Tuesday 19 July 2016

Majlis Amar Dan Amyra 11 November 2016


Sumber gambar : SH

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Amar Baharin, 31, akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Amyra Rosli, 26, pada 11 November depan.

Pasangan ini bakal mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang akan diadakan secara tertutup pada 22 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Amar dalam sidang media khas dan majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana Club House, di sini, malam Isnin.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung dakwaan pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Alhamdulillah, Allah mendekatkan hati kami apabila bekerja di bawah pengurusan yang sama.

"Saya merisik pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu selepas merasakan Amyra adalah orang paling istimewa yang saya pernah jumpa dalam hidup saya," ujar Amar.

Majlis resepsi akan diadakan pada 12 November bagi sebelah Amar manakala 19 November bagi sebelah Amyra.


Tahniah untuk Amar dan Amyra. Akhirnya terjawab juga segala desas-desus selama ni. Happy for both of you. 


7 comments:

  1. Replies
    1. Tu la. Akhirnya... Me is jealous.. Haha

      Delete
  2. tak sabar tunggu wedding diorang nanti. anyway, salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhir thun ni.. Xlama dah.. Salam kenal jugak

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. lawa haaaih si Amyra ni cantik..

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI