Saturday, 30 July 2016

Let's Fight Ghost Korean Drama

Hai!!

Have a nice day everyone!!

Let me introduce to you another great Korean drama, Let's Fight Ghost. Drama ni dah mula ditayangkan 11 Julai 2016 lepas. Drama bergenre fantasi, komedi dan romantik ni semuanya ada 16 episod. 



Pelakon drama Let's Fight Ghost :
- Taecyeon 2PM (sebagai Bong Pal)
- Kim So Hyun (sebagai Kim Hyun Ji)
- Kwon Yool (sebagai Joo Hye Sung)
- Baek Seo E (sebagai Im Seo Yeon)

Sinopsis/review :

Hyun Ji ni hantu yang dah mati masa dia umur 19 tahun. Bong Pal pulak ada keistimewaan dapat tengok roh atau hantu. Bong Pal dengan Hyun Ji team up untuk lawan hantu sebab Hyun Ji ada kepakaran untuk tahu dekat mana kelemahan hantu-hantu tu. Hyun Ji ni roh yang berkeliaran sebab dia hilang ingatan macam mana dia boleh mati. Bong Pal suka dekat Im Seo Yeon tapi Im Seo Yeon ni minat dekat lecturer dia, Joo Hye Sung. Yang suspicious nya lecturer dia ni la, macam psycho

Hantu dalam drama ni tak scary sangat sebab lawa-lawa je pelakon nya. Chemistry hero dengan heroin memang best la. Suka suka suka. Cuma plot dia macam slow sikit sebab Hyun Ji tu lambat sangat nak dapat balik memori dia. Apa-apa pon, best!



Tonton online / downloadLET'S FIGHT GHOST

Selamat menonton.

W - Two Worlds Korean Drama

Hai!!



Siapa yang minat drama Korea tapi tak tengok drama W lagi pergi tengok cepat. Best sangat drama ni. Lain dari yang lain. Drama 16 episod ni dah mula ditayangkan 20 Julai baru-baru ni (Rabu & Khamis, 10 pm). 

Pelakon drama W : 
- Lee Jong Suk sebagai Kang Chul
- Han Hyo Joo sebagai Oh Yeon Joo
- Jeong Eu Gene sebagai Yoon So Hee
- Lee Tae Hwan sebagai Seo Do Yoon
- Kim Eui Sung sebagai Oh Sung Moo

Sinopsis/review :

Ayah Oh Yeon Joo, Oh Sung Moo ni kartunis yang lukis webtoon bertajuk "W". Kang Chul tu watak utama webtoon "W". Satu hari, Oh Sung Moo perasan yang scene dia tak lukis wujud dalam webtoon tu. Dari situ lah dia tahu yang dunia webtoon lukisan dia tu wujud. Oh Sung Moo lukis scene untuk bunuh Kang Chul sebab dia nak tamatkan kegilaan yang berlaku. Tapi entah macam mana, Oh Yeon Joo yang kerja sebagai doktor ni terbawa ke alam webtoon dan jadi penyelamat Kang Chul. Jadi, watak Kang Chul tu tak mati-mati. (Kang Chul ni sepatutnya mati bunuh diri dekat jambatan lama dulu dah tapi masa tu tiba-tiba dia tak jadi bunuh diri sebab nak cari siapa pembunuh sebenar keluarga dia.) Maka bermulalah kisah cinta antara doktor perempuan di dunia nyata dengan President Kang yang kaya raya di dunia webtoon. 

Great actor and actress. Amazing.

Tonton online / download : W - Two World


Zaman Intern Tak Terurus


Yuhuu~~ Hai!!

Masuk minggu ni, dah 5 minggu aku praktikal. Jadinya, 5 minggu la hidup macam apa pon tau tak nak cerita. Nasib tak ada anak + suami lagi. Kalau tak, lagi huru-hara. Bangun pagi bapak la segala malas malaun mana yang hasut tak tau. Dulu kelas jarang-jarang pukul 8 pagi. Kalau start pukul 8 pon, pukul 9 ke 10 habislah. Dalam kelas pon melangut je, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Haha. 

Sekarang start pukul 8.30 pagi habis 5.30 petang. Memanjang buat kerja. Kalau tak buat kerja pon, otak dan badan kena sentiasa ready untuk kerja especially bila SV tanya lab work progress and result. Lab aku pulak sejuk bukan main. Dah boleh feeling-feeling macam winter dah. Balik kerja, masuk bilik, mengeluh. Bilik nauzubillah macam kena rompak. Biasalah pagi-pagi kalut dengan pilih baju, iron baju, sarapan, kemas barang kerja, make-up bagai, tinggal macam tu je. Balik tu mulalah stres. 

Malam-malam gigihlah kemas bilik yang aku dah tau tak sampai 24 jam akan bersepah lagi. Mata ni pulak kalau tak pukul 12 ke atas, tak reti nak tidur. Pagi nanti mulalah tak puas tidur. Hish. Kalau tertidur sebelum pukul 12, nanti dalam pukul 1 ke 2 pagi terjaga pulak. Dah susah nak lelap balik. Hujung minggu lah baru nak kemas bilik sekemas-kemasnya macam tempat manusia tinggal, basuh baju bagai. Aku rasa sebab mak aku tau aku macam ni, dia tak bagi aku kahwin lagi. Siap pesan suruh habiskan belajar dulu. Haha. 

Tapi memang best intern dekat sini walaupun aku sorang-sorang je dekat lab tu (tak ada kawan intern lain. Huhu). Banyak ilmu, skills, experience etc yang aku dapat dekat situ. Aku suka sebab kerja nya lebih kurang macam masa aku FYP. So, tak adalah blur sangat. Tapi possibility projek aku siap sebelum aku habis intern memang low sebab banyak lagi steps kena buat. Repeat. Repeat. Repeat. Biasalah, lab work. Result kena konsisten baru boleh prove kajian tu betul.


Habis dah bebel. =P

Have a happy weekend =D


Friday, 29 July 2016

Dapat Tawaran Sambung Master


Hai!

Alhamdulillah.

Lepas pergi interview macam yang aku dah cerita dekat SINI, akhirnya aku antara yang ditawarkan sambung master dekat situ dalam bidang kaunseling genetik. Belajar pasal apa? Nanti dah start belajar aku cerita ye. Nak cakap banyak pon aku tak tahu jugak sebab tak masuk lagi. Basic knowledge sikit-sikit tu ada la setakat nak survive masa IV. Hehe. 

Fighting!!

*Mana nak cari sponsor oii. 







Thursday, 28 July 2016

Moonlight Drawn by Clouds (Park Bo Gum's Drama)

Hai. Annyeong!!

15 Ogos ni drama lakonan Park Bo Gum bakal ditayangkan!!

Here the synopsis :

Can a disguise be an obstacle to real love? Hong Ra On (Kim Yoo Jung) is a young woman during the Joseon Dynasty who makes a living by dressing up like a man and giving relationship advice to the lovelorn young men who seek her counsel. A love letter that Ra On writes for a client brings her in contact with Lee Yeong, who is the Crown Prince Hyo Myeong (Park Bo Gum), the first son of King Sunjo (Kim Seung Soo) and heir to the throne. But neither knows the true identity of the other. As Lee Yeong becomes strangely drawn to Ra On, the crown prince’s eunuchs brings her into the palace as one of their own, giving her insights into palace life that no woman has seen before. Inside the palace, Ra On becomes entangled with the poet Kim Sat Gat (Kwak Dong Yeon), Lee Yeong’s trusted confidante; scholar Kim Yoon Sung (Jin Young), who is the crown prince’s nemesis; and Jo Ha Yeon (Chae Soo Bin), the chosen royal consort for Lee Yeong. Can Ra On survive the royal palace life without being exposed as a woman?

Based on the web novel “Moonlight Drawn By Clouds” by Yoon Yi Soo

Jangan lupa tengok tau.

Wednesday, 27 July 2016

Beautiful Mind Korean Drama

Hai!!!


Meh sini nak suggest dekat you all drama medical yang best. Of course, Beautiful Mind. Drama ini mula ditayangkan di KBS2 bermula dari 20 Jun 2016 (Isnin dan Selasa, 10 pm). Drama 16 episod ini bergenre adaptation, medical, melodrama and mystery.



Pelakon drama Beautiful Mind :

- Jang Hyuk sebagai Lee Young Oh
- Park Jadi Dam sebagai Gye Jin Sung
- Yoon Hyun Min sebagai Hyun Suk Joo
- Park Se Young sebagai Kim Min Jae
- Ryu Seung Soo Kim Myung Soo
- Kim Jong Soo sebagai Shin Dong Jae

Sinopsis / review :

Lee Young Oh ni anak angkat kepada Lee Gun Myung dan merupakan seorang neurosurgeon. Disebabkan kesalahan Gun Myung masa pembedahan Young Oh (waktu Young Oh kecil), Young Oh jadi manusia yang tak ada perasaan. Dia hilang ability untuk rasa apa yang manusia normal rasa dan tak ada rasa empathy dekat pesakit dia. Dari kecil Gun Myung dah latih Young Oh untuk pretend macam manusia normal berdasarkan ekspresi mereka. One day, after a few incidents happen, Young Oh dengan Jin Sung rapat dan Young Oh jadikan Jin Sung ni "Wi-Fi" dia. Mula dari situ lah Young Oh berubah sikit demi sikit jadi manusia normal. 

Episod minggu ni Young Oh dapat tahu yang disability dia tu disebabkan oleh ayah angkat dia. Dalam drama ni, kita boleh nampak, bukan orang yang macam Young Oh tu yang kejam tapi orang yang pentingkan duit dan reputasi melebihi kesihatan pesakit lebih kejam. There's a lot of scenes in hospitals and wards. A lots of patients, types of diseases and medical treatments that I can learn from this drama. It's amazing. Bukan hanya drama medical yang fokus kepada love story seperti sesetengah drama yang lain. Good job Mo Wan Il and Kim Tae Hee. Walaupun perbezaan umur hero dengan heroin tu agak obvious, tapi tetap mantap. 


Tonton online atau download full episodes di SINI : Beautiful Mind


Tuesday, 19 July 2016

Majlis Amar Dan Amyra 11 November 2016


Sumber gambar : SH

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Amar Baharin, 31, akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Amyra Rosli, 26, pada 11 November depan.

Pasangan ini bakal mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang akan diadakan secara tertutup pada 22 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Amar dalam sidang media khas dan majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana Club House, di sini, malam Isnin.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung dakwaan pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Alhamdulillah, Allah mendekatkan hati kami apabila bekerja di bawah pengurusan yang sama.

"Saya merisik pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu selepas merasakan Amyra adalah orang paling istimewa yang saya pernah jumpa dalam hidup saya," ujar Amar.

Majlis resepsi akan diadakan pada 12 November bagi sebelah Amar manakala 19 November bagi sebelah Amyra.


Tahniah untuk Amar dan Amyra. Akhirnya terjawab juga segala desas-desus selama ni. Happy for both of you. 


Friday, 15 July 2016

7 Jenis Mata Yang Dicintai Allah


Apakah 7 jenis mata yang Allah cintai?


Yang baik itu jadikan amalan, yang buruk itu tinggal-tinggalkan. =D

Salam Jumaat.

Sunday, 10 July 2016

Bila Family Berjemaah


Hai!!

Salam Aidilfitri. 

Alkisahnya pasal solat berjemaah dekat rumah aku ni, dulu masa duduk rumah lama, kami solat berjemaah waktu Maghrib malam Jumaat je sekali dengan baca Yassin. Amalan tu berterusan lah sampai pindah rumah baru sekarang ni. Lepas tu up sikit solat Maghrib berjemaah hari-hari. Baca Yassin malam Jumaat tu pon diteruskan juga. Walaupun orang kata hari Jumaat elok baca surah Al-Mulk dan Al-Kahfi, tapi family aku amalkan bacaan Yassin. Dalam bulan puasa baru ni, up sikit lagi. Solat Subuh dan Maghrib berjemaah. Part nak bangun Subuh tu la yang liat nya. Awal waktu pulak tu. So, lepas sahur memang tak tidur sampai siap sembahyang Subuh. Tapi cabarannya lepas bulan puasa lah. Sebab tak bangun sahur dah kan. Memang bergegar rumah mak kejut sorang-sorang suruh sembahyang Subuh berjemaah. Haha. Tapi bila ayah yang kejut, laju terus bukak mata. Ihiks. Lepas tu up sikit lagi masa raya ni, Solat Subuh, Maghrib dan Isyak berjemaah. Dulu masa bulan puasa kan berjemaah waktu Isyak dekat masjid/surau sekali dengan terawih. Awal-awal memang liat teramat sangat. Nasib baik parent aku gigih nak teruskan juga berjemaah tu. Tapi lama-lama aku jadi terbiasa dah. Tak liat sangat nak bergerak ambik air sembahyang, pakai telekung semua tu. Hehe. Bila balik kolej ni, sendu jugaklah sembahyang sorang-sorang. Huwaaa. Waktu berjemaah tu je family aku berkumpul. Kalau tak, masing-masing buat hal sendiri. Bersalam-salam lepas sembahyang tu. Mengeratkan silaturrahim gitu. Ewahh. 

Alhamdulillah



Monday, 4 July 2016

Tips : Be Photogenic On Eid Day


Hai!!

Dah nak raya! Yeay! Hari ni aku nak share tips untuk nampak photogenic dalam gambar raya you all nanti. Tips ni pon aku study dari websites lain. Jom sama-sama try tips ni :



1)  Make sure pakai make-up bersesuaian dan match (muka-leher-tangan). Tak nak lah nampak muka over putih dari tangan tau nanti. Kening, bibir, pipi tu semua kena match, Ok? Aku tak pandai sangat bab make-up ni, bantai je la. Haha. 

2) Open your eyes. Untuk yang mata sepet atau separa sepet tu, try buka mata luas-luas sebab nanti nampak macam you tutup mata dalam gambar. Padahal you buka je mata tu sebenarnya. Aku pernah juga ada masalah ni dulu. Sekarang dah biasa dah buka mata luas-luas untuk bergambar especially selfie. Haha. 

3) Keep your head up. Janganlah mendongak pandang langit sangat. Biasa-biasa je. Ini untuk dapatkan gambar sharp jawline and cover double chin. So, avoid ambil gambar low angle kalau ada double chin. Ok?

4) Practice. You mesti tau kan angle mana yang you nampak ok atau tak. Try juga pegang props (e.g : phone, kuih raya, gelas etc). Tips ni untuk tak bagi nampak awkward sangat bagi yang tak biasa bergambar atau tak biasa bergambar sorang-sorang. Practice senyum tu yang penting sebab masa ambik gambar rasa macam dah senyum dah tapi dalam gambar nampak macam tak senyum pon. Hehe. Kalau aku, aku tak suka orang ambik gambar masa aku tengah makan. Sebab muka aku akan nampak weird sangat. Haha. 



5) Twist. Ni tips biasa yang semua orang buat rasanya. Twist your body dekat bahagian yang you nak bagi nampak slim or S-shape


6) Master the chicken arm. Pose cekak pinggang macam nak marah orang tu (sebelah tangan lebih sesuai). Kebelakangkan sikit kepak tu, jangan sebaris dengan badan. Faham ke tak ni? 

Lebih kurang macam ni la.
Tak  jumpa gambar yang proper nak jadikan contoh.


Selamat mencuba! Yang penting, confident
Selamat Hari Raya :D

*Semua gambar dari Google Image

Sunday, 3 July 2016

First Time Interview


Hai!!

23 Jun hari tu aku ada interview dekat PPUKM. Naik KTM je dari KTM UKM ke BTS. Lepas tu naik teksi. Ada je bas tapi nak senang naik teksi je la. Bayar dalam RM 8.++.

Ada 8 orang yang datang nak IV tapi dengarnya interviewer nak pilih 5 orang je. Dalam 8 orang tu, aku dengan classmate aku yang paling muda. Hoho. Siap ada yang dalam umur 30 lebih dah. Semangat nak compete dengan orang yang berpengalaman ni merudum jatuh la. Rasa nak balik je. Haha.



Masa masuk bilik IV tu, ada 3 orang interviewer termasuk psychologist. Mereka minta sijil-sijil, result setiap sem, dan yang seangkatan dengannya. Lepas perkenalkan diri, presentation 5 minit. Soalan IV berdasarkan presentation dan dokumen-dokumen tadi. Social skill, communication skill, experience, how to handle in this or that situation, opinion, 5 to 10 years plan, strength and weakness etc. Ada soalan dalam Bahasa Melayu, ada yang dalam English. Masa IV dalam 20-30 minit. Nampak macam lama tapi masa tengah kena IV tu, tak rasa lama sangat pon.

Lepas siap IV, jalan-jalan PPUKM dulu. Alang-alang dah sampai kan. Berangan nak pergi tengok bilik yang ada baby tapi takut + tak tahu dekat mana. Dah lah bukan waktu melawat masa tu walaupun dah sampai dah bahagian O&G. Hehe.

Apa feeling lepas IV? Rasa macam aku tak cukup prepare dan banyak lagi requirements yang diminta aku tak ada. So sekarang ni, kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat, tahun depan cuba lagi. InsyaAllah.


Saturday, 2 July 2016

Finding My Passion


Hai!!

Aku rasa waktu umur macam sekarang ni memang masa untuk fikir pasal masa depan kot. For the past few years, I thought that I will just go with the flow. Grab everything in front of my eyes and I'm not interest to think about future. I used to think I'm the type of people that will be successful when I start doing something with effort + work hard. I have a lot of interest in many things but it is not passion. It is just interest. Without determination or enthusiasm. Boleh faham ke apa aku membebel ni? Haha. Aku memang complicated sikit kadang-kadang. Kenapa aku nak cari bidang/kerja yang aku ada passion untuk buat? Sebab ini plan untuk jangka masa yang panjang. Dulu tak kisah sebab dua tiga tahun habis lah. Suka ke tak suka ke, sabar sekejap, then habis. Kena ambil masa muhasabah diri rasanya ni. Aku ingat nak menganggur setahun untuk fikir dan mula dari awal plan hidup aku. Haha. Fighting!!





 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI