Thursday, 24 March 2016

FYP Part 8 : Learn From Mistake



Hai!!

Hari ni aku dengan seorang lagi group member aku je yang pergi lab. Lagi 2 orang tak dapat pergi. Selalunya buat lab berempat sebab steps lebih kurang sama je. Datang-datang tu, abang master tu tanya, "kamu dua orang je ke datang hari ni?". Tanya soalan siap pakej muka terkejut lagi. Aku ingat kenapalah dia terkejut sangat, rupa-rupanya steps untuk hari ni banyak yang amat sangat. Aku tengok dalam tesis yang aku rujuk tu, sikit je steps nya. Sekali kau, seharian duduk lab. Padan muka. 

Sebelum start tu, abang master tu dah bagi briefing dah. Aku faham masa dia cakap tu. Lepas dia pergi mana entah tu, kami pon buatlah macam yang dia suruh. Rupanya, aku tersalah faham apa dia cakap. Aku buat silly mistake yang hampir-hampir memusnahkan result FYP aku dan group member aku. Ya Allah. Nasib baik kami sedar awal yang kami tersalah tu. Kalau tak, membazir je bahan-bahan semua tu. 

Aku ingat nak give up dah untuk hari ni bila tersalah tu. Yela, aku dah rosakkan cell colonies kami. Tinggal cell colonies yang group member aku yang seorang tak datang tu je. Bila nak kena buat kan yang orang lain dan yang diri sendiri punya dah nazak, rasa ikhlas tu kurang 50% lah. Haha. Tapi abang master tu tak marah sangat + dia cakap dia bersyukur sebab sempat selamatkan lagi cells tu + dia suruh belajar dari kesilapan, so, aku bertabahlah sekejap. Member aku yang ikut sekali tu pon kata nak give up jugak. Kalau aku pon kata gitu, memang tak jalanlah kerja jawabnya. So, aku ambil role yang positive lah kononnya tadi. =P Padahal berapa kali mengeluh. Haha. Dah lah yang tersalah buat tu lebih kurang 40 colonies. Yang kena buat baru tu lebih kurang 20 colonies. Giler tak penat. 

Moral of the story : kalau tak faham atau kurang jelas, tanya sampai faham. Tulis tesis betul-betul sebab nanti junior akan datang nak rujuk senang. 

Goodluck untuk lab esok pulak. 

8 comments:

  1. All the najwa ^^ takpe salah, nnt boleh jdkan pengalaman & takkan ulang kesilapan yg sama. Belajar dr sejarah . hehe

    ReplyDelete
  2. Zaman FYP mmg sangat lah mencabar kesabaran, keimanan & kewarasan. Huhuhu. Hakak banyak kali menangis dikk oi masa buat FYP. Alhamdulillah grad on time. Don't give up & all the best! Belajar dari kesilapan tu normal. Brace up dear! Sis tunggu entry bila awak grad okeh. hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. doakan sya ye. sya hampir nangis tp x nangis lagi....takut time viva nanti..huwaaa

      Delete
  3. jalan2 ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI