Showing posts with label The Q's. Show all posts
Showing posts with label The Q's. Show all posts

Monday, 28 November 2016

Penangguhan Pembayaran Balik PTPTN


Hai!!

Hari ni aku ke kaunter PTPTN di The Mines Serdang untuk proses penangguhan bayaran balik PTPTN. (Bagi yang tak perasan dekat mana kaunter tu, ha!! Sebelah Pizza Hut, dekat dengan cinema tu. Ok?) Aku nak tangguh bayaran balik PTPTN untuk pinjaman masa degree dan tak pasti lagi nak pinjam PTPTN lagi ke tak untuk master ni. Lepas aku bagitau situasi aku dekat staff PTPTN tu, dia kata, kalau tangguh, tunggakan bulanan masih ada cuma tak dapat notis dan tak di blacklist kan nama je. Kalau pinjam terus untuk master, tunggakan terhenti sementara sepanjang master tu, tapi kadar bayaran balik nanti memang banyak sangat-sangatlah. Fikir-fikirkanlah. Hehe.

Sumber maklumat di bawah daripada laman web rasmi PTPTN :-


Kriteria Penangguhan

Peminjam yang dah tamat pengajian sebelum ni dan nak sambung lagi pengajian secara sepenuh masa.

Peminjam yang perlu melanjutkan pengajian ke luar negara apabila mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2.

Peminjam yang extend semester.

Peminjam yang dah tamat pengajian tetapi masih belum bekerja (iaitu tiada pendapatan). 

Peminjam yang menerima penajaan lain. 

Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan. 

Tempoh penangguhan yang dibenarkan


Kaedah permohonan penangguhan bayaran balik

Untuk maklumat lanjut, sila ke LAMAN WEB PTPTN-PENANGGUHAN BAYARAN BALIK


Terima kasih.









Sunday, 27 March 2016

Produk Good Virtues Co. Bagus Atau Tidak?



Hai!!!

Hari ni aku nak review tentang 5 produk Good Virtues Co. iaitu :
1. Glowing & Goodness Brightening Day Cream
2. Glowing & Goodness Brightening Night Cream
3. Glowing & Goodness Brightening CC Cream
4. Helpful & Delightful Healthy Hair & Scalp Conditioner For All Hair Types
5. Helpful & Delightful Multiple Repair Hair Serum

Aku dah review produk nombor 1 dan nombor 3 tu di LAST LONGER MAKEUP tapi masa tu aku baru lagi pakai produk tu. Tak banyak beza pon perasaan masa baru guna dengan bila dah lama guna ni. 

CC cream & day cream
Hari aku tak lengkaplah tanpa day cream tu. Aku jadi familiar dah dengan bau dia yang wangi tu. Aku gantikan sunscreen dengan day cream ni sebab aku ada problem sikit dengan sunscreen. =D Yang aku tak minatnya day cream ni, dia tak absorb dengan cepat. Kalau waktu nak cepat tu, memang pakai dekat dengan kipas je. Haha.

CC cream tu pulak dia ok ikut keadaan. Kadang-kadang dia menyebabkan makeup tu jadi lawa, kadang-kadang dia clump jugak. Kalau nak ala-ala natural makeup untuk pergi kelas tu, sesuailah guna yang ni tapi kalau nak heavy makeup pergi event ke dinner ke, cc cream ni memang bukan pilihan. 

Untuk night cream pula, teksturnya lebih padat dan lebih cepat absorb dari day cream dekat muka aku. Dekat orang lain aku tak tahu. Hehe. Of course night cream ni pon wangi semerbak. Untuk penggunaan yang lebih baik, guna sekali dengan facial cleanser dan day cream dari Good Virtues Co. Aku tak perasan pulak aku makin putih ke tak lepas pakai night cream ni tapi dia tak bagi negative effect la dekat muka aku. Muka aku memang sensitif, so, jarang ada produk yang aku akan pakai sampai habis. Selalunya seminggu je pakai terus terbiar je (tunggu masa nak kena buang) ;-P 

Night cream

Set untuk rambut yang nombor 4 dan 5 tu aku baru je beli sebab tiba-tiba rambut aku buat hal seminggu dua ni. Disebabkan ramai yang syorkan dekat aku produk rambut dari Good Virtues Co. ni, aku pon belilah.
Hair serum

Conditioner

Both of them memang wangi. Tapi mungkin disebabkan aku tak pakai sekali dengan syampu jenama ni, effect dia tak memberansangkan sangat. Aku suka conditioner ni sebab bila dibilas tu, dia tak tinggalkan rasa greasy dekat rambut. Yes, rambut rasa macam soft & smooth tapi tak mengurangkan rambut gugur. Hair serum tu lebih kurang feeling macam pakai minyak rambut. Untuk beberapa saat awal tu, nampak macam berminyak tapi tak lama tu dia ok je. Untuk kurangkan rambut kusut, serum dengan conditioner ni sesuai bagi aku. Serum tu boleh diulang-ulang pakai waktu diperlukan. 

"All our products are infused with the purifying goodness of  Organic Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) which is recognised for its rich, natural nutrients, minerals and antioxidants that repair, restore and rejuvenate. They are also free from Mineral Oil, SLES, ALES, Parabens, synthetic colourants, and are not tested on animals. We only use 100% non-animal derived ingredients in our products."-Good Virtues Co.

Selepas baca apa aku tulis panjang berjela dekat atas tadi tu, decide lah ye produk ni bagus ke tak bagi awak awak semua. Pada saya produk ni bagus cuma mungkin perlukan penambahbaikan untuk produk-produk yang akan datang. 

Celebrate Your Noor =D

SearchGOOD VIRTUES CO.

Monday, 7 March 2016

Seni vs Sains


Hai!!!

As you know, aku student aliran sains (Genetik) sekarang ni tapi aku fall in love dekat seni sejak Form 4 atau Form 5 macam tu. Kalau difikirkan balik, dari kecil lagi aku suka seni ni terutamanya seni yang ke arah penulisan kreatif. Tapi ditakdirkan aku lebih mudah jalannya ke bidang sains. Aku pernah ambil subjek berkaitan seni dulu dan aku lalui pengalaman berharga waktu tu. Ada juga orang yang pandang enteng macam "Kau budak sains weh. Asal ambik seni pulak?". Pada mereka, ia satu perkara yang tak realistik, berangan-angan dan tak ada faedah. Senyum je sebab aku minat subjek tu dan aku buat apa aku minat.

Ok lah. Apa pendapat aku tentang dua bidang ni?

Pada aku, kedua-dua bidang ni luas. Selalu orang kata, bidang sains ni banyak cabang. Boleh dapat kerja dekat mana-mana je. No. Pada aku, dua-dua bidang ni sama saja luasnya kalau di explore. Aku selalu rasa, kalau orang yang hebat dalam bidang seni macam musik, penulisan, tarian etc tu, mereka ni memang berbakat sejak azali lagi. It's gift from The Creator. Kalau orang yang score dalam bidang sains, aku rasa dia genius. Rasa tak adil kan untuk yang orang biasa-biasa macam aku ni? Tapi, orang yang talented ke genius ke, mereka tak dapat dengan sekelip mata. Halangan untuk mereka ada di jalan yang lain. Sebab kita tak sempurna. 

Habis tu, macam mana dengan orang yang kurang berbakat, kurang genius ni? Usaha. Yes, effort. Effort does not betray you. If it's ever does, that's mean you are not put enough effort into it. Jadi, jangan give up. Jangan ikut kehendak orang sekeliling. Do what you want

Bidang sains ni, kalau tak betul-betul minat, akan timbul rasa nak give up tengah-tengah jalan tu. Macam aku, aku tak segan nak kata yang aku dapat C+ subjek Biologi masa SPM. Masa matrik, Biologi yang buat aku tak dapat "empat rata". Tapi, akhirnya aku masuk U dalam jurusan berkaitan Biologi. Rasa nak tukar course? Tak. Kenapa? Satu, sebab aku memang jenis redha. Kedua, sebab aku tak yakin tukar course tu jalan terbaik atau tak. Aku mampu score ke kalau tukar? Ketiga, sebab aku nak cabar diri aku sejauh mana kebolehan aku untuk buat benda yang aku tak minat. Alhamdulillah, aku mampu bertahan sampai sekarang.

Tak kira ambil bidang apa sekali pon (seni, sains, agama, akaun, dll), kalau minat dan usaha tu ada, you will win. Sekurang-kurangnya, you do what you really want to do. Not what others want you to do. Bukan orang yang ada bakat je dibenarkan untuk capai impian, orang yang biasa-biasa pon boleh asalkan ada kemahuan tu. 

Goodluck




Thursday, 4 February 2016

Macam Mana Nak Buat Si Dia Suka Dekat Kita?


Hai!

Aku dah lama nak buat entri ni tapi asyik hesitate je. Segan tau. Aku ni penyegan orangnya. =P Dulu masa sembang dengan member-member, isu hati dan perasaan ni timbul tiba-tiba. Adalah yang tanya, macam mana nak buat crush kita minat tu suka dekat kita balik. Aku ada idea hasil daripada pembacaan dan experience sekeliling.

1. Tanya hati

Setiap kali aku bagi nasihat, benda pertama aku akan cakap, tanya hati. Niat. Betul ke suka dekat dia? Ke suka kejap-kejap je? Cinta atau nafsu? Jangan cuba steps di bawah kalau nak main-mainkan perasaan orang lain. Don't you ever try to do that.

2. Kenal dari jauh

Tengok tingkah laku dia dari jauh. Observe. Selidik dari kawan-kawan. Kalau betul ciri-ciri yang dia ada tu sesuai dengan yang kita nak, baru mulakan steps dekat bawah nanti. Jangan bila dah mula, baru rasa macam, "La...macam ni ke dia ni sebenarnya". Bila dah mula, bersedia untuk terima baik dan buruk dia. Ok?

3. Muncul tapi jangan dekat

Pastikan dia tahu kewujudan kita tapi jangan tiba-tiba serbu dia. Make sure dia nampak kita beberapa kali. Biarlah dia tahu yang kita ni sama kuliah ke, sama taman perumahan ke, sama pejabat ke dengan dia. Waktu ni, tunjuklah sifat keperibadian yang baik. Janganlah bagi dia nampak yang kita terjatuh tangga ke, menangis tepi tandas ke. Seganlah kalau gitu. Dalam drama dengan novel je menjadi adegan-edegan macam tu. Real aku tak tahulah.

4. Kecilkan skop

Dekati dia tapi jangan expose yang kita suka dekat dia. Kalau sama kuliah, try lah jadi group member dia untuk assignment akan datang. Join persatuan yang sama ke. Apa-apa je yang dapar kecilkan skop perkenalan tu. Dari sinilah kita akan kenal dia dengan lebih dekat.

5. Jangan jadi kawan

Bila dah kenal, aku tak galakkan berkawan dengan dia. Nanti kena friend zone. Just bagi dia comfortable je bersembang dengan kita pasal kerja atau hal-hal yang bukan peribadi.

6. Hint

Yang ni penting. Kalau tak bagi hint, macam mana dia nak tahu kita suka dia? Hint ni aku tak spesifikkan macam mana sebab setiap orang ada cara masing-masing. Cuba dua atau tiga kali contact dia untuk hal yang tak berkaitan kerja atau bila ada masalah, cari dia dulu. Atau just bagitahu je yang dia ada ciri-ciri lelaki idaman kita kalau berani la. Hehe.

7. Buat dia rasa penting

Cuba pastikan apa yang berlaku dekat dia, kita tahu dulu atau pastikan dia yang pertama tahu apa yang terjadi dekat kita. Bila birthday dia, jadi orang yang pertama wish. Bila dapat tahu orang terdekat dengan dia masuk hospital, jadi orang yang selalu ada di samping dia untuk bagi sokongan. Bila dia dapat result low, jadi orang yang selalu bagi semangat, hulur bantuan untuk ajar dia. Minta tolong dia walaupun perkara tu sebenarnya boleh je minta tolong dekat orang lain.

8. Dia lain dari orang lain

Tingkah laku kita di hadapan dia berbeza dari tingkah laku kita dengan orang lain. Dari situ dia mungkin dapat agak sesuatu. Kadang-kadang, kita sendiri pon tak sedar yang kita layan dia special dari kawan yang lain. Mungkin boleh guna panggilan yang berbeza untuk dia. So, cuma kita sorang je yang panggil dia dengan panggilan tu. You will be someone special for him/her too. 

9. Doa

Walau usaha macam mana pon, doa tu penting. Harus diingatkan juga, kalau jodoh tak ke mana. Kalau bukan jodoh, dah ada dalam tangan pon terlepas juga. Satu lagi, there is a fine line between love and obsess. Hati-hati.


10. Be yourself



Jangan cuba jadi terlalu sempurna. It's ok kalau dia nampak kelemahan kita sebab kita manusia normal. Kalau terlalu usaha untuk jadi sempurna, sampai bila mampu bertahan? Setahun? Lima tahun? Jadi diri sendiri dan biar dia terima kita seadanya diri kita.



Lain-lain tip dari pembacaan aku DI SINI dan DI SANA :

- Pandai masak(especially masakan kegemaran dia)
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka
- Jangan terlalu mengongkong
- Jaga cara pemakaian anda
- Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
- Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
- Manja tapi bukan gedik
- Bersikap keibuan
- Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
- Jangan tunjukkan keterdesakan anda untuk mendapatkan si dia
- Berikan si dia merasai masakan anda
- Jadilah seseorang yang boleh dipercayainya (simpan rahsia yang dia kongsikan dan jangan mengumpat orang lain di hadapan dia)
- Berikan sokongan terhadap minatnya
- Tunjukkan sikap ‘slumber’ dan rileks (jangan over-express perasaan tu)


Warning!
Jangan gunakan ke jalan yang salah

Goodluck


Monday, 11 January 2016

Study VS Blog


Hai!! Sepanjang minggu study week and final exam baru ni, aku banyak juga meluangkan masa dengan blog walaupon selalu Wordless je. Mengganggu ke blog ni waktu aku study? Sejujurnya mengganggu. Bukan salah blog tapi salah aku sebab addict dan tak pandai bahagi masa. Ini first final exam aku sejak aku aktif dengan blog. Jadi tak pandai uruskan masa lagi.

Lately aku dah boleh bahagikan masa. Caranya? JADUAL. Hidup aku kalau tak buat jadual, memang apa pon tak jalan.

Jadual harian aku waktu exam baru ni :

Lepas Subuh             -      10 pagi                      : Study
10 pagi                      -      2 petang                    : blogging, makan, rehat
2 petang                    -       Asar                         : Study
Asar                          -       Maghrib                   : Layan Korea, makan, rehat
Lepas maghrib          -      10 malam                  : Study
10 malam                  -      12.30 tengah malam : Layan Korea, blogging
12.30 tengah malam -      Subuh                        : TIDUR

Macam ni je la jalan hidup aku seharian baru-baru ni. Tu belum ada husband ada anak lagi. Tak dapat nak bayanglah nak oiii. Hidup membujang pon kucar-kacir lagi.

Setiap orang ada cara study dan waktu study masing-masing kan? Kalau rajin, share lah sikit. Nak try jugak macam-macam style study. Kalau dengar muzik time study, memang NO. Aku dah try banyak kali, satu habuk tak melekat dekat otak. Aku kena keadaan senyap sunyi macam dalam gua baru aku boleh concentrate. Haha.

Moral of the story, don't blame other thing if trouble come to you. Look at yourself first. 
Betul ke ayat aku tu? Haha. Lantak.

Daa~~

Saturday, 9 January 2016

Dah Terlanjur! Nak Buat Apa Ni?


Hai! Hah kau, tajuk kontroversi betul. Maaf kalau post ni agak sensitif. Jangan salah anggap ye. Entri ni bukan untuk menggalakkan perbuatan terlarang tapi untuk menjadi panduan buat insan yang kehilangan arah. Aku tak pandai nak puitis-puitis sangat. Straight to the point je lah ye. Bila berlaku macam ni, apa yang harus di buat ialah :

1) Taubat

Perkara pertama mestilah bertaubat dengan seikhlas hati. Kalau tanya ustaz ustazah mana-mana pon, apa yang pertama dia suruh, taubat. Apa dia syarat taubat nasuha? Tahu tak?

Syarat-syarat taubat :
i)   Taubat seikhlas hati semata-mata kerana Allah S.W.T
ii)  Menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan
iii) Berhenti terus dari melakukan dosa tersebut
iv) Tekad untuk tak akan ulang lagi dosa tersebut
v)  Memohon maaf kepada orang kalau berdosa dengan orang itu (tiada kaitan dengan entri ni).

2) Tenangkan fikiran

Jangan fikir yang bukan-bukan. Takut mengandung lah apa lah. Kalau fikir benda mengarut, nanti tindakan yang awak ambil pon akan mengarut. Tenangkan hati. Berzikir. Ambil masa untuk fikir dan muhasabah diri. 

3) Berbincang dengan pasangan

Bila hati dah tenang, dah waras, dah tak serabut, jumpa pasangan dan berbincang. Tanya hati ke hati apa arah hubungan awak berdua lepas ni. Memang banyak kes lelaki bla macam tu je bila kejadian macam ni terjadi. Tapi tak dinafikan juga ada lelaki yang rasa bersalah, rasa bertanggungjawab bila dia dah buat tak elok dengan anak orang. Jadi, bincang baik-baik.

4) Istikharah

Kalau dah berbindang, istikharahlah. Moga jalan yang dipilih dengan pasangan adalah betul.

5) Beritahu ibu bapa

Step yang atas-atas tadi tak semencabar step yang ni. Macam-macam akan terbayang dalam kepala apalah reaksi keluarga nanti kalau dapat tahu. Kena pukul ke, mak menangis ke, ayah tak nak bercakap seminggu ke. Nak tak nak, kena bagitahu. Kalau jadi apa-apa nanti, sekurang-kurangnya keluarga dah tahu. Ya, mak ayah marah memang dah dijangka. Siapa yang tak marah kalau dapat tahu tapi kasih sayang mereka lagi besar dari rasa marah tu. Satu hati mereka akan terima.

6) Jangan ambil tindakan terburu-buru

Kalau parent tak dapat terima, masih marah lagi, teman lelaki lari, dapat tahu pula hamil, jangan buat benda tak masuk dek akal. Perkara yang timbul dalam fikiran tak lain tak bukan nak bunuh diri tak pon nak bunuh baby tu (drama + novel). Jangan! You just make thing worse. Cuba lagi pujuk ibu bapa sampai hati mereka sejuk. Kalau rapat dengan adik / abang / kakak, minta bantuan mereka pujuk ibu bapa. Adik-beradik pon boleh jadi penguat dalam keadaan macam ni.

7) Banyakkan amalan sunat (puasa, solat sunat)

Bila hati tak tenang, perbanyakkan amalan sunat. Semua orang ada sejarah silam. Tapi semua orang boleh bangkit kalau nak. Kekuatan dalaman kena kukuh pada waktu hati tengah keliru dan mudah terhasut dengan fikiran-fikiran negatif.

8) Seek for help

Jangan duk termenung, memerap mengenang nasib. Muhasabah tu bagus tapi you need help from others at this phase. Jangan malu, jangan takut-takut untuk minta bantuan dari rumah-rumah perlindungan wanita. InsyaAllah mereka dapat bantu dari pelbagai aspek.

Semoga bermanfaat. Mencegah lebih baik dari mengubati. 

Thursday, 31 December 2015

Kifarah Atau Kaffarah?


Selepas tamat majlis, selalu kita dengar pengacara majlis kata, "kita tutup majlis kita dengan tasbih _____ dan Surah Al-Asr". Tapi, orang selalu keliru nama tasbih tersebut. Kaffarah ke kifarah? Dua perkataan ini memberi makna yang berbeza. Kifarah itu denda, atau balasan Allah atas dosa-dosa kita. Kaffarah pulak bermaksud penghapus dosa. Jadi, yang tasbih yang dibaca selepas majlis tu namanya tasbih kaffarah. Kebaikannya adalah sebagai penghapus dosa sepanjang mengikuti majlis tersebut kalau-kalau ada tersalah cakap atau tingkah laku. 


Untuk info lanjut, boleh rujuk SINI

Saturday, 28 November 2015

The Q4 : Tip Pilih Tempat Praktikal



1) Apply guna sistem
Aku rasa mostly uni ada sistem ni. Kalau sistem UKM , SLAI. Kalau UTHM, eLI rasanya. Kalau UTM, ITS UTM. Kan? Aku rasa apply guna SLAI senang dari apply manual.

2) Sesuai dengan jurusan
Pilihlah tempat LI yang berkaitan dengan bidang. Macam bidang Genetik ni, boleh pergi biotek, kultur tisu, stem cell etc. Pilih la yang mana sesuai dan minat.

3) Lokasi (rumah/Uni)
Lokasi pon penting juga especially yang tak ada transport atau susah nak adapt dengan tempat baru. Kalau macam tu, pilihlah yang dekat dengan rumah, kawasan universiti ataupun yang berdekatan dengan public transport.

4) Ada kawan
Selalunya orang cakap jangan ikut kawan untuk pilih tempat LI. Ye, betul tu tapi perlu ada kawan juga untuk sama-sama bayar sewa rumah, pergi LI sama-sama.Tak adalah rasa pelik sangat pergi tempat baru dengan suasana baru sorang-sorang.

5) Google
Cari maklumat tempat LI yang berkenan tu sebanyak-banyaknya. Apa specialty, department apa yang ada, ada disediakan hostel ke tak, etc.

6) Tanya pendapat orang lain (lecturer/senior)
Pendapat orang yang berpengalaman pon penting ok. Pihak sana bagi kerja apa je dekat senior dulu, macam mana mereka nilai, tempat mana yang sesuai untuk bidang yang diminati, dan sebagainya. Macam lecturer aku tak bagi minta LI dekat hospital daerah sebab mungkin genetic research ada dekat hospital besar atau research uni punya hospital je.

7) Set mind nak kerja
Sepatutnya waktu pilih tempat LI ni kena anggap macam nak minta kerja dah. Hantar resume professional. Ni tak. Ada yang letak gambar selfie je dalam resume. Pilih tempat yang kita nampak peluang kerja dalam tu. Jangan fikir, "ala, LI je kan". Lepas tu pergi sana, baru fikir "kenapa LI aku buat kerja ni? Nanti masa kerja bukan kena buat ni pon." Salah siapa?

8) Resume lengkap
Boleh faham kan lengkap tu macam mana. Jangan risau dengan result. Yang penting tulis resume kemas, nampak intelektual. Aku ada baca yang ada majikan kata part skill dalam resume dia tak pandang sangat sebab skill boleh develop waktu kerja. Tapi bergantug pendapat masing-masing juga.Yang penting kita dah tulis lengkap.

9) Elaun
Ada orang yang kisah ada elaun ke tak tempat LI tu. Jadi, call dulu pihak LI untuk tahu baru apply. Janganlah call sebab nak tanya tu je. Pandai-pandailah berbasa-basi sikit. Nanti nampak sangat materialistiknya. Aku nak elaun tapi tak kisah ada ke tak. Sebab malas nak fikir pasal elaun. Dapat tempat LI pon dah bersyukur.

10) Follow up
Rajin-rajinlah call untuk tahu apa perkembangan resume yang kita hantar tu. Dah tengok ke, hilang ke apa ke. Nanti sampai ke sudah terperap atas meja HR kalau tak follow up.

Ok la, ni je nak nasihat. Aku ni pon baru belajar nak apply, tapi gedik nak nasihat orang. Tak pe la, kita belajar sama-sama ok. Goodluck.

The Q3 : Rimas tapi Rindu



Hai. Aku nak buat entri cintan-cintan sikit ni. Jangan loya tekak pulak. Kisah ni banyak aku dengar dari kawan-kawan aku yang perempuan ke yang lelaki ke. Si A ni minat sangat dekat si B. Mula-mula B memang tak minat dekat si A langsung tapi still layan si A ni mesej, call, Whatsapp etc. Lepas tu si B mula nak membebel yang dia rimas bila si A asyik contact je. Tapi bila si A ni tak contact, merajuk, mulalah dok tercari-cari si A tu. Apa masalahnya sekarang ni? Haha.  Rimas ke? Dah mula suka ke?Nak buat apa ni?

1) Tanya hati
Aku rasa semua orang akan bagi nasihat yang sama macam aku. Tanya hati kita, nak ke tak nak sebenarnya. Kalau nak, tak apa la layan. Kalau tak nak, STOP. Jangan mainkan hati orang. Ni tak, tahu tak nak tapi layan. Lepas tu bagi harapan tapi tak suka pon. Jangan, jangan, jangan.

2) Jangan kesian
Memang la kita rasa kesian nak bagitahu yang kita tak suka sebenarnya tapi dah terlayan. Cakap elok-elok kalau tak suka. Bagi dia faham betul-betul. Cari masa yang sesuai. Seeloknya jangan guna orang tengah sebab takut jadi lain nanti. Lain yang kita nak cakap, lain yang disampaikan. Cakap hati ke hati dan akhirkan dengan perdamaian untuk kedua-dua pihak.

3) Tak faham-faham
Ni yang buat panas ni kan. Bila kita dah bagitahu tak suka, dia TAK FAHAM weh. Siap bagi ayat manja-manja, bagi gambar. Apa masalah pulak la dia ni kan? Kalau jadi macam ni, ingatkan balik yang you tak suka dia. Mana tau dia saja nak test kot-kot hati you boleh cair balik. Kalau dia degil juga, pandai-pandai klik "block". Hehe.

4) Suka tapi rimas
Ada yang suka tapi rimas dengan perangai dia yang over, mengada, asyik contact 24 hours, nak tunggu sampai ke tua, semangat nak redah lautan api bagai. Haha. Bagilah tahu yang awak tu suka dia tapi tak suka certain perangai dia, Minta dia kurangkan perangan macam tu. Slow-slow nanti dia akan faham dan berubah. Mostly dia macam tu sebab baru kenal dan takut kena sambar dengan orang lain. Lama-lama nanti dia pon jadi malas nak contact 24 hours. Don't worry. 

5) Suka tapi tak nak kahwin lagi
Ni pon satu, suka tapi tak fikir ke arah kahwin lagi dengan si dia tu. Senang je. Jangan layan. Bila ada hajat nak kahwin baru cari. Jangan nak mengada layan orang tu, layan orang ni. Amboi.

Ni je rasanya nak membebel. Kalau ada apa-apa lagi, nanti aku update. Sorry kalau terkasar bahasa,tersentap, ter apa-apa je la. Daa.



Friday, 16 October 2015

The Q2 : Belajar atau Bekerja?


Alhamdulillah dah siap hantar proposal FYP aku. Walaupun banyak juga yang aku tak pasti betul ke tak tapi redha je la. Makin lambat aku hantar, makin rajin pulak aku edit macam-macam. Entah betul entah salah. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Now, it's time to prepare proposal slide presentation. 
Bila dah tahun akhir ni, ramailah yang tanya nak sambung belajar lagi ke lepas degree ni? Aku tanpa banyak berfikir terus jawab, "kalau ada rezeki sambung lagi, aku sambung,".

Kenapa weh? Tak nak kerja dulu ke?  Bila nak kahwinnya? Asyik belajar je.

OMO~~~ banyak betul soalan.
Haha. Tak tahu nak jawab yang mana satu.

Kenapa nak sambung?
Banyak juga blog yang aku baca tentang tajuk "kenapa nak sambung belajar?". Macam-macam jawapan ada. Ada yang sama sebab dengan aku, ada juga sebab yang aku tak terfikir pun. Sebab utama aku ada pasang niat nak sambung belajar lagi ialah aku tak rasa bidang Genetik ni bidang terakhir aku. Alang-alang belajar, aku nak tahu semampu mana aku boleh pergi. Tak cuba, tak tahu. Ada satu bidang yang aku teringin nak pergi dan harap-harap rezeki aku ada dekat situ. Amin. Sebab yang kedua, harapan keluarga terutamanya mak aku. Orang lain balas jasa mak ayah dengan bantu kewangan tapi aku balas dengan penuhi harapan mak aku. Part-part kewangan ni aku serah dekat abang aku. Haha. Kalau nak harap niat aku nak belajar yang asyik berubah tu, memang tak ke mana. Jadi, harapan mak aku la yang buat aku kuat menghadap lecturer pot pet pot pet dalam kuliah. Waduh3. Jerebu pulak retina mata aku ni. Jadinya, sebab tu lah selagi aku boleh belajar, aku belajar.

Tak nak kerja dulu ke?
Kalau ada rezeki kerja sambil belajar, aku buat. Semuanya tergantung pada rezeki. Biasanya orang bila tak dapat kerja, baru pasang niat nak sambung belajar. Tapi aku kalau tak dapat sambung belajar, baru aku cari kerja. Boleh tak? Haha. Walaupun bidang aku ni macam cerah masa depan nak kerja dalam lab tapi kalau boleh aku nak kerja dengan manusia bukan dengan apparatus dalam lab. Tolong!! Dari kecik sampai besar duduk makmal. Bagilah aku peluang kerja dengan manusia.

Bila nak kahwinnya? Asyik belajar je.
Tanya parent la. No comment. Study is my first priority for now. 

Pada pendapat aku, sambung belajar atau tak tu tergantung kepada kehendak masing-masing. Ada yang suka pegang duit beribu berjuta masa muda-muda lagi. Ada yang suka belajar tak sudah-sudah. Semuanya atas niat. Yang penting pada aku, happy kan parent selagi mampu. Chaiyok!!
*search jawatan kosong dah ni =P

Monday, 5 October 2015

The Q1 : Kenapa Perempuan Suka Mengongkong?

Assalamualaikum, hai =D

Aku dalam keserabutan buat research proposal yang tak siap-siap, exercise Analisis Statistik Biologi nak kena submit before midnight ni tapi tak tahu nak buat macam mana, and jerebu dah menyebabkan aku risau nak keluar shopping tak tentu hala macam selalu, jadinya, update blog la jawabnya. Haha. *apa kaitan tah.

Baru-baru ni ada seorang senior lelaki tanya aku, "kenapa perempuan suka kongkong boyfriend (BF) dia? Dia tak bagi like status FB, komen dengan perempuan lain pun tak boleh".
*aku macam.........hah?apa? muka memang blur habis.

Aku manalah tahu. Aku tak pernah mengalami situasi tu. Tapi aku perahlah juga otak ni berfikir jawapan yang mungkin dapat puaskan hati dia. Lelaki bukan senang nak faham perempuan. Dia nak cuba faham pun dah kira bagus. Perempuan pun kadang-kadang tak faham diri sendiri. *macam aku. Hukss.

Actually bukan perempuan saja yang suka kongkong, ada juga lelaki yang macam tu. But, certain perempuan suka lelaki yang mengongkong. Maybe sebab nampak lelaki tu care pasal dia. Maybe.
*Apasal aku update status ni. Ni 1st time aku update topik macam ni. 

Jawapan yang aku dapat fikir :

1)  Kurang percaya
Kalau awak percaya dekat partner, kongkong-mengongkong ni tak kan jadi. Jangan terlalu takut BF tu dirampas. Be rasional. Be the best. Yakin dengan diri sendiri dan yakin dengan partner. Kalau ada jodoh, tak ke mana.
Tapi, kalau BF you asyik like gambar perempuan seksi, gambar ex-GF dia, atau apa-apa yang tak berkenan di hati, bagitahu elok-elok yang you tak suka dia buat macam tu. Tapi kalau tu gambar classmate dia atau cousin dia, janganlah nak marah-marah. Kalau dia komen biasa-biasa, biarkanlah. Tapi kalau komen manja-manja, smiley lovey-dovey, bagi kaki je. Haha. Jangan ikutkan hati sangat. Cuba untuk percaya tapi jangan 100% sebab dia bukan husband lagi. Kalau dah kahwin, mestilah kena percaya dekat suami. Jangan tuduh yang bukan-bukan, marah tak tentu pasal. Selidik dulu.

2) Terlalu sayang
Yang ni pun masalah juga. Haha. Girl ni sayang lelaki tu je. Jadi, lelaki, sila bersyukur. Kalau dia tak sayang, dia tak akan peduli BF dia nak layan perempuan mana pun. Ye tak?
"Kau layan awek lain, aku pon boleh layan lelaki lain".
Hah, kan lagi haru.
Sebab dia setia , jadi dia nak partner dia pun setia. Lelaki kena cuba faham apa yang GF dia tak suka. Mungkin boleh kurangkan komen-komen yang tak penting tu. Ok?

3) Sifat ingin tahu
Awak kat mana? Awak, awak kat mana?
Bosan ke kalau GF tanya soalan yang sama setiap 5 minit? Haha.
Perkara ni mungkin banyak berlaku bila hubungan jarak jauh. Sebab dia tak nampak, dia tak dapat bayang. Macam mana tempat kerja partner dia, ramai perempuan ke, betul ke macam tu, betul ke macam ni. Sebab tu dia selalu tanya. Sebab dia nak tahu.
Jadi, bila ada masa, bawalah GF/isteri pergi jumpa kawan-kawan tempat kerja yang mulut boleh pakai sikit. Dapat kawan yang jenis loyar buruk, dia cakap " ni awek kau yang ke berapa ni?"
Padahal kawan tu gurau je. GF pula jenis over-sensitive, makin bergaduhlah jawabnya. Cubalah bawa partner lalu depan tempat kerja, depan rumah sewa, bagi dia dapat bayang berapa jauh tempat kerja dengan rumah, warung lepak area mana,  pasaraya jauh ke dekat. Jadi, dia taklah curious sangat.

4) Saja-saja
Apa punya point ni? Ala, tak faham ke? Perempuan ni kadang-kadang datang la manja dia. Nak merajuk sikit. Acah-acah je tak suka tu, tak suka ni. Jadi, ringankanlah mulut tu untuk memujuk. Ni skill yang lelaki mesti ada. Pandai pujuk. Bagilah ayat macam mana pun. Bagi hadiah pun boleh. Kalau tak tahu nak pujuk guna ayat apa, Google. Bersepah ayat jiwang. Tapi pujuk biar ikhlas. Ok?

That's it. Tapi aku rasa perkara macam ni masih boleh dibawa berbincang. Jangan gaduh-gaduh, ok? Benda boleh settle. =D

Peace!




 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI