Thursday, 4 February 2016

Macam Mana Nak Buat Si Dia Suka Dekat Kita?


Hai!

Aku dah lama nak buat entri ni tapi asyik hesitate je. Segan tau. Aku ni penyegan orangnya. =P Dulu masa sembang dengan member-member, isu hati dan perasaan ni timbul tiba-tiba. Adalah yang tanya, macam mana nak buat crush kita minat tu suka dekat kita balik. Aku ada idea hasil daripada pembacaan dan experience sekeliling.

1. Tanya hati

Setiap kali aku bagi nasihat, benda pertama aku akan cakap, tanya hati. Niat. Betul ke suka dekat dia? Ke suka kejap-kejap je? Cinta atau nafsu? Jangan cuba steps di bawah kalau nak main-mainkan perasaan orang lain. Don't you ever try to do that.

2. Kenal dari jauh

Tengok tingkah laku dia dari jauh. Observe. Selidik dari kawan-kawan. Kalau betul ciri-ciri yang dia ada tu sesuai dengan yang kita nak, baru mulakan steps dekat bawah nanti. Jangan bila dah mula, baru rasa macam, "La...macam ni ke dia ni sebenarnya". Bila dah mula, bersedia untuk terima baik dan buruk dia. Ok?

3. Muncul tapi jangan dekat

Pastikan dia tahu kewujudan kita tapi jangan tiba-tiba serbu dia. Make sure dia nampak kita beberapa kali. Biarlah dia tahu yang kita ni sama kuliah ke, sama taman perumahan ke, sama pejabat ke dengan dia. Waktu ni, tunjuklah sifat keperibadian yang baik. Janganlah bagi dia nampak yang kita terjatuh tangga ke, menangis tepi tandas ke. Seganlah kalau gitu. Dalam drama dengan novel je menjadi adegan-edegan macam tu. Real aku tak tahulah.

4. Kecilkan skop

Dekati dia tapi jangan expose yang kita suka dekat dia. Kalau sama kuliah, try lah jadi group member dia untuk assignment akan datang. Join persatuan yang sama ke. Apa-apa je yang dapar kecilkan skop perkenalan tu. Dari sinilah kita akan kenal dia dengan lebih dekat.

5. Jangan jadi kawan

Bila dah kenal, aku tak galakkan berkawan dengan dia. Nanti kena friend zone. Just bagi dia comfortable je bersembang dengan kita pasal kerja atau hal-hal yang bukan peribadi.

6. Hint

Yang ni penting. Kalau tak bagi hint, macam mana dia nak tahu kita suka dia? Hint ni aku tak spesifikkan macam mana sebab setiap orang ada cara masing-masing. Cuba dua atau tiga kali contact dia untuk hal yang tak berkaitan kerja atau bila ada masalah, cari dia dulu. Atau just bagitahu je yang dia ada ciri-ciri lelaki idaman kita kalau berani la. Hehe.

7. Buat dia rasa penting

Cuba pastikan apa yang berlaku dekat dia, kita tahu dulu atau pastikan dia yang pertama tahu apa yang terjadi dekat kita. Bila birthday dia, jadi orang yang pertama wish. Bila dapat tahu orang terdekat dengan dia masuk hospital, jadi orang yang selalu ada di samping dia untuk bagi sokongan. Bila dia dapat result low, jadi orang yang selalu bagi semangat, hulur bantuan untuk ajar dia. Minta tolong dia walaupun perkara tu sebenarnya boleh je minta tolong dekat orang lain.

8. Dia lain dari orang lain

Tip yang ni aku bagi personally pada yang mesej di CBOX aku "nak tip no.8". Sebab apa? Sebab ni special tip. Bukan aku bagi ayat bomoh-bomoh ke apa tau. Jangan nak mengarut. Jadi, silalah berbuat demikian andai memerlukan.
*Mohon tinggalkan link untuk I contact you balik ye bila tinggalkan mesej di CBOX =D
*pembetulan : just tinggalkan komen "nak tip no. 8" di ruangan komen. Sorry. 
9. Doa

Walau usaha macam mana pon, doa tu penting. Harus diingatkan juga, kalau jodoh tak ke mana. Kalau bukan jodoh, dah ada dalam tangan pon terlepas juga. Satu lagi, there is a fine line between love and obsess. Hati-hati.

10. Be yourself

Jangan cuba jadi terlalu sempurna. It's ok kalau dia nampak kelemahan kita sebab kita manusia normal. Kalau terlalu usaha untuk jadi sempurna, sampai bila mampu bertahan? Setahun? Lima tahun? Jadi diri sendiri dan biar dia terima kita seadanya diri kita.


Lain-lain tip dari pembacaan aku DI SINI dan DI SANA :

- Pandai masak(especially masakan kegemaran dia)
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka
- Jangan terlalu mengongkong
- Jaga cara pemakaian anda
- Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
- Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
- Manja tapi bukan gedik
- Bersikap keibuan
- Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
- Jangan tunjukkan keterdesakan anda untuk mendapatkan si dia
- Berikan si dia merasai masakan anda
- Jadilah seseorang yang boleh dipercayainya (simpan rahsia yang dia kongsikan dan jangan mengumpat orang lain di hadapan dia)
- Berikan sokongan terhadap minatnya
- Tunjukkan sikap ‘slumber’ dan rileks (jangan over-express perasaan tu)


Warning!
Jangan gunakan ke jalan yang salah

Goodluck


12 comments:

  1. Suka ayat jangan guna ke jalan yang salah heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Sya x bertanggungjwb kalau idea ni digunakan ke jln yg x elok

      Delete
  2. singgah baca kejap..hehe
    Good Job!!1

    ReplyDelete
  3. macamana nak jatuh cinta? hehe salah kot soalan ni.. ermm macamana nak cari si dia? bagus entri saudari ni. x yah la segan2 XD

    ReplyDelete
  4. Hehe. idk jgk la. Feeling kot. Depends kat masing2

    ReplyDelete
  5. tersipu sipu ecah baca hahaha im still young for this maybe

    ReplyDelete
  6. Hi. Ad x cara ap yg dpt contact dgn you selain dr comment ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada2. Jestinna boleh email ke najwa_syahida@ymail.com.

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI