Sunday 10 May 2015

The safety ways to walk by yourself

Assalamualaikum...

hari ini aku melepaskan stress dengan pergi shopping.typical girl, right? apa yang aku fikirkan sampai stress tu masih menjadi rahsia aku dan aku sahaja. lebih kurang pukul 1.00 p.m aku menaiki bas Rapid ke KTM UKM. dari KTM UKM, aku bergerak ke Serdang. kalau dah berhenti dekat Serdang, mall mana lagi yang patut di tuju. The Mines!! memandangkan aku hanya pergi sendirian, langkah berjaga-jaga harus diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti kes ragut. walaupun aku tak pernah dengar lagi ada kes ragut di situ, tapi kita mesti berwaspada juga.

langkah berjaga-jaga untuk wanita kalau berjalan sorang-sorang :

1) pakai pakaian yang selesa untuk bergerak

memanglah semua yang kita pakai ni selesa pada kita tapi "selesa" di sini bermaksud, senang nak buka langkah kalau perlu selamatkan diri. jangan pakai kain sempit sampai nanti nak lari dari penjahat pun terkedek-kedek. kalau dalam silat cekak hanafi, rasanya masih boleh bagi "buah" dekat orang jahat tu walaupun pakai kain sebab kebanyakan guna tangan saja dah cukup padu kalau buat betul-betul. kalau nak pakai kasut tinggi tu, rasanya boleh dipertimbangkan. nanti terseliuh pula. dah jadi macam drama. kalau berlari je, mesti terjatuh.

2) bawa peralatan tajam tapi tidak berbahaya atau bawa pepper spray

maksud peralatan tajam tapi tidak berbahaya di sini ialah, pisau kecil yang boleh dilipat-lipat, gunting, pen dan sebagainya. janganlah pula bawa pisau tajam potong bawang tu. nanti tercucuk diri sendiri pula. paling senang pepper spray. kalau nak canggih lagi, bawa electric current shock pen. keberkesanannya aku tak pasti sebab aku tak pernah cuba. kalau dah bawa tu, janganlah pula letak dalam beg bahagian yang besar tu. nanti penjahat dah lari, kita tengah terhegeh-hegeh lagi mencari spray dan sebagainya. letak di tempat yang senang dicapai jika berlaku sesuatu.
pisau kecil yang harus dibawa
pepper spray dan pastikan letak di tempat yang mudah dicapai ok!! nanti tersalah, terambil perfume pula =P

pen ni aku pun tak tahu nak beli dekat mana

3) jalan berdekatan kumpulan atau couple

walaupun keluar berseorangan, selagi belum sampai ke destinasi yang dituju, berjalanlah berdekatan kumpulan lain atau pasangan lain yang nampak macam boleh dipercayai. janganlah berjalan dekat dengan orang yang rupa dan pakaian pun dah nampak macam ketua gangster. memanglah kita tak boleh nilai orang melalui pakaian sebab ramai saja yang pakai macam alim tapi perangai memgalahkan hantu. ikut naluri masing-masinglah kumpulan mana yang kalian rasa selamat untuk follow dekat dengan mereka. kalau nak follow tu, jangan jalan tengah-tengah group tu pula. jalan di hadapan mereka lebih baik tapi jangan jalan lambat sangat. ganggu perjalanan mereka pula nanti.

4) barang berharga dalam poket

selalunya, lebih afdal kalau letakkan smartphone, kad ATM yang paling banyak jumlah wang, dan duit ke dalam poket seluar. maksudnya, jangan letak semua benda berharga dalam handbag. jadikan handbag sebagai tempat letak alat make-up dan barang yang kurang penting sahaja. kalau duit ada RM500, jangan semuanya letak dalam purse sumbat dalam beg. 80% letak dalam poket. nanti dah sampai dalam mall baru letak banyak-banyak duit dalam purse.

5) jangan berhenti, masuk

kalau berjalan di kaki lima depan deretan kedai, jangan berhenti di hadapan kedai lepas tu terpacak je kalau tertarik dengan barang yang dijual oleh pekedai tersebut. masuklah ke dalam kedai agar keselamatan terjamin. kalau kita berhenti dan terleka, kesempatan itu akan diambil oleh penjahat untuk meneruskan niatnya.

6) jalan pantas

kalau jalan seorang diri, jalan berlenggang-lenggok. berjalanlah dengan pantas tetapi tidak terlalu laju. hal ini kerana, kalau kita berjalan lambat-lambat, masa untuk jenayah mungkin berlaku adalah lebih lama. kalau jalan laju sangat, nanti orang pelik pula. nak kejar apa? nanti sampai mall, berpeluh-peluh sudah. tengok-tengok juga kiri kanan kalau-kalau ada individu atau kumpulan yang mencurigakan. harus diingatkan juga, jangan berjalan di lorong-lorong yang tak ada orang lalu lalang. kalau jadi apa-apa, nak minta tolong siapa?

rasanya itu sahaja tip-tip yang aku nak kongsikan. jagalah diri masing-masing dan lebih baik mencegah dari mengubati.

aku pergi The Mines tadi sekadar nak tengok Avengers dan nak tambah stok Innershine aku. Alhamdulillah, setakat ni aku nak teruskan misi jadi testimoni produk tu. =) hehe.
aku pergi tengok Avengers tapi terlelap dalam cinema. buat bazir duit je. aku keluar lepas sejam setengah cerita tu ditayangkan. nampak tak betapa membazirnya aku hari tu? maybe aku penat sangat kot.


No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI