Monday 18 January 2016

Moorim School Korea Drama

Hello. Hai! Morning! 


Pagi ni aku nak share cerita Moorim School. Kalau yang ada Astro tu, boleh tengok dekat channel KBS World (tak pasti bila ditayangkan di Astro).

Tajuk : Moorim School
Episod : 20 
Mula ditayangkan : 11 Januari 2016
Waktu ditayangkan : Isnin dan Selasa (22:00)
Pengarah : Lee So Yun
Pelakon : 
Lee Hyun Woo (sebagai Yoo Shi Woo)
Lee Hong Bin (sebagai Wang Chi Ang)
Seo Ye Ji (sebagai Shim Soon Duk)
Jung Yoo Jin (sebagai Hwang Sun Ah)
Shin Hyun Joo (sebagai Principle Hwang Moo Song)

Sinopsis :
Shi Woo seorang idol yang popular tapi ada masalah pendengaran. Dia hampir cedera tapi diselamatkan oleh Sun Ah. Sun Ah nasihatkan Shi Woo pergi ke Moorim School sebab pengetua dekat situ boleh ubatkan masalah telinga dia tu. Chi Ang pulak dipaksa ayah dia ke Moorim school sebab dia asyik berhenti belajar je kalau pergi mana-mana sekolah. Dia ni pewaris harta ayah dia tapi pemalas dan selalu mendatangkan masalah. Masa dia nak lari dari pergi Moorim School tu, dia terjatuh dalam laut dan diselamatkan oleh Soon Duk. Kebetulan Soon Duk ni pon pelajar dekat Moorim School. Chi Ang ikut Soon Duk pergi sekolah tu. Dalam perjalanan ke Moorim School, Chi Ang terjumpa dengan Shi Woo. Dua orang ni musuh ketat. Pantang jumpa mesti bergaduh. Masa dua orang ni bergaduh, seal yang menutupi Moorim School terbuka disebabkan kuasa yang ada dekat Shi Woo. Sekolah tu hanya sesetengah orang je yang boleh jumpa. Macam sekolah dalam Harry Potter tu la. Magik gitu. Dekat sekolah ni ada cikgu-cikgu dan pelajar dari macam-macam negara. Chi Ang dengan Shi Woo selalu buat masalah dekat sekolah tu. Nak tahu apa dah jadi dengan Shi Woo dan kuasa dia? Chi Ang ni bila nak berubah? Tengoklah Moorim School. Memang tak bosan. 



Untuk menonton secara onlineKLIK SINI


10 comments:

  1. best giler cerita ni :) sebab lain drpd yg lain ^^ they got super power

    ReplyDelete
  2. nak tunggu abis dulu baru tengok hehe :D

    ReplyDelete
  3. Baru perasan entry ni . Hari ni keluar episode 4 pulakkk =D

    ReplyDelete
  4. baru tengok sampai ep2. dekat kbsw ada hari isnin dengan selasa je haih tak sabar nak tengok next eps

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI