Tuesday 13 October 2015

The FYP Part 3 - Tips Proposal



Hai!!

Malam ni baru ada feel sikit nak cerita tentang perkembangan proposal FYP aku. Letih sangat-sangat nak buat dan macam-macam kisah yang aku dengar dari kawan-kawan. Setiap orang ada masalah masing-masing. Sampai aku rasa yang masalah aku tak sebesar masalah kawan-kawan aku. Sebab tu aku kuat lagi. Ada beberapa kesalahan yang aku buat sepanjang menyiapkan proposal ni tetapi silap aku yang paling besar ialah aku ambil mudah. Aku anggap semuanya mudah. Sebab apa? Sebab aku rasa aku ada semua maklumat yang aku nak. Just translate to Malay, copy and paste. That's it. Jangan, jangan, jangan buat macam ni. Sepatutnya kena buat macam ni :-

1) Fahamkan projek yang akan dibuat

Rujuk post-grad student atau lecturer dan fahamkan apa rasional kajian yang akan dilakukan. Fahamkan sefaham fahamnya. Mintalah link web site, bahan rujukan yang mereka selalu rujuk atau apa sahaja yang dapat membantu kefahaman kita dari mereka. Tanya mereka apa isi yang patut dimasukkan ke dalam proposal dan apa yang tidak perlu. Waktu jumpa mereka, kita mesti prepare the basic knowledge. Jangan minta disuap sahaja tau. Bahaya nanti. Kena marah, aku tak dapat nak back up. Heeeee..

2) Rancang

Perkara ni sangat penting. If you fail to plan, you plan to fail. Rancang apa yang nak ditulis. Try to use WHO Questions. Rancang perjalanan eksperimen menggunakan carta alir dan carta Gantt. Dari situ, kita akan nampak rasional atau tidak proses eksperimen tersebut.

3) Cari maklumat

Cari semua maklumat berkaitan apa yang kita telah rancang untuk tulis. Contohnya, statistik pengeluaran produk, fungsi, struktur dan sebagainya. Bila kita dah rancang, kita tak akan baca bahan bacaan secara membabi-buta. Setiap bacaan kita adalah untuk cari isi yang telah dirancang. Faham ke tak ni? Kalau tak faham tanya tau. Aku memang cakap berbelit juga kadang-kadang.

4) Fahamkan format

Inilah yang aku tak faham-faham. Format Gaya UKM ni. Especially the reference part. Bahagian ni aku bagi senior aku yang check and edit sebab dia dah berpengalaman buat thesis. Format memang kena betul sebab itu adalah point untuk orang pertikaikan nanti. Percayalah. =P

5) Semak

Bila dah siap semua yang nak ditulis, semak semula kesalahan ejaan, format, label, italic words dan sebagainya. Kalau malas nak semak sebab dah berpinar mata tengok tulisan yang kita tulis dari pagi sampai ke pagi semula, minta tolong roommate / classmate yang semak. Pastikan orang yang kita minta tolong tu ada basic knowledge dalam bidang kita. Contohnya aku ambil bidang Genetik, bolehlah minta sesiapa yang ada basic in Science untuk semak. Bukan apa, untuk memudahkan dia faham apa yang kita tulis dan tahu mana yang salah. Fahamkan maksud aku?

6) Re-check

Lepas dah betulkan kesalahan yang kawan semak tadi, hantar kepada post-grad student yang handle kita atau kepada supervisor. Mereka akan bagi idea untuk penambahbaikan proposal kita. Kena kutuk ke, kena perli ke, diam saja. Yang penting kerja kita betul dan siap nanti. Mereka buat macam tu sebab nak didik kita. Jadi, bertabahlah ye. =D

7) Print

Yang ni semua orang tahu, kan? Nak print pun kena hati-hati. Nak yang berwarna ke tak, kertas 80 gsm ke 70 gsm, nak berapa copy. Benda senang macam ni orang ambil mudah. Lepas tu kena print lagi sekali sebab tersalah print. Kan membazir namanya.

8) Copy/Save

Ini tersangatlah penting ye kawan-kawan. Save setiap kali siap buat kerja. Jangan save dalam laptop je. Macam aku, aku save dalam fake FB. Haha. FB tu aku tak guna. Jadi senang nak save segala benda sebab tak bercampur dengan hal-hal yang tak berkaitan kerja. Hilang pun tak,kecuali aku lupa password FB aku.

Aku rasa setakat ini sajalah yang aku nak nasihat. Jangan buat di saat-saat akhir dan jangan ambil mudah.

Ok, goodluck!!


2 comments:

  1. hai. saya ex ukm grad 2005 :)

    alamak, takleh nak follow sebab saya tak guna g+.

    jom ke blog saya www.sitimunirah.com :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh...alumni la ni... sya baru merangkak nk grad..huhu

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI