zaman sekarang ni orang dah tak segan dah nak buat benda tak elok. Bangga lagi ada. Isu sekarang pasal vape. Yang perempuan pon dengan bangganya post gambar dia hisap vape. Yang cantik ke, pakai tudung ke, apa ke, tak ada dah nak segan ke apa. Ada yang buat video lagi tu. Aku malas nak cerita pasal bahaya ke, bahan-bahan dalam vape ke, nak banding dengan rokok ke. Malas. Maklumat tu ada merata-rata. Cuma nak ambil kisah atau tak saja. Aku cuma harap perempuan yang hisap vape ke rokok ke tu ada reason yang munasabah untuk dia buat macam tu. Setiap benda yang kita buat mesti ada sebab kenapa kita buat. Aku harap sebab tu munasabah. Satu lagi, kalau nak post gambar ke video ke hisap vape tu, fikir dulu apa akan jadi, apa perasaan family bila tengok, apa orang kata dekat mak ayah kita bila gambar tu jadi viral. Fikir jauh. Kenapa aku bebel pasal perempuan je? Bias betul. No. Bukan macam tu. Cuma aku sayang kaum Hawa ni. Kira macam girl to girl talk gituhhh. Haha. Ok la, moga kita dalam rahmat dan keampunanNya.


Tak salah jadi wanita moden, up-to-date, intelektual, bekerjaya tapi biar masih di jalan yang diredhai-Nya. 

Sama-sama kita perbaiki diri.

Sayang semuanya =)



2 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI