Tuesday 5 April 2016

The Promise Korean Drama 100 Episod

Hai!!!
Hello.


Aku nak share satu drama yang lain dari yang aku pernah post sebelum ni. 

Tajuk : The Promise / Heaven's Promise
Genre : Melodrama / Balas dendam
Waktu ditayangkan : Isnin - Jumaat (7.50 pm)
Mula ditayangkan : 1 Feb 2016
Episod : 100 Episod
Pengarah : Jeon Woo Sung
Penulis : Heo In Moo / Kim Yun Shin
Pelakon : 
- Lee Yoo Ri (sebagai Lee Na Yeon & Baek Do Hee)
- Seo Jun Young (sebagai Kang Tae Jun)
- Song Jong Ho (sebagai Park Hwi Kyung)
- Park Ha Na (sebagai Jang Se Jin)

Sinopsis / Plot/ review :

Lee Na Yeon ni seorang anak yang baik sangat dan dia tinggal dengan mak kandung dia sejak kecil. Ayah kandung dia kahwin dengan perempuan lain dan dapat anak nama Jang Se Jin. Lee Na Yeon dengan Jang Se Jin ni sama umurlah kiranya. Na Yeon kenal dengan Tae Jun sejak kecil dan fall in love. Mak Na Yeon kemalangan sebab dilanggar oleh seorang lelaki pemandu lori tanpa sengaja. Lelaki tu pekerja syarikat yang ayah kandung Na Yeon uruskan. Masa mak dia kemalangan, mak Se Jin (madu mak Na Yeon) ada sekali tapi dia biarkan je mak Na Yeon tu mati. Na Yeon diambil oleh ayah dia (ayah dia tak tahu tu anak kandung dia) tinggal sekali sebab tu anak ex dia dulu kan. Na Yeon bergaduh dengan Se Jin dekat rumah tu, dan dia dihantar ke rumah anak yatim. Se Jin kenal dengan Tae Jun dan Se Jin suka dekat Tae Jun tanpa dia tahu yang Tae Jun tu suka Na yeon. 

Masa Na Yeon dekat rumah anak yatim, isteri pemandu lori yang langgar mak dia ambil Na Yeon. Na Yeon hidup sempurnalah dengan keluarga tu. Selepas 15 tahun Na Yeon bercinta dengan Tae Jun, ayah kandung Na Yeon nak hantar Tae Jun ke oversea untuk study ke apa tah. Dia hantar Se Jin sekali. Dia nak rapatkan Se Jin dengan Tae Jun dan jadikan Tae Jun pengganti dia lebih kurang sebab Tae Jun ni bijak. Masa ni Na Yeon dapat tahu yang dia mengandung tapi mak Tae Jun tak bagi dia bagitahu Tae Jun. Mak dia takut Tae Jun tolak untuk pergi oversea tu sebab anak yang Na Yeon kandungkan. Na Yeon pon senyap dan biar je Tae Jun pergi. 

Selepas 5 tahun, Tae Jun berubah dan dah bercinta dengan Se Jin. Start ni lah hidup Na Yeon kucar dan derita je. Lepas macam-macam berlaku, Baek Do Hee jumpa Na Yeon. Baek Do Hee ni kembar Na Yeon yang bercinta dengan adik kepada mak Se Jin (bapa saudara Se Jin). Do Hee ni wartawan yang tulis pasal keburukan orang-orang kaya. Dia tengah selidik pasal keluarga Se Jin dan hubungan Tae Jun, Se Jin dan Na Yeon. Dari situlah dia kenal kembar dia. Kemalangan berlaku masa kembar ni berjumpa untuk kali pertama dan identiti mereka bertukar. Baek Do Hee mati tapi keluarga Na Yeon ingat tu Na Yoen. Na Yeon hidup dan ada dalam jagaan keluarga angkat Baek Do Hee. 

Na Yeon (kiri) , Do Hee (kanan)

Nak tahu macam mana boleh tertukar? Apa terjadi dekat Na Yeon yang masih hidup? Sila tonton drama ni. Sebenarnya ni pertama kali aku layan drama Korea yang ada 100 episod tanpa skip mana-mana episod. Drama ni macam Indonesia punya drama jugak lah. Ada tukar-tukar anak, hilang ingatan, heroin baik sangat etc. Sinopsis yang aku tulis dekat atas tu dah sampai episod 43 ye. Kalau nak tengok, bolehlah start dari episod 44 kalau malas nak tengok dari awal. Aku memang geram je dengan Tae Jun dalam drama ni. Dia macam tak tahu apa dia nak. Lepas tu senang je dia tinggal Na Yeon yang bercinta dengan dia dah 20 tahun. 

Tak sabar nak tunggu Na Yeon sihat dari hilang ingatan dia. =D Fighting Na Yeon!


Tonton online atau downloadTHE PROMISE

4 comments:

  1. citer ni memang macam cte indon tapi lumayan untuk ditengok...
    baru first episode dah sakit hati gila dengan tae-joon tu..
    rasa nak tumbuk jer muka dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. geram je dgn tae jun tu, kurg asam betul

      Delete
  2. panjangnya episod dia...selamat menonton ya

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI