Monday 21 March 2016

Eksperimen Cap Jari Ala-Ala Forensik



Hai!!

Pagi tadi aku menderita 3 jam dalam lab sebab kerja mengecop jari sendiri je. Ingatkan senang. Entahlah kenapa jari aku bermasalah. Padahal orang lain cepat je siap. Tajuk eksperimen ni ialah analisis dermatoglifik. Pelbagai corak konfigurasi yang terbentuk dari garisan tapak tangan dan kaki tu lah yang dipanggil dermatoglifik. Walaupun orang tu kembar seiras, konfigurasi garisan tu tetap lain. Sebab tu boleh bezakan kembar seiras dengan cap jari mereka. Macam mana boleh jadi lain? Corak tu boleh berubah menjadi bentuk tertentu bila terdapat gangguan atau stress sewaktu perkembangan kaki dan tangan embrio. Setiap embrio menghadapi stress yang berbeza sewaktu dalam perut mak dia. Corak ni mula terbentuk masa umur fetus 6 minggu dan lengkap sebelum 6 bulan dalam kandungan. 

Jenis corak cap jari ada 3 iaitu arch, loop dan whorl. Loop ni ada dua iaitu ulnar loop dan radial loop.

Gambar dari Google Image

Lepas tu cuba tengok tapak tangan, ada 3 garis tengah tu kan? Yang orang selalu kata macam nombor 18 dan 81 dalam tulisan Arab atau macam bentuk rahim tu kan? Tu bentuk normal cap tapak tangan  tapi dalam kelas aku tadi, ada seorang yang bentuk dia lain. Dia ada simian line. Nampak satu line je dekat tapak tangan dia. Selalunya simian line ni dikaitkan dengan orang yang down syndrome. Tapi classmate aku tu normal je. Unik betul. 

Gambar dari Google Image

Sangat interesting sebanarnya kalau study pasal fingerprinting ni. Seriously aku jealous dengan orang yang ambil forensik. Aku minta forensik kot masa isi UPU, tapi tak dapat. Haha. Tak apa, genetik pon boleh belajar jugak. Cuma tak mendalam sangatlah. Classmates aku ramai dapat praktikal dekat PDRM sebab masing-masing minat forensik. Aku minat belajar je tapi nak menghadap kes macam-macam tu tak mau lah. Haha. 

Ni yang aku buat dekat lab tadi. Habis hitam tangan. Tak menjadi jugak.
Nak tengok triradius lah, kira ridge lah, apalah. Stress mak nak oiii. Haha.

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI