Showing posts with label volunteer. Show all posts
Showing posts with label volunteer. Show all posts

Tuesday, 17 January 2017

Support Group Untuk Anak-anak Autism

Assalamulaikum. 

Kali ni aku nak share pasal organisasi atau persatuan dekat Malaysia yang menjadi centre untuk membantu pesakit autism. Semua dah tau ke apa itu autism? Penyakit ni dah tahap common dah dekat Malaysia. Mostly related to IQ and behavior. Ada pesakit yang obviously kita nampak dia ada ciri-ciri autism tapi ada juga yang nampak macam kanak-kanak normal. Dua agensi yang aku nak highlight kan dalam entri ni ialah NASOM dan PERMATA Kurnia. Dekat websites NASOM dengan PERMATA Kurnia pon ada cerita serba sedikit tentang apa itu autism. 
Credit to NASOM

Kalau pasal NASOM, aku dah pernah mention dekat SINI. Tapi tak pe, aku cerita lagi ye. NASOM dibuka pada tahun 1987. Sekarang ni macam-macam dah program yang ditawarkan dekat situ termasuklah Early Intervention, Mainstream, Vocational, Therapy Programmes etc. Kiranya ada program untuk pelbagai peringkat usia. Setiap NASOM centre memberikan program yang berbeza-beza. Boleh tengok dekat NASOM CENTRES untuk pilih tempat yang bersesuaian dengan keadaan. 
Credit to PERMATA Kurnia


PERMATA Kurnia, Sentul Kuala Lumpur pula dibuka pada tahun 2012 dan menawarkan pre-school programme (4-6 years old), early intervention programme (4 years old and below) and community education (parents/educator/therapist and community). Boleh buat lawatan dan volunteer work juga dekat sini tapi ada procedure dan syarat-syaratnya yang tertera dekat website. Untuk maklumat lanjut tentang PERMATA Kurnia, boleh check dekat PERMATA Kurnia

Harap membantu. 

Peace~

Tuesday, 29 November 2016

Prader-Willi Camp, Hospital Kuala Lumpur



Assalamualaikum. Hai!!!

26 Nov 2016 baru ni, aku jadi volunteer untuk Prader-Willi Camp dekat HKL. Apa dia Prader-Willi tu? Prader-Willi Syndrome (PWS) ni penyakit genetik yang boleh berlaku tiba-tiba je. Maksudnya, seorang anak tu boleh dapat penyakit ni walaupun mak atau ayah dia normal. Boleh terjadi dekat mana-mana keluarga, tak kira jantina dan tak dapat dijangka. Ia akan bagi kesan pada selera, tumbesaran, metabolisma, tingkah laku dan juga perkembangan seksual. PWS merupakan penyebab genetik yang biasa bagi obesiti. Untuk info lanjut, sila ke PWS Basic Fact

Dulu penyakit ni dalam kelompok "rare disease" tapi sekarang pesakit yang menghidap PWS semakin banyak yang direkodkan. Atas usaha sama doktor dan ibu bapa yang terlibat, Prader-Willi Society of Malaysia ditubuhkan. 

Masa camp ni, ibu bapa pesakit kena pergi seminar PWS dan kanak-kanak ditempatkan di dewan bersama volunteers dan penjaga. The activities for the children are simple dance and song session, games, magic show, coloring session and zumba/exercise. 

Program macam ni penting untuk temukan keluarga yang mengalami situasi yang sama supaya mereka dapat bertukar pandangan dan mungkin berkongsi emosi serta kekuatan. Hanya mereka yang memahami apa yang mereka lalui. Macam-macam boleh nampak dalam program tu samada reaksi positif atau negatif. Kadang-kadang aku fikir, kita sihat ni by chance je. Kagum aku tengok bila adik-beradik yang sihat sanggup jaga adik-beradik yang ada PWS ni sampai mereka tak boleh berenggang langsung. Walaupun masing-masing kecil lagi tapi rasa tanggungjawab tu tinggi. Kita masyarakat di sekeliling pesakit PWS ni pon kena ada kesedaran dan hulurkan bantuan mana yang patut terutamanya emotion support



Here we are!!

Support PWS patients.

Orange.

 Be strong!!




Monday, 26 September 2016

SAMH Wisma Harapan, Kuala Lumpur

Hai!! Assalamualaikum!!


Tugasan pertama masa masuk master in genetic counseling ni ialah pergi community placement di tempat yang telah ditetapkan. Aku ditempatkan di Selangor And Federal Territory Association For The Mentally Handicapped (SAMH) Wisma Harapan. Centre ni turut ada di Jinjang North and Klang. Di Wisma Harapan ni,  anak-anak kurang upaya akal boleh mendapatkan pendidikan, latihan dan jagaan supaya mereka dapat mengenali potensi dan menguruskan diri. Ada beberapa program yang dilaksanakan di Wisma Harapan ni iaitu ;-

- Early Intervention Program [EIP] (for 0-6 y/o) : Penglibatan ibu/bapa/penjaga adalah diperlukan dan apa yang diajar boleh diaplikasikan di rumah.

- School Program (for 7-18 y/o) : Anak-anak akan diajar music and movement, self-help skills, simple hygiene etc. Pelajar dilatih makan bersama rakan-rakan dan guru untuk develop social skill dan hubungan persahabatan.

- Vocational Training Centre (18 y/o and above) : Terdapat beberapa unit latihan di bahagian ni iaitu carpentry, sewing, general craft and so on. Di bahagian kraf tangan, pelajar dilatih untuk buat bakul menggunakan gulungan kertas dan lilit tali pada tools yang disediakan.

- Sheltered Workshop : Menyediakan pekerjaan kontrak seperti packing, sorting, mailing etc mengikut kontrak yang pihak Wisma Harapan dapat.

Kalau nak buat volunteer, internship atau lawatan pon boleh dekat sini. Masa aku pergi sini selama 5 hari, ada guru-guru pendidikan khas dan juga pelajar-pelajar dari Australia datang buat lawatan. Pelajar-pelajar Wisma Harapan turut diajar berenang dan menunggang kuda pada hari-hari tertentu.

Kalau nak datang guna public transport, aku suggest naik monorel dan turun dekat Tun Sambanthan. Kalau nak turun dekat KL Sentral pon ok jugak tapi kena jalan jauh sikit. Nak solat pon senang sebab sebelah dengan Surau Brickfields Madrasathul Gouthiyah je. Kedai makan ada je dekat-dekat situ tapi kena jalan sikit. Pandai-pandailah pilih yang confident halal.

Info SAMH Wisma Harapan ;-

Wisma Harapan, 522, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Tel : 03-22741457/75
Faks : 03-22734933
Email : wisma_harapan@yahoo.com
Website : http://www.mentallyhandicapped-samh.org/

With Mrs Margeret, pengetua dekat sini

Ni yang aku cakap ikat tali dekat tools tadi tu.
Macam buat kerusi kot lebih kurang

Tempat anak-anak special ni lahirkan kreativiti

Hasil tangan mereka dipamerkan di sini untuk dijual.
Pelanggan boleh request nak bentuk apa, saiz macam mana.

Di EIP, pelajar diajar menggunakan komputer dan kemahiran mereka dinilai

Bermain pasir adalah salah satu cara untuk tingkatkan sensory skills

Muzik turut membantu dalam proses pembelajaran mereka

Bahagian hadapan SAMH Wisma Harapan
Hulurkan tangan kita untuk kanak-kanak ini.

SAMH Charity Carnival 2016
Sunday 27 November 2016
9 am - 4 pm
Venue : Wisma Harapan
Ticket : RM 2
Contact : 03-22741457/75


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI