Wednesday 6 January 2016

Cheese In The Trap Korean Drama

Hai!!!

Isnin dan Selasa baru ni, episod Cheese In The Trap baru keluar. So, sekarang baru sampai episod 2 daripada 16 episod. Mula-mula aku tengok sebab ada Nam Joo Hyuk yang berlakon dalam Who Are You : School 2015 dan Seo Kang Joon. Sebab aku tak kenal hero dengan heroin tu.

Bila tengok cerita ni, aku suka lah pulak ekspresi muka hero tu. Park Hae Jin yang jadi hero dalam cerita ni. Dia jadi Yoo Jung. Budak sekolah yang kaya dan handsome. Biasalah kan cerita style macam ni. Heroin dia Kim Go Eun jadi Hong Seol dalam cerita ni. Heroin ni jenis selekeh ala-ala low class gitu.

Dua orang ni ada personaliti berbeza. Yoo Jung tu jenis muka berlagak, tak ada feeling, senyum sinis. Si Hong Seol pulak jenis mudah judge orang dari personaliti luaran je. So, Hong Seol banyak kali salah anggap dekat Yoo Jung padahal Yoo Jung tu buat baik je.

Yang pelik nya, Yoo Jung ni macam ada sembunyikan sesuatu pasal kisah silam dia. Kisah silam dia ada kaitan dengan Seo Kang Joon yang jadi Baek In Ho dalam drama ni. Aku tak sabar nak tahu apalah yang jadi pada masa silam antara In Ho dengan Yoo Jung. Aku agak nanti si In Ho ni mesti suka jugak dekat Hong Seol. Memandai je aku kan?

Yang penting aku suka tengok Yoo Jung marah tapi muka tak ada ekspresi. Patung apa? Haha. Macam Lee Dong Wook. Boleh buat ekspresi dengan mata je.

Dah dah lah memebebel.

Pergi tengok drama sanu nu. Hehe. Selamat menonton. =D


Cerita ni adaptasi dari komik. Gambar dari google Image.

3 comments:

  1. webtoon dia best, sebab tu Hana tunggu sangat drama ni :D memang follow dari first seasons first chapter, tambah lagi Park Hae Jin memang actor kegemaran Hana :) setakat ni puas hati sangat ngan drama ni, tak lari sangat dari webtoon tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? wah. tah pernah pon tau ade webtoon tu mula2. heeeeeee

      Delete
  2. webtoon dia best, sebab tu Hana tunggu sangat drama ni :D memang follow dari first seasons first chapter, tambah lagi Park Hae Jin memang actor kegemaran Hana :) setakat ni puas hati sangat ngan drama ni, tak lari sangat dari webtoon tu

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI