Monday 28 November 2016

Penangguhan Pembayaran Balik PTPTN


Hai!!

Hari ni aku ke kaunter PTPTN di The Mines Serdang untuk proses penangguhan bayaran balik PTPTN. (Bagi yang tak perasan dekat mana kaunter tu, ha!! Sebelah Pizza Hut, dekat dengan cinema tu. Ok?) Aku nak tangguh bayaran balik PTPTN untuk pinjaman masa degree dan tak pasti lagi nak pinjam PTPTN lagi ke tak untuk master ni. Lepas aku bagitau situasi aku dekat staff PTPTN tu, dia kata, kalau tangguh, tunggakan bulanan masih ada cuma tak dapat notis dan tak di blacklist kan nama je. Kalau pinjam terus untuk master, tunggakan terhenti sementara sepanjang master tu, tapi kadar bayaran balik nanti memang banyak sangat-sangatlah. Fikir-fikirkanlah. Hehe.

Sumber maklumat di bawah daripada laman web rasmi PTPTN :-


Kriteria Penangguhan

Peminjam yang dah tamat pengajian sebelum ni dan nak sambung lagi pengajian secara sepenuh masa.

Peminjam yang perlu melanjutkan pengajian ke luar negara apabila mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2.

Peminjam yang extend semester.

Peminjam yang dah tamat pengajian tetapi masih belum bekerja (iaitu tiada pendapatan). 

Peminjam yang menerima penajaan lain. 

Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan. 

Tempoh penangguhan yang dibenarkan


Kaedah permohonan penangguhan bayaran balik

Untuk maklumat lanjut, sila ke LAMAN WEB PTPTN-PENANGGUHAN BAYARAN BALIK


Terima kasih.









4 comments:

  1. Saya pun berhasrat nak sambung master.

    ReplyDelete
  2. Sambung master eh? Baguslah sambung master terus lepas degree. Fresh lagi semangat student tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. fresh yg tak berapa fresh dah ni. hampir berkarat jugak otak

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI