Friday, 27 May 2016

NEUVOO - Enjin Pencarian Kerja

Assalamualaikum.

Hai.


Bagi pelajar institusi yang bakal menamatkan pengajian atau sudah tamat dan masih mencari kerja, Neuvoo adalah laman sesawang pertama yang anda perlu pilih sebagai enjin pencarian kerja. Ia boleh didapati di lebih daripada 60 negara di dunia ini. Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai tahap persaingan yang tinggi. Neuvoo dapat membantu para pencari kerja untuk mencari pekerjaan dengan efektif bermula dari pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan yang tinggi seperti pelayan dan housekeeping sampai ke posisi pengurusan atau jawatan eksekutif.

Apakah perbezaan Neuvoo dengan enjin pencarian kerja atau lembaga kerja yang lain?

- 4 kali ganda tawaran kerja di bandingkan dengan enjin pencarian kerja yang lain di Malaysia.
- Senang digunakan dan diakses.
- Menawarkan peluang pekerjaan anda atau mencari kerjaya idaman anda secara percuma
- Hantaran notifikasi e-mel secara langsung kepada para pencari kerja setiap hari apabila terdapat tawaran kerja yang baru.

Neuvoo bukan hanya enjin pencarian kerja yang biasa, tetapi Neuvoo sangat inovatif dan sangat up-to-date. Neuvoo juga memiliki fungsi-fungsi yang canggih tidak boleh didapati di enjin pencarian pekerjaan yang lain dan sangat senang digunakan serta diakses oleh para pencari kerja. Pada saat ini, Neuvoo menawarkan lebih dari 60 ribu pekerjaan di Malaysia. Tambahan pula, majikan-majikan dapat menawarkan peluang pekerjaan mereka di Neuvoo untuk mendapatkan bakat-bakat yang diperlukan.

Secara ringkasnya, Neuvoo merupakan Google yang khas untuk mencari tawaran kerja. Neuvoo berusaha dan fokus kepada membantu para pencari kerja sehingga mereka memperolehi pekerjaan impian mereka.

Neuvoo bersiap sedia untuk membantu para pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan impian mereka! Sila kunjungi laman web Neuvoo di http://my.neuvoo.com.

Your future starts here!
Good luck.

Tuesday, 24 May 2016

FYP Part 11 : Finished Draft Thesis and Research Note


Hai!!

Hari Jumaat (20 Mei 2016) lepas, semua students Pusat Biosains dan Bioteknologi (PPBsBt), FST dimaklumkan untuk hantar dua salinan draf tesis. Setelah gigih siapkan sampai tak tidur malam segala bagai, siap jugalah draf tesis tu. Walaupun draf je tapi kena complete 100% cuma tak dijilidkan lagi. Selagi tak hantar draf tu, selagi tu la rasa macam ada lagi yang kena tambah, kena betulkan, nak ubah itu ini. Last nya, tutup mata, hantar je. Jangan fikir banyak sangat. Masalahnya bila dah hantar, sambil-sambil buat research note, baru perasan ada lagi salah dekat draf tesis. Sabar je la. Actually, baru tahun ni pelajar undergrad diarahkan untuk buat research note ni. So, masing-masing blur tak tahu apa. Lepas tu ada lecturer guna term research note, prosiding dan extended abstract. Kami jadi macam kanak-kanak yang confuse dengan perkataan "diam", "senyap" dan "jangan cakap apa-apa". Macam tu lah lebih kurang analoginya. Tarikh hantar research note tu hari ni (24 Mei 2016). 

*Thesis : A long essay or dissertation involving personal research, written by a candidate for a college degree.

*Abstract : Brief summary of a research article, thesis, review, conference proceeding or any in-depth analysis of a particular subject and is often used to help the reader quickly ascertain the paper's purpose.

*Extended abstract : Long abstract. An extended abstract should contain references, comparisons to related work, proofs of key theorems and other details expected in a research paper but not in an abstract. An extended abstract is a research paper whose ideas and significance can be understood in less than an hour. 

Lebih kurang macam ni la format research note tu.
Summary kepada tesis yang panjang berpuluh muka surat tu.




Now, road to symposium.
Good luck.




Monday, 23 May 2016

Stop Tengok Akadku Yang Terakhir

Hai!!

Semenjak dua menjak ni aku minat tengok drama Akadku Yang Terakhir lakonan Tiz Zaqyah (sebagai Rania Baheera) dan Amar Baharin (sebagai Irham Zahri). Aku terjebak tengok drama ni sebab ada Amar Baharin la. Keduanya sebab watak doktor psikiatri yang Tiz Zaqyah pegang tu dan ketiganya chemistry watak-watak dalam drama tu memang best. Walaupun aku tak dapat banyak info sangat pasal psikologi dan psikiatri dalam drama ni macam drama Kill Me Heal Me atau Madame Antoine, tapi aku puas hati la. Tapi sampai je episod 29 lebih kurang macam tu, bila Rania dengan Irham dah kahwin, abang si Rania ni pulak buat perangai pelik, aku give up lah tengok. Sweet overdose tahap diabetes lakonan Irham dengan Rania. I am jealous. Haha. Ditambah pulak dengan busy buat tesis and prepare untuk simposium nanti. Satu lagi sebab aku terpengaruh dengan mak & adik aku layan drama Dia Semanis Honey. Nanti aku sambung lagi tengok Akadku Yang Terakhir kalau part sweet overdose dah habis. Haha. 

Monday, 16 May 2016

Pemenang Segmen Give Me Your URL Blog 1 By Najwa Zahid


Mula-mula sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada blogger yang sudi join segmen dan sudi post entri tentang segmen saya ni. Thanks sangat. Seperti yang dijanjikan, kalau jumlah peserta melebihi 20, saya akan pilih 2 blog untuk di review. Blog yang tidak terpilih jangan kecil hati ya. Kita blog-walking ramai-ramai di SENARAI PESERTA SEGMEN

Blog yang terpilih ialah :



Tahniah.
Nervous pulak nak review blog yang hebat-hebat ni.
Saya akan inform bila dah siap entri review ye.


Thanks semua sudi join segmen saya.
Love.
Love.

Thursday, 12 May 2016

TEMPOH SEGMEN GIVE ME YOUR URL BLOG 1 DILANJUTKAN

ASSALAMUALAIKUM
Hai!!

PENGUMUMAN!!

Tempoh SEGMEN GIVE ME YOUR URL BLOG 1 yang sepatutnya tamat pada 12 Mei 2016 dilanjutkan kepada 15 Mei 2016. Jadi, bagi sesiapa yang belum sempat join, masih ada masa lagi.
Bagi yang telah sertai, sila semak blog anda di SENARAI PESERTA


KLIK BANNER UNTUK SERTAI


Terima kasih.
Segala kesulitan harap dimaafkan.
=D




Tuesday, 10 May 2016

Surat PU Rahmat Kepada Mira Filzah (Respon PU Rahmat)


Hai!!

Boleh klik artikel di bawah ni untuk yang tak baca lagi surat dari PU Rahmat kepada Mira Filzah. 

Dan di bawah ini merupakan respon dari PU Rahmat mengenai hal ni :


Sekian.

Sunday, 8 May 2016

FYP Part 10 : On-Going Thesis


Hai!!

Sekarang ni masing-masing mood tulis tesis je. Semua kerja-kerja lab sepatutnya dah stop pada 29 April lepas. Lab aku dah settled seminggu sebelum tu. Lepas segala macam dugaan, siap juga akhirnya. Tesis ni pulak kena hantar 18 Mei nanti. Problem aku nak tulis tesis ni of course lah part discussion. Dapat result betul pon masalah. Result tak betul pon masalah. Haha. Aku dapat result  almost seperti dijangka kononnya dan kena analisis. Part analisis ni la yang aku blank. Dalam tiga tesis yang aku rujuk, dua tesis tak berapa nak ada analisis. Satu lagi tu terlebih banyak pulak analisisnya sampai aku tak faham apa dia tulis. Huwaa. Habis senior master aku kacau semalam semata-mata nak minta ajarkan part analisis ni. 

Tapi once you dapat the sequence yang di target tu, macam dapat satu kunci ke satu ruang baru. Ruang yang orang tak masuk lagi. You adalah orang first masuk ruang tu dan you analyze, apa ciri-ciri ruang tu. Design, lighting, size, color etc. Itulah analoginya. 

Meh nak kasi tips tulis tesis. Cewah. Padahal tesis sendiri pon terkontang-kanting lagi. Tips yang common orang akan cakap ialah, jangan tulis last minute. Kedua, don't take it easy. Ketiga, jangan copy and paste. Yang paling penting, faham sebelum tulis. 


Good luck =D

Senarai Peserta Segmen Give Me Your URL Blog 1 By Najwa Zahid



Senarai peserta yang baik hati comel handsome sebab sudi join :

21. http://macammacamcite.blogspot.my/2016/05/segmen-give-me-your-url-blog-1-by-najwa.html
22. http://elsaalicious.blogspot.my/2016/05/segmen-give-me-your-url-blog-1-by-najwa.html
23. http://darihatimissmulan.blogspot.my/
24. http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/give-me-your-url-blog-1.html
25. https://hafzhanrauf.blogspot.my/
26. http://www.erinazmir.com
27. http://cilikeringmerah.blogspot.my
28. http://chentaabby.blogspot.com/2016/05/give-me-your-url-blog-1.html
29. http://ceritaejoy.blogspot.my/2016/05/segmen-give-me-your-url-blog-1-by-najwa.html
30. http://yangbaik.blogspot.my
31. http://sotskirt.blogspot.com/2016/05/segmen-give-me-your-url-blog-1-by-najwa.html
32. http://ash-tsukidate.blogspot.my/2016/05/segmen-give-me-your-url-blog-1-by-najwa.html
33. http://zulfaonlinediary.blogspot.my/
34. http://www.papaglamz.com/2016/05/segmen-give-me-your-url-blog-1-by-najwa-zahid.html
35. http://xstalkerx.blogspot.my/
36. http://blooming-tulips.blogspot.my/


Selamat ber'blog-walking" =D

Thursday, 5 May 2016

Salam Noodles Restoran Cina Muslim

Hai!!

Lepas exam Plant Biotech malam semalam, masing-masing sibuk nak isi perut. Tak sempat makan sangat sebab nak study kononnya. Haha. Aku dah makan dah sebelum pergi exam tu tapi dah member ajak, on je. Aku tak pernah makan dekat Salam Noodles sebelum ni tapi rasanya famous restoran ni sebab nampak gambar JJCM dekat pintu masuk. Dekat je rupanya dengan Restoran Urat Keting area Seksyen 7 Bangi. Masa sampai tu tak ramai orang dan kebetulan pulak jumpa Prof yang ajar Plant Biotech dekat situ. Haha. Jodoh. Prof dengan anak dia masa tu. Kami pon nak buat perangai merepek-repek ni segan sikitlah. Haha. Tapi gambar tetap ambik. Siap welfie lagi tu. =P

Macam-macam jenis mi ada.

Bukan mi je, nasi pon ada.
Style order dekat sini, tick menu apa yang you all nak dekat kertas menu yang dah disediakan atas meja dan pergi bayar dekat kaunter. Nanti sampailah makanan yang dipesan. Makanan memang panas berasap lagi tau. Mi pon lembut licin menuju ke tekak. Haha. Tak ada member aku yang complain pasal makanan tadi. 

Aku order S9. Braised Chicken Soup Noodle.

Gambar ni my friend (Dila) yang ambik.
Hidangan makanan dekat sini memang besar gedabak.
Air boleh refill dan macam-macam air ada. Aku bajet-bajet nak minum air teh cina tapi memang tak lah. Lidah aku suka yang manis dan sedap je. Yang sihat-sihat ni lidah aku tak layan. Haha. Rasa menyesal pulak tak habiskan air teh cina tadi sebab bukan selalu aku minum. 

Sempat lagi ambil gambar dengan Prof. Zamri sebelum Prof balik
Tak ada apa yang aku tak suka dekat restoran ni jadi aku bagi 5/5 bintang. Nak datang lagi ke tak? InsyaAllah kalau ada orang nak bawak. =D 

Lepas makan, kami jalan-jalan dekat uptown Jalan Reko dan melepak dekat Bukit Ampang. Dah sesat sampai ke Puchong. Haha. Mengarut betul. Aku tak pernah pergi Bukit Ampang dan aku ingat tempat tu macam tempat lepak dekat Putrajaya. Lain rupanya. 

Pemandangan dari Bukit Ampang
Ok la, jangan lupa try menu dekat Salam Noodles tau. =D
Dekat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. FB Salam Noodles
Makan kenyang-kenyang.
Daa~~





















Wednesday, 4 May 2016

SEGMEN : GIVE ME YOUR URL BLOG 1 By Najwa Zahid

TAMAT
Assalamualaikum.

Hai!!



Aku nak lancarkan segmen kecil-kecilan "Give Me Your URL Blog 1" mulai 4 Mei 2016 - 12 Mei 2016. Aku harap dapat sambutan yang baik dari rakan-rakan blogger dan kita boleh blog-walking sama-sama. =D.

Syaratnya simple je. 
- Follow blog The Putra Diverse ni
-  Like FB Page The Putra Diverse
- Tinggalkan link blog anda di ruangan komen

Andai kata ada yang baik hati nak tulis entri, amatlah dialu-alukan. Letakkan banner di atas dan link kan ke blog ni. Yang paling penting, jangan lupa tinggalkan link blog anda dekat komen tau. Kalau penyertaan melebihi 20 valid blog link, insyaAllah aku akan pilih 2 blog melalui random.org untuk direview. 

Saranghae. =D


Tuesday, 3 May 2016

Lawatan Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang


Hai!!

Lawatan ke Kuala Gandah ni adalah sambungan kepada lawatan ke DEERLAND PARK hari Sabtu yang lepas. Masa sampai dekat situ memang panas terik sangat sebab dah pukul 1.30 pm lebih kurang. Kalau ikut jadual, kami sepatutnya tonton video 'Elephant Conservation Programme' dulu. Tapi disebabkan sampai agak lewat, kami pergi tengok pertunjukan gajah dulu dengan pelancong-pelancong lain. Ada 4 ekor gajah yang buat pertunjukan tu tapi aku dah tak ingat nama gajah-gajah tu. =D

Setiap gajah dikendalikan oleh pelatih yang mahir

Masa show tu, bukannya gajah tu melompat ke menari ke apa, biasa je. Seekor tu dia tarik rantai besi, seekor lagi pusing tunjuk ekor, lepas tu seekor lagi bawa tuan dia naik atas badan dan yang akhir sekali dia baring dan bangun semula. Lepas tu penonton boleh bagi makan betik dekat gajah-gajah tu.

Masa ni memang berebut-rebut orang serbu nak bagi gajah makan
Bila dah kenyang, gajah-gajah ni dibawa mandi dekat sungai. Penonton tak mandi sekali dengan gajah ni, yang boleh mandi tu dengan anak gajah rasanya. Dekat-dekat je kawasan dia. Mengikut jadual, kami sepatutnya diberi masa untuk join gajah-gajah tu mandi. Tapi disebabkan ramai sangat pelancong lain yang mandi dan kami nak cepat, tak jadilah nak mandi dengan gajah. 

Gajah main air. Happy betul.


Abang pelatih dan gajah lepas mandi

Semua dah wangi dah ni =P
Di sekitar tempat ni ada digantung info-info mengenai gajah bagi menambah pengetahuan pelancong yang datang. 
Biodata gajah

Salah satu info tentang gajah, ia tidak dapat berpeluh
After that, kami ke galeri yang menempatkan banyak info serta sejarah tentang pusat konservasi ini. Bila dah penat pusing-pusing galeri, kami ke bilik tayang di ruang entrance untuk tengok video yang tak dapat tengok masa awal tadi. Video terpasang, kami tengok. Video habis, kami keluar. Hehe. Sebab tak ada siapa yang introduce atau close kan penyampaian video tu. Lepas selfie-selfie tu, kami pon balik. 

Sebelum sampai ke NECC (National Elephant Conservation Centre) ni, kami diberi kertas soalan dan kena hantar pada lecturer sebelum sampai uni. Disebabkan ada soalan-soalan ni, aku care untuk baca info-info dekat NECC tu. Tapi kesedaran untuk conserve haiwan-haiwan yang semakin pupus tu tak sampai. 
Cafe di NECC

Gambar dekat wall  di entrance ni lawa-lawa.
Apa-apa pon aku puas hati masuk sini sebab tak perlu bayar. Aku harap semakin banyak aktiviti yang menimbulkan kesedaran untuk conserve endangered animals dapat dilaksanakan dan semakin banyak gajah dapat diselamatkan.

Good luck
Have a nice journey
Daa~~~



Monday, 2 May 2016

Running Man Episod 297 (Descendants Of The Sun)

Hai!!!!

Running Man minggu ni memang best dan lain dari episod beberapa minggu kebelakangan ni. Ditambah pulak dengan guest yang datang memang gempak iaitu pelakon-pelakon DOTS, Kim Ji Won dan Jin Goo. Seorang lagi guest ialah Eunseo dari Cosmic Girl. Misi kali ni adalah untuk cari Red Sun dalam kalangan mereka tapi Red Sun tu tak ada lah unexpected pon. Dari awal dah dapat agak. Jin Goo dan Ji Won tunjuk charming side mereka dalam episod ni. Comel comel. Dumb Dumb dance tu yang mahal. =D Ada guest yang tak dijangka datang. Pelakon DOTS juga. Siapa? Kenalah tengok. 

Tonton online / downloadRUNNING MAN EP 297

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST BULAN JUN & PENCARIAN BLOGLIST TAHUN 2016


KLIK BANNER UNTUK SERTAI

Deerland Park, Lanchang Pahang

Hai!!

Semalam (30 April 2016), students STAB3023 PEMULIHARAAN & PENGURUSAN SUMBER GENETIK ada field trip di Lanchang, Pahang. Kami pergi Deerland Park dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. Lebih kurang 2 jam lebih baru sampai sebab ada berhenti dekat Genting Sempah untuk sarapan.

Sebelum masuk melawat haiwan-haiwan di situ, kami diberi taklimat oleh pengusaha Deerland Park, En. Abdullah. Beliau banyak menyelitkan ilmu-ilmu Islam dalam taklimatnya. Di Deeland Park ini bukan sahaja ada rusa, tetapi banyak lagi haiwan unik yang lain. Kami diberi peluang untuk pegang beberapa haiwan yang tidak membahayakan.


Bahagian hadapan Deerland Park

Yang baju biru tu owner tempat ni, En. Abdullah

Kami diberi peluang untuk memberi makan kepada rusa-rusa di situ












Di dalam Deerland Park ni turun disediakan tandas awam dan sinki untuk basuh tangan lepas pegang-pegang haiwan tu. Ada juga kedai cenderamata dan tabung derma. 

Tabung untuk derma kepada pekerja dan haiwan di situ. 

Yuran masuk ke sini sebanyak RM 6 dan ia berbaloi. Sesuai untuk bawa kanak-kanak sebab teduh dan tak sesak dengan manusia. Jadi kanak-kanak boleh mengenali haiwan dengan lebih dekat. Tempat ni lebih kurang FITC tapi lagi best dan murah. Pelancong dari luar negara pon datang dekat sini sebab dah alang-alang nak melawat gajah dekat Kuala Gandah. 

Untuk lawatan ke Kuala Gandah tu, aku cerita di entri lain ye. 

Daa~~





 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI