Saturday 23 January 2016

Review Novel : Datang Pada Waktunya


Hai!

Hari tu aku beli novel Datang Pada Waktunya di Big Bad Wolf dan aku dah khatamkan baca lepas final exam baru ni. Novel bergenre misteri, thriller, cinta ni memang sesuailah dengan jiwa aku. Aku tertarik untuk beli pon sebab sinopsis novel ni dah best dah. 

 

Kisahnya macam ni. Di Kampung Durian Lima dah beberapa kali kejadian orang hilang menjadi misteri. Kes terakhir ialah kehilangan Ahmad bin Ghazali. Setiap orang yang hilang tu akan meninggalkan fail berwarna biru. Fail tersebut mengandungi maklumat mengenai pembinaan jambatan di kampung tersebut yang dah tertunggak berpuluh tahun lamanya. En. Amin yang merupakan bos di pejabat Edri telah mengarahkan Edri pula menguruskan hal jambatan tersebut. Fail biru yang misteri tu diserahkan kepada Edri dengan syarat terima projek itu atau berhenti kerja. Edri terima projek tersebut dan mengajak rakannya, Adam ke Kampung Durian Lima. Adam berasal dari daerah tersebut kerana rumah datuknya berdekatan kampung tu.

Waktu nak sampai dekat Kampung Durian Lima tu, kereta yang Adam dan Edri naik rosak. Tiba-tiba mereka ternampak Murni dan Saleha lalu. Adam dan Edri pon ikut Murni dan Saleha ke Kampung Durian Lima. Dalam perjalanan tu, Adam dan Edri dibaling dengan batu oleh seseorang. 

Saleha dan Murni bawa Adam dan Edri ke rumah ketua kampung tersebut, Tok Empat Manap. Saleha ni anak ketua kampung tu. Murni tinggal berdekatan dengan rumah Saleha.

Yang peliknya, suasana kampung tu kuno sangat macam zaman yang masih belum membangun lagi. Air paip dan elektrik pon tak ada lagi. Semua perlatan eletronik yang digunakan Adam dan Edri rosak bila tiba di kampung tersebut. 

Pada awalnya, Edri tak jelaskan lagi tujuan dia datang kampung tu untuk uruskan hal jambatan dekat situ. Edri nak tengok dulu penerimaan penduduk dekat situ tentang pembangunan dan pemodenan. 

Ketua kampung tu berkenan dengan perilaku Edri untuk dijadikan menantu dia. Kebetulan pula Saleha pon suka dekat Edri dan begitu juga dengan Edri. Tapi Hassan yang juga sepupu Saleha dah canang sekeliling kampung yang dia akan kahwin dengan Saleha. Hassan ni panas baran dan tak ada pekerjaan. Hassan memang tak sukakan kedatangan Edri dan Adam ke kampung tersebut. Adam pula berkenan dekat Murni dan Murni pon sama. Tapi niat Adam dan Edri lain terhadap dua wanita tu.

Sepanjang berada di kampung tu, dah beberapa kali Adam dan Edri dibaling dengan batu oleh Seman yang dikatakan cacat. Sampai satu hari, Edri hilang sabar dan mengejar Seman hilang jauh ke dalam hutan. Adam, Saleha dan Murni risau Edri sesat di hutan tu sebab waktu tu dah malam dan penduduk kampung pon takut untuk ke hutan tu. Edri dapat mengejar Seman dan menangkapnya. Tetapi, sewaktu Edri tangkap Seman, ada orang lain yang baling batu pada dia. Maksudnya, Seman bukan seorang dalam hutan tu. 

Edri berjaya keluar dari hutan tu tapi dia demam panas keesokan harinya. Bila Edri dah sihat, Adam, Murni dan Saleha buat perancangan untuk berjumpa di satu kawasan sunyi dan Edri terpaksa ikut. Tapi Edri balik awal sebab risau difitnah orang. Saleha juga balik selepas Edri balik. Hanya Murni dan Adam tinggal di situ.

Edri beritahu orang kampung tujuan kedatangan dia untuk bina jambatan tu. Pembinaan itu diterima dengan baik oleh penduduk kampung kecuali Hassan. Tiba-tiba Tok Empat Manap dapat berita bahawa Seman sudah hilang sejak beberapa hari yang lalu. 

Ke mana Seman? Siapa yang ada dengan Seman dalam hutan tu? Kenapa kampung tu masih belum membangun? Siapa Saleha sebenarnya? Mampukah Adam dan Edri keluar dari kampung tu dengan selamat? 

Bacalah novel ni. Jalan cerita yang mantap. Ending nya yang tak dijangka.
Baca online novel penulisan Maria Kajiwa ini untuk beberapa bab awal DI SINI
Selamat membaca. 


2 comments:

  1. Salam awak,
    saya dah puas mencari novel ini, dah hubungi penulis juga.. tapi buku ini sudah tidak dicetak lagi.. Kalau terasa nak jual, boleh contact saya di https://www.facebook.com/zully.azizan
    terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. seriously? sya x tau pulak. sya beli masa ada Big Bad Wolf dekat MIECC Mines hari tu. Maaf sgt en Zully Azizian, sya tak dapat jual. Maaf ye. Tq.

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI