Monday 25 April 2016

Hari Keluarga Genetik 2016

Hai!!!

Pagi Sabtu baru ni telah diadakan Hari Keluarga Genetik dan pada malamnya diadakan dinner. Untuk kisah dinner tu aku akan cerita di entri yang lain. Pada awalnya, aku tak bercadang untuk join sekali dalam program hari keluarga ni tapi lepas discuss dengan beberapa classmates, ramai yang nak join. So, aku ikut je la. Lagipun, junior buat program ni penat-penat, tak kan tak support, kan. 

Pukul 7.45 pagi tu aku dah berlenggang jalan kaki pergi fakulti. Saja je nak jalan kaki sambil ambil angin pagi. Dah sampai tu, program tak mula lagi. Bersembang Mak Kiah lah dulu jawabnya. Bila program dah start, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Lysosome, Ribosome, RER, Mitochondria dan Golgi apparatus. Nama kumpulan ni berdasarkan subjek genetik.

Lepas tu kami main game yang simple je, tak adalah extreme sangat. Antaranya Cards Game, Charade Game dan The Wolf Game. Lepas main game tu, ada rakaman montaj untuk final year students berlatar belakangkan lagu Terlalu Rindu. Cewahhh.

Gambar aktiviti di bawah ini :


Ni masa main kad tu. Siapa yang dapat kad selain "genetik", kalah.

Tengah dengar penerangan Eddy

Rest with classmates

Duduk dalam kumpulan masing-masing


Adik-adik junior yang gigih jayakan program. Good job.

Kena teka gaya yang dibuat.
Ada simpulan bahasa, peribahasa, lagu, arahan dan movie. 

Gigih masing-masing tutup mata masa main The Wolf.
Best jadi wolf sebab boleh bunuh-bunuh orang. Haha.

Nak lagi ke gambar? Cukup dah kot ni. Hehe. Nanti sambung untuk dinner pulak. 
Daa~~

Gambar dari : Syazalina Zahari






No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI