Wednesday 14 December 2016

Susahnya Nak Bertaubat

Assalamualaikum.

Hai. Good morning.




Hari ni aku nak buat luahan hati, kongsi pengalaman dan pendapat pasal susahnya nak bertaubat. Bukannya nak bagi tazkirah atau ceramah. =D Apa yang menyebabkan hati ni susah sangat nak berubah jadi baik? Kenapa suka sangat buat dosa sedangkan dah tahu benda itu dosa? Sentap pulak hati ni bila jawab , hati dah hitam. Bila masih ada rasa bersalah, masa ada rasa ingin berubah, masih adalah hidayah Allah untuk kita. 

Perasan tak, waktu kita buat dosa, hidup nampak mudah je. Duit masuk bertimbun-timbun, pass exam, semua yang kita nak tiba-tiba dapat, macam tak ada masalah sangat. Tapi bila hati nak berubah, sikit-sikit masalah datang. Itu ujian namanya. Langkah pertama, buang rasa takut dengan ujian yang datang di waktu kita nak berubah. 

Tapi, buat dosa tu seronok kan? Enjoy, puas, nikmat, rilex je, tak perlu fikir apa, dosa ke pahala ke, mati ke tak ke, yang penting puaskan nafsu. Sebab itu dunia. Yang nikmat itu dosa, yang penjara itu jalan ke Syurga. Kuat ke hati ni nak berubah tinggalkan kenikmatan dunia untuk terpenjara menuju syurga? Kalau kuat, sampai bila rasa kuat tu? Sampai bila mampu istiqamah? 

Bila kita berubah, bukan sahaja datangkan kesan pada diri kita, ia memberi kesan pada orang sekeliling kita juga. (Sama juga macam bila kita buat dosa, perempuan terutamanya. Bukan bagi dosa pada kita saja, tapi pada ayah dan saudara lelaki kita juga.) Dugaan dalam diri dah lepas. Dugaan dari orang sekeliling macam mana? Ya. Orang kata jangan hirau orang nak cakap apa. Tapi, tak semudah tu. Ujian di mana hati untuk berubah lagi kuat atau hasutan sekeliling lagi kuat. Kalau betul nak berubah dan istiqamah tapi ujian di sekeliling sangat kuat, berhijrahlah. Cari suasana baru yang boleh bergerak seiring dengan perubahan diri kita. Dunia ini luas. Keluar dari kelompok yang negatif. Bukan menjauhi kerana membenci tapi untuk kukuhkan iman di hati. Berhijrah sama-sama lebih baik. 

Bila dah berubah, tapi tergelincir lagi dan lagi. Semangat untuk berubah tu pudar. Salahkan takdir, salahkan nasib, salah kan itu ini, orang tu orang ni. Senyap sekejap. Muhasabah. Di mana silap kita? Islam kata taubatlah dengan taubat nasuha. Bukan taubat untuk hilangkan rasa bersalah dalam hati sebab dah buat dosa. Bukan taubat yang kita tahu kita akan ulangi lagi dosa tersebut dan akan bertaubat semula. Taubat nasuha dengan niat yang kita MEMANG TAK AKAN ULANG LAGI. 

Tapi tergelincir juga? Pintu taubat masih terbuka dan usaha lagi. Teruskan dengan taubat nasuha. Catat peringatan "Taubat Nasuha" di mana-mana. Wallpaper phone, whiteboard, notebook atau sebagainya supaya membantu kita sedar kita dalam usaha untuk bertaubat. Tiap kali pandang reminder note tu, teringat dosa yang dah dibuat, terampun atau tidak. =( Tingkatkan amal ibadah, penuhkan yang wajib, perbanyakkan yang sunat. Bukan mudah. Tapi kita usaha sama-sama. InsyaAllah. Semangat!!


2 comments:

  1. Nasuha.... cantik perkataan tu.

    bagi sis ianya satu perkataan yang cukup mudah untuk di sebut tapi sebenarnya ia melibatkan seluruh tubuh secara luaran dan dalaman. Yang penting niat untuk berubah itu sudah sampai alhamdulillah dan sebaiknya kita sentiasa solat taubat setiap hari untuk improve. Bak kata ustaz dalam youtube.... "seperti beli kereta baru, tak pakai tali pinggang naik lampu alarm kat dashboard, habis minyak naik lampu alarm kat dashboard dan macam2 lagilah dan solat taubat itu inshaaAllah dapat improvekan iman kita untuk beri amaran pada diri supaya tak lakukan kesilapan lagi dan lama kelamaan tak mustahil kita boleh dapatkan 'nasuha' itu.. sama-sama kita perbaiki diri ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, nampak senang nak sebut tapi susah nak buat. xpe, usaha! keep it up. =D

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI