Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Wednesday, 14 December 2016

Susahnya Nak Bertaubat

Assalamualaikum.

Hai. Good morning.




Hari ni aku nak buat luahan hati, kongsi pengalaman dan pendapat pasal susahnya nak bertaubat. Bukannya nak bagi tazkirah atau ceramah. =D Apa yang menyebabkan hati ni susah sangat nak berubah jadi baik? Kenapa suka sangat buat dosa sedangkan dah tahu benda itu dosa? Sentap pulak hati ni bila jawab , hati dah hitam. Bila masih ada rasa bersalah, masa ada rasa ingin berubah, masih adalah hidayah Allah untuk kita. 

Perasan tak, waktu kita buat dosa, hidup nampak mudah je. Duit masuk bertimbun-timbun, pass exam, semua yang kita nak tiba-tiba dapat, macam tak ada masalah sangat. Tapi bila hati nak berubah, sikit-sikit masalah datang. Itu ujian namanya. Langkah pertama, buang rasa takut dengan ujian yang datang di waktu kita nak berubah. 

Tapi, buat dosa tu seronok kan? Enjoy, puas, nikmat, rilex je, tak perlu fikir apa, dosa ke pahala ke, mati ke tak ke, yang penting puaskan nafsu. Sebab itu dunia. Yang nikmat itu dosa, yang penjara itu jalan ke Syurga. Kuat ke hati ni nak berubah tinggalkan kenikmatan dunia untuk terpenjara menuju syurga? Kalau kuat, sampai bila rasa kuat tu? Sampai bila mampu istiqamah? 

Bila kita berubah, bukan sahaja datangkan kesan pada diri kita, ia memberi kesan pada orang sekeliling kita juga. (Sama juga macam bila kita buat dosa, perempuan terutamanya. Bukan bagi dosa pada kita saja, tapi pada ayah dan saudara lelaki kita juga.) Dugaan dalam diri dah lepas. Dugaan dari orang sekeliling macam mana? Ya. Orang kata jangan hirau orang nak cakap apa. Tapi, tak semudah tu. Ujian di mana hati untuk berubah lagi kuat atau hasutan sekeliling lagi kuat. Kalau betul nak berubah dan istiqamah tapi ujian di sekeliling sangat kuat, berhijrahlah. Cari suasana baru yang boleh bergerak seiring dengan perubahan diri kita. Dunia ini luas. Keluar dari kelompok yang negatif. Bukan menjauhi kerana membenci tapi untuk kukuhkan iman di hati. Berhijrah sama-sama lebih baik. 

Bila dah berubah, tapi tergelincir lagi dan lagi. Semangat untuk berubah tu pudar. Salahkan takdir, salahkan nasib, salah kan itu ini, orang tu orang ni. Senyap sekejap. Muhasabah. Di mana silap kita? Islam kata taubatlah dengan taubat nasuha. Bukan taubat untuk hilangkan rasa bersalah dalam hati sebab dah buat dosa. Bukan taubat yang kita tahu kita akan ulangi lagi dosa tersebut dan akan bertaubat semula. Taubat nasuha dengan niat yang kita MEMANG TAK AKAN ULANG LAGI. 

Tapi tergelincir juga? Pintu taubat masih terbuka dan usaha lagi. Teruskan dengan taubat nasuha. Catat peringatan "Taubat Nasuha" di mana-mana. Wallpaper phone, whiteboard, notebook atau sebagainya supaya membantu kita sedar kita dalam usaha untuk bertaubat. Tiap kali pandang reminder note tu, teringat dosa yang dah dibuat, terampun atau tidak. =( Tingkatkan amal ibadah, penuhkan yang wajib, perbanyakkan yang sunat. Bukan mudah. Tapi kita usaha sama-sama. InsyaAllah. Semangat!!


Monday, 12 December 2016

Membakar Syurga Mengguyur Neraka : Novel review

Assalamualaikum


Hello!!



Sinopsis :

Najiha, seorang kaunselor yang juga merupakan anak seorang ustaz ada dua orang kawan baik, Dona (perempuan berbangsa Cina + India) dan Fahmi (motivator yang bernafsu songsang). Najiha juga ada dua orang housemates, Lily (wartawan yang berkarakter tomboy) dan Insyirah (muslimah yang bermulut laser). Setiap watak dalam novel ni saling berkait dan complicated. Novel ni juga menjadikan laman forum sebagai medium menyampaikan ilmu dan berdiskusi. Jadi, banyak ilmu dapat dimasukkan dalam novel ni tanpa menyelitkan dalam setiap plot cerita. Hanya perlu masukkan ilmu perbincangan tersebut dalam sesi forum antara watak. Setiap watak menggunakan nama samaran dalam forum tersebut dan tidak mengenali antara satu sama lain. Padahal di dunia nyata mereka sebenarnya kenal.
Najiha membantu Dona mendalami Islam dan menemani Dona di sisa-sisa terakhir hidupnya kerana Dona menghidap kanser. Dona menerima Fahmi (nama Forum : Mujahid) sebagai suami walaupun dia tahu sejarah silam Fahmi. Rahul (nama Forum : MindTeaser), abang kepada Dona mendekati Najiha (nama Forum : FredKougar) menggunakan bermacam cara sedangkan dia sangat paranoid terhadap Melayu dan Islam setelah putus cinta dengan Insyirah. Dia menggunakan kepakarannya sebagai hacker untuk mengetahui tentang Najiha dan dia mengenali ahli-ahli forum tersebut. Najiha seorang yang menjaga batas pergaulan hampir tewas dengan hasutan syaitan apabila dia mencintai Rahul. Hadi atau Eddy (nama Form : CicakKobeng) seorang gay yang telah bertahun lamanya hidup dalam kegelapan sentiasa menggoda Fahmi yang sudah bertaubat. Dia menggunakan Najiha untuk mendapat perhatian Fahmi tetapi perkenalannya dengan Najiha membuka hatinya untuk berubah. Insyirah si mulut laser sering memfitnah Rahul di hadapan Najiha sehingga Najiha meninggalkan Rahul tanpa penjelasan. Najiha terpaksa memilih antara Rahul atau Hadi yang masing-masing mengharapkannya untuk mengguyur neraka mereka. 

Aku nak jugak review novel ni padahal novel ni dah berzaman keluar. Sebenarnya ni lah kali pertama aku baca novel dari Hana Ilhami sebab aku tak pernah baca novel Perempuan Lindungan Kaabah dari penulis yang sama. Aku tengok drama dia je. Heeee. Ini pon pinjam dekat library. Mula-mula tu rasa weird nak baca sebab apa benda "mengguyur" pon aku tak tahu. Rupanya "menyiram" maksud dia. Pendekatan forum tu unik sebab aku tak pernah baca novel yang gunakan forum sebagai medium menyampaikan ilmu kepada pembaca. Jadi tak bosan sebab macam baca dialog juga, bukannya tulisan tazkirah yang panjang berjela. Novel ni banyak menceritakan tentang gejala LGBT, pendapat mengenainya menurut sains dan Islam. I guess banyak benda kena study untuk siapkan satu novel ni. It's worth. Banyak kata-kata nasihat dalam novel ni yang menyentapkan hati aku. Thanks penulis. You wake me up. =D Alhamdulillah. 

Friday, 15 July 2016

7 Jenis Mata Yang Dicintai Allah


Apakah 7 jenis mata yang Allah cintai?


Yang baik itu jadikan amalan, yang buruk itu tinggal-tinggalkan. =D

Salam Jumaat.

Wednesday, 6 April 2016

Jangan Merungut Dengan Rezeki



Hai!!

Selalunya orang merungut bila ada masalah kan? Tapi ada juga yang merungut depan rezeki. Mungkin kita tak perasan. Aku pon jenis yang selalu merungut juga. Jadi, sama-sama kite check semula apa yang kita selalu rungutkan selama ni.

"Susahnya kerja ni. Kenapalah aku minta kerja ni dulu? Nak pergi kerja jammed. Bos pulak macam apa singa lapar 24 jam".
Sedarkah kita, beribu lagi orang yang tak ada kerja dan susah nak dapat kerja sekarang ni? Bakal beribu lagi graduan yang akan keluar untuk cari kerja nanti. Maka, bersyukurlah yang kita ada kerja untuk sara diri dan keluarga.

"Seksanya mengandung ni. Makan tu tak boleh, ini tak boleh, asyik muntah je".
Sedarkah kita, masih ramai orang yang tak berhenti berdoa siang dan malam untuk merasa nikmatnya mengandung. Nikmatnya bawa anak dalam kandungan selama 9 bulan lebih. Jadi, janganlah mengeluh walaupun sesaat untuk nikmat yang tak terhingga itu.

"Penat weh belajar ni. Assignment bergunung, lab report lagi, nak study untuk exam lagi. Aku tak sanggup dah asyik belajar je".
Sedarkah kita, masih ramai yang nak menyambung pelajaran ke menara gading macam kita tapi tak mampu? Tak mampu dari segi kewangan, kesihatan, tanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, belajarlah bersyukur dengan keadaan kita sekarang walau penat macam mana sekalipun. (pesanan untuk diri sendiri).

Banyak lagi contoh lain yang kadang-kadang kita tak perasan, kita mengeluh dengan nikmat yang kita ada. Bila kita penat dengan sesuatu, renunglah yang ia adalah nikmat Allah untuk kita sebenarnya. 

Pandang ke atas untuk memajukan diri, pandang ke bawah untuk latih hati bersyukur. =D

Quote dari Google Image



Thursday, 4 February 2016

Mengorat Style Islamic Ke?


Hai.

Pernah dengar kan cinta versi islamik? Couple islamic? Aku bukannya nak sentuh pasal tu sebab dah banyak ceramah ustaz ustazah cakap pasal hal ni. Aku nak membebel pasal mengorat versi islamik. Tolonglah jangan mengorat guna ayat-ayat ala pak arab. Please don't do that.

"Assalamualaikum. Ana nak kenal dengan anti, boleh?"
"Anti dah solat mahgrib?"
"Dah mengaji ke malam ni?"
"Hari ni puasa sunat tak?"
"Ana nak pergi berjemaah di masjid kejap lagi"

Ayat di atas hanya contoh semata-mata. Aku tak nak sentuh pasal hukum ke apa sebab aku tak mahir bab-bab tu. Cuma aku nak luah apa yang aku rasa pasal situasi ni. Ok. Mungkin sesetengah orang suka kalau guna ana anti apa semua tu sebab macam alim maybe. Tapi aku nasihatkan janganlah. Kalau nak cakap arab, arab je semua. Tak semua pon, 50% lah. Ni tak. Dalam 1000 perkataan, yang arab nya cuma assalamualaikum, ana dengan anti je. 

Lepas tu jenis tanya dah solat, puasa, mengaji. Baguslah mengingatkan tapi kalau waktu tu perempuan tu tengah cuti, tak kan dia nak bagitahu dia cuti. Kalau kau dah jadi suami dia, takpelah. Ni baru je kenal seminggu, tak ke krik krik krik. Tak kan dia nak tipu kata dah siap sembahyang kot. Kalau kata tak siap lagi, kena tazkirah pulak. So, lebih baik jangan tanya. 

Jenis nak pergi masjid bagitahu ni, aku malas nak ulas. Kalau sekali dua bagitahu, ok je. Kalau 5 waktu 24/7 nak bagitahu, no comment

Sekian saja bebelan saya. Sorry kalau kasar ke apa. Hanya pendapat peribadi.

Thursday, 28 January 2016

Syak Dalam Solat


Syak dalam solat ni aku belajar masa form 4 ke form 5 macam tu dalam kelas Pendidikan Syariah. Mula-mula tu tak faham juga ada dia syak dalam solat ni. Maksud syak dalam solat ni ialah ragu-ragu atau was-was sewaktu solat sama ada dah buat ke belum sesuatu rukun tu.

Contoh :
1) Syak dalam rukun fi'li (perbuatan)
    - Was-was rakaat ke 3 atau ke 4

2) Syak dalam rukun qawli (bacaan yang dilafazkan)
    - Was-was sah baca Al-Fatihah atau belum

Penyelesaian :
Bila was-was dalam dua rukun tersebut, anggaplah masih belum melakukannya. Buat rukun tersebut. Akhiri solat dengan sujud sahwi.

Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tahiyaat Akhir, tepatnya sebelum mengucapkan salam.

Bacaan sujud sahwi :


Untuk penerangan yang lebih jelas, rujuk SINI dan SINI. Harap membantu. Kalau ada salah, bagitahu ye. Boleh sama-sama kongsi ilmu.

Thursday, 21 January 2016

Be Like Rasulullah S.A.W





Saturday, 9 January 2016

Dah Terlanjur! Nak Buat Apa Ni?


Hai! Hah kau, tajuk kontroversi betul. Maaf kalau post ni agak sensitif. Jangan salah anggap ye. Entri ni bukan untuk menggalakkan perbuatan terlarang tapi untuk menjadi panduan buat insan yang kehilangan arah. Aku tak pandai nak puitis-puitis sangat. Straight to the point je lah ye. Bila berlaku macam ni, apa yang harus di buat ialah :

1) Taubat

Perkara pertama mestilah bertaubat dengan seikhlas hati. Kalau tanya ustaz ustazah mana-mana pon, apa yang pertama dia suruh, taubat. Apa dia syarat taubat nasuha? Tahu tak?

Syarat-syarat taubat :
i)   Taubat seikhlas hati semata-mata kerana Allah S.W.T
ii)  Menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan
iii) Berhenti terus dari melakukan dosa tersebut
iv) Tekad untuk tak akan ulang lagi dosa tersebut
v)  Memohon maaf kepada orang kalau berdosa dengan orang itu (tiada kaitan dengan entri ni).

2) Tenangkan fikiran

Jangan fikir yang bukan-bukan. Takut mengandung lah apa lah. Kalau fikir benda mengarut, nanti tindakan yang awak ambil pon akan mengarut. Tenangkan hati. Berzikir. Ambil masa untuk fikir dan muhasabah diri. 

3) Berbincang dengan pasangan

Bila hati dah tenang, dah waras, dah tak serabut, jumpa pasangan dan berbincang. Tanya hati ke hati apa arah hubungan awak berdua lepas ni. Memang banyak kes lelaki bla macam tu je bila kejadian macam ni terjadi. Tapi tak dinafikan juga ada lelaki yang rasa bersalah, rasa bertanggungjawab bila dia dah buat tak elok dengan anak orang. Jadi, bincang baik-baik.

4) Istikharah

Kalau dah berbindang, istikharahlah. Moga jalan yang dipilih dengan pasangan adalah betul.

5) Beritahu ibu bapa

Step yang atas-atas tadi tak semencabar step yang ni. Macam-macam akan terbayang dalam kepala apalah reaksi keluarga nanti kalau dapat tahu. Kena pukul ke, mak menangis ke, ayah tak nak bercakap seminggu ke. Nak tak nak, kena bagitahu. Kalau jadi apa-apa nanti, sekurang-kurangnya keluarga dah tahu. Ya, mak ayah marah memang dah dijangka. Siapa yang tak marah kalau dapat tahu tapi kasih sayang mereka lagi besar dari rasa marah tu. Satu hati mereka akan terima.

6) Jangan ambil tindakan terburu-buru

Kalau parent tak dapat terima, masih marah lagi, teman lelaki lari, dapat tahu pula hamil, jangan buat benda tak masuk dek akal. Perkara yang timbul dalam fikiran tak lain tak bukan nak bunuh diri tak pon nak bunuh baby tu (drama + novel). Jangan! You just make thing worse. Cuba lagi pujuk ibu bapa sampai hati mereka sejuk. Kalau rapat dengan adik / abang / kakak, minta bantuan mereka pujuk ibu bapa. Adik-beradik pon boleh jadi penguat dalam keadaan macam ni.

7) Banyakkan amalan sunat (puasa, solat sunat)

Bila hati tak tenang, perbanyakkan amalan sunat. Semua orang ada sejarah silam. Tapi semua orang boleh bangkit kalau nak. Kekuatan dalaman kena kukuh pada waktu hati tengah keliru dan mudah terhasut dengan fikiran-fikiran negatif.

8) Seek for help

Jangan duk termenung, memerap mengenang nasib. Muhasabah tu bagus tapi you need help from others at this phase. Jangan malu, jangan takut-takut untuk minta bantuan dari rumah-rumah perlindungan wanita. InsyaAllah mereka dapat bantu dari pelbagai aspek.

Semoga bermanfaat. Mencegah lebih baik dari mengubati. 

Saturday, 2 January 2016

Perempuan Selalu Lupa



Perempuan selalu lupa

😡 Perempuan  lupa bila mana dia buat dosa, ayah dia yang tanggung dosa dia. 

😡 Perempuan lupa bila dia keluar rumah, aurat yang terdedah tu dosanya ayah dia yang tanggung.

😡 Perempuan lupa bila dia dating dengan pakwe dia, pegang itu ini ayah dia yang tanggung dosa dia.

😡 Perempuan lupa bila dia tak solat, ayah dia tanggung dosa dia. 

😡 Perempuan lupa ayah dia kat dunia ni lepastu dekat akhirat dia tak tahu bahawa dia lah penyebab ayah dia dilarang masuk syurga tapi ke neraka!!!

😔 Duhai anak solehah, tak sedih ke bila kamu menjadi penyebab ayah mu menanggung sakit di akhirat nanti? 

😔 Tak sedih ke bila kamu menjadi penghalang ayah mu ke syurga nanti di akhirat sana?

😔 Sampai hati ke nanti kita seret ayah kita pergi menghadap Allah, tuntut segalanya?

😔 Ayah mu hampir melangkah kaki ke syurga tapi kamu pula menjadi penghalang dia masuk syurga lalu kamu campak ayah mu itu ke neraka! 

😭 Tak sedih ke wahai anak solehah???

👨🏻 Ayah... terkadang dia tak tegur kita bila kita tak tutup aurat bukan sebab dia lupa dengan tanggungjawabnya tapi dia takut kita marah pada dia.

👨🏻 Ayah... terkadang dia tak tegur kita bila tak solat bukan sebab dia tidak tahu sikap kita yang memang malas nak solat ni tapi dia takut kita rimas dengan dia.

👨🏻 Ayah... terkadang dia tak tegur kita bila asyik keluar dengan boyfriend kita sampai pagi baru balik bukan sebab dia suka kita buat maksiat tu tapi dia takut kita rasa dikongkong oleh dia.

Jadi, tutuplah aurat, jagalah solat walaupun ayah tak tegur.

Mesej ni aku ambil dari Group Whatsapp. Moga dapat bagi kesedaran untuk kita semua.

Thursday, 31 December 2015

Kifarah Atau Kaffarah?


Selepas tamat majlis, selalu kita dengar pengacara majlis kata, "kita tutup majlis kita dengan tasbih _____ dan Surah Al-Asr". Tapi, orang selalu keliru nama tasbih tersebut. Kaffarah ke kifarah? Dua perkataan ini memberi makna yang berbeza. Kifarah itu denda, atau balasan Allah atas dosa-dosa kita. Kaffarah pulak bermaksud penghapus dosa. Jadi, yang tasbih yang dibaca selepas majlis tu namanya tasbih kaffarah. Kebaikannya adalah sebagai penghapus dosa sepanjang mengikuti majlis tersebut kalau-kalau ada tersalah cakap atau tingkah laku. 


Untuk info lanjut, boleh rujuk SINI
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI