Hai. Aku tengah menggigihkan jiwa dan raga
update pasal program Genetik yang diadakan pada 22 Nov 2015 di Santuari Ikan Sg Chiling, Kuala Kubu Bharu. Kalau aku
update lambat nanti,
feel tu hilang. Haha. Kami bertolak awal juga pagi tu dalam pukul 8 lebih. Sampai sana dalam pukul 11 macam tu kalau tak salah aku, sebab ada berhenti rehat juga dekat
area Rawang. Bila sampai tu, berjalanlah kaki ke kawasan perkhemahan dengan bawa beg bagainya. Jauh juga la. Dalam 5 minit macam tu. Teruja juga sebab nampak air sungai sepanjang perjalanan nak ke tapak perkhemahan. Dah sampai dekat tapak khemah tu, kami pasang khemah masing-masing, susun buat macam bulatan. Ada dua je wakaf dekat situ. Ada satu kedai jual air, keropok, etc dekat dengan surau dan bilik air. Bilik airnya memang tak berapa menyenangkan. Surau pula
share lelaki perempuan.
Lepas
settle hal khemah, kami makan solat semua, baru
start aktiviti suai kenal. Biasa la, akak dan abang
senior tak berapa kenal adik-adik
junior. Lepas tu bahagi kumpulan dan main
game. Yang aku ingatnya, aku kena makan peria. Tolong la. Tapi besar hujung kuku je aku gigit. Yang lain aku bagi orang lain. Sawi pon aku tak makan. Inikan pula peria. OMG. Dalam pukul 4 lebih tu, masing-masing terlebih
happy macam budak tadika jumpa buaian bila nak terjun sungai. Apa lagi, TERJUN!! Memang lama la kami mandi. Siap ada sesi luahan hal
personal lagi. Adoi. Dah petang sikit tu, kami bagi makan ikan dan main terjun-terjun.
First time aku buat perangai gitu sejak hidup 21 tahun ni.
Siap mandi bilas semua tu, aku dengan 2 orang kawan aku minta pak cik jaga kaunter pendaftaran tu tolong buka
spotlight sebab dah nak gelap. Dekat kawasan tu guna tenaga solar bukan elektrik. Pak cik tu cakap untuk jimat tenaga solar, lampu surau dan bilik air kena tutup kalau tak guna. Tak sampai 3 minit cakap dengan pak cik tu, hujan dah
start turun. Berlari la masuk dalam khemah. Tiba-tiba khemah pon dah mula menitik-nitik macam nak bocor, terus kemas-kemas barang sumbat dalam beg. Hujan memang dah lebat sangat-sangat. Aku, Jihah, Pikort dengan Puteri yang satu khemah ni dah berhijrah ke wakaf terdekat dengan beg-beg sekali. Wakaf ni kecik sikit dari wakaf yang lagi satu. Tak lama tu, yang lain-lain pon
start berhijrah ke wakaf yang besar tu. Wakaf besar tu dekat dengan
spotlight, wakaf kecik ni tersorok sikit. Lepas tu, AJK
check siapa yang ada siapa yang tak ada. Kot-kot tertinggal dalam surau ke bilik air ke. Kami pon duduk la dekat wakaf tu. Fikir macam mana nak tidur dengan khemah basah, baju ada yang basah. Aku nasib baik dah balut baju dengan plastik, bawak payung, sekali baju hujan aku bawak.
Sepatutnya malam tu kami buat BBQ. Tapi AJK bagi kami makan nasi goreng cina dulu sementara tunggu AJK buat BBQ. Hujan dah reda sikit waktu tu. Kami yang
3rd year ni
start la masak megi. Sebab yang
junior duduk dekat wakaf besar. Kami pulak melepak dekat wakaf kecik tu. Sambil makan megi, sambil makan ayam BBQ yang dah siap masak. Disebabkan kesian tengok AJK bertungkus-lumus buat BBQ walaupun hari hujan, kami masakkan megi untuk AJK. Dalam pukul 11 lebih, aku solat Isyak dan tidur dekat surau. Sejuk weh.
Pagi tu dengar orang ambil wudhuk dekat
toilet, terus bangun. Ye la, orang nak guna surau. Sejuk weh air pagi tu. GIGIL. Lepas dah bersiap untuk ke
waterfall tu, kami sarapan dulu. Senaman sekejap dan mulakan ekspedisi dalam pukul 8 lebih. Pagi tu aku memang dah tengok arus sungai yang kami mandi petang semalamnya tu memang deras sangat. Mungkin sebab hujan. Tapi kami teruskan perjalanan. Aku baca dekat blog sebelum ni pasal Sg. Chiling, tak ada yang cakap jalan dia susah. Tapi waktu kami jalan tu, pergh. Memang hidup dan mati la nak lawan arus tu. Silapnya sebab kami tak ada orang
guide. Sebab tak sangka susahnya macam tu sekali.
Last-last kami bergantung dengan satu
team ekspedisi yang baik hati. Pak cik-pak cik dan akak-akak
team tu yang tolong kami dan dibantu jejaka-jejaka gagah Genetik. Dengan ada yang nak hanyutnya, seluar koyak bagai. Macam-macam la. Aku ni berapa kali terumbang-ambing dalam air tu. Aku nasihatkan, pakai kasut
hiking. Tak pon kalau tak sayang kaki, kaki ayam je terus.
Ada 6 halangan semuanya bermula dengan jambatan dekat tapak perkhemahan. Nak ke halangan kedua tu, jauh juga la. Yang lain dekat-dekat je. Laluan kedua banyak batu tapi arus tak deras sangat lagi. Masuk yang ketiga,memang tak terlawan arus. Sangat
extreme. Yang keempat tu, lalu atas titi.
Time ni aku memang kaki ayam je sebab kalau jatuh, arus bapak la segala derasnya. Dengan batu-batu besar. Cuak. Cuak. Laluan kelima dengan keenam tu tak sedasyat yang ketiga tapi teruk juga la.
Bila dah sampai
waterfall tu, teruja juga sebab cantik pemandangan tapi aku letih giler. Tak larat dah weh. Dengan orang ramainya, kawasan mandi kecik sebab arus deras lagi bahagian tepi-tepi tu. Ada yang main terjun-terjun, bagi makan ikan, menikmati pemandangan ciptaan tuhan etc. Sejuk memang ke tulang sum-sum aku kata. Pukul 12 tengah hari tu kami gerak balik ikut
team pak cik tadi. Disebabkan dah tahu keadaan air macam mana, batunya macam mana, dah
prepare juga la mental dan fizikalnya. Tak susah macam waktu pergi tadi.
Dah sampai semula tapak perkhemahan tu, makan tengah hari dulu. Baru la terjun sungai semula. Haha.
Then, bilas-bilas, solat, kemas barang, bahagi hamper dan balik.
|
Susunan khemah kami. Bajet nak buat camp fire dekat tengah tu. |
|
Pertama dan terakhir makan ramai-ramai ala kenduri macam ni. Lepas tu dah makan asing-asing dah. |
|
Ape la abang dan akak senior ni bincang. |
|
Ni la jambatan laluan 1 tu. |
|
Ni yang start sweet-sweet pegang tangan waktu laluan 2 sebab takut jatuh dan hanyut. |
|
Ni yang extreme laluan 3. Tengok la arus tu. Memang kena bergantung dekat tali. Nasib baik pak cik tu ada. |
|
Ni titi yang laluan 4. |
|
Lepas laluan 5 & 6, sampai lah waterfall!!! |
Ok, itu sajalah pengalaman ke Sg Chiling. Datang lagi? Heeeee. Macam tak sanggup dah. Seram. Tapi yang
best, ikan memang banyak. Nama pon santuari ikan. Elok bahagia je ikan-ikan lalu dekat kaki bagai. Nak-nak pula kalau tabur makanan.
Best!!
Ok, daa. =D