Wednesday, 6 April 2016

Jangan Merungut Dengan Rezeki



Hai!!

Selalunya orang merungut bila ada masalah kan? Tapi ada juga yang merungut depan rezeki. Mungkin kita tak perasan. Aku pon jenis yang selalu merungut juga. Jadi, sama-sama kite check semula apa yang kita selalu rungutkan selama ni.

"Susahnya kerja ni. Kenapalah aku minta kerja ni dulu? Nak pergi kerja jammed. Bos pulak macam apa singa lapar 24 jam".
Sedarkah kita, beribu lagi orang yang tak ada kerja dan susah nak dapat kerja sekarang ni? Bakal beribu lagi graduan yang akan keluar untuk cari kerja nanti. Maka, bersyukurlah yang kita ada kerja untuk sara diri dan keluarga.

"Seksanya mengandung ni. Makan tu tak boleh, ini tak boleh, asyik muntah je".
Sedarkah kita, masih ramai orang yang tak berhenti berdoa siang dan malam untuk merasa nikmatnya mengandung. Nikmatnya bawa anak dalam kandungan selama 9 bulan lebih. Jadi, janganlah mengeluh walaupun sesaat untuk nikmat yang tak terhingga itu.

"Penat weh belajar ni. Assignment bergunung, lab report lagi, nak study untuk exam lagi. Aku tak sanggup dah asyik belajar je".
Sedarkah kita, masih ramai yang nak menyambung pelajaran ke menara gading macam kita tapi tak mampu? Tak mampu dari segi kewangan, kesihatan, tanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, belajarlah bersyukur dengan keadaan kita sekarang walau penat macam mana sekalipun. (pesanan untuk diri sendiri).

Banyak lagi contoh lain yang kadang-kadang kita tak perasan, kita mengeluh dengan nikmat yang kita ada. Bila kita penat dengan sesuatu, renunglah yang ia adalah nikmat Allah untuk kita sebenarnya. 

Pandang ke atas untuk memajukan diri, pandang ke bawah untuk latih hati bersyukur. =D

Quote dari Google Image



7 comments:

  1. Terlalu banyak nikmat yang dikurniakan buat kita. Cuma kadang-kadang kita tak sedar dan tak pernah cukup dengan apa yang ada. Terima kasih untuk entri ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. hopefully dpt beri nsht & peringtn utk msa2 akn dtg juga

      Delete
  2. hihi selalunya time nak exm la mengeluh mcm tu..lama lama baru sedar,,ramai lagi yg nak sambung study,,tp x bekesempatan,,

    ReplyDelete
  3. blogwalking.. http://albumretro.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Betul tu, setuju sangat. Bersyukur apa yang ada. Ada hikmah di sebalik kejadian

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI