Saturday 2 January 2016

Remember Korean Drama

Hai!! Asalnya aku tak nak tengok drama Korea time-time exam ni sebab nanti mesti aku maraton terus semua episod. Tapi tangan ni gatal sangat klik jugak drama tu. Huwaaa. Sekali aku tengok episod 1 tu, terus tengok next-next-next-next nya. Nampak tak betapa addict nya drama ni? Drama Remember ni ada 24 episod kesemuanya tapi sekarang baru ditayangkan sampai episod 6. Watak Jin Woo yang dilakonkan oleh Yoo Seung Ho ada kelebihan kuat ingatan. Hyperthymesia syndrome. Setiap detail kejadian, benda semualah dia boleh ingat. Dalam satu kejadian pembunuhan tu, ayah dia dituduh bersalah dan akan terima hukuman gantung. Nak dijadikan cerita, ayah dia ada Alzheimer's disease waktu tu. Ketidakadilan berlaku dalam perbicaraan dekat mahkamah. Dengan kelebihan yang Jin Woo ada, dia jadi lawyer dan nak buktikan ayah dia tak bersalah. Tapi masalah timbul bila nanti Jin Woo pulak dapat tanda-tanda yang dia ada Alzheimer. Can Jin Woo beat the clock and save his father before his memories fail him? Jom kita nantikan episod seterusnya sama-sama. 

Drama : Remember (Remember-War of the Son)
Episod : 24
Mula ditayangkan : 9 Disember 2015
Pengarah : Lee Chang Min
Penulis : Yoon Hyun Ho
Pelakon :
Yoo Seung Ho (sebagai Seo Jin Woo)
Park Min Young (sebagai Lee In Ah)
Nam Goong Min (sebagai Nam Gyoo Man)
Jung Hye Sung (sebagai Nam Yeo Kyung

Gambar dari Google Image. 

Kalau nak tengok, klik link ni : Remember Korean Drama




2 comments:

  1. nice.. nk tgk x tertgk lagi. biar mereput dlu dalam lappy hihi

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI