Saturday 20 February 2016

Pengetua Kembali Ke Rahmatullah


MARAN: Dua beranak maut dalam kemalangan di FELDA Jengka 19, dekat Kampung Awah, di sini, jam 1 tengah hari tadi.   Mangsa, Mohd Rozi Mat Sani, 48 dan anaknya, Mohd Adam, 10, disahkan maut di lokasi kejadian selepas kereta PERODUA Kelisa dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori. Jurucakap polis berkata, mangsa adalah Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Maran dan anak jati FELDA Jengka 18. Katanya, kereta PERODUA Kelisa itu dipandu anak mangsa, Mohd Afiq Zakuan, 18, dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Mohd Afiq Zakuan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh. Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarga mereka. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gau, Temerloh, malam ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/124436

Innalillah hiwainnailai harajiun.

Pengetua sekolah aku yang mesra dipanggil Cikgu Rozi telah kembali ke pangkuan-Nya pada 14 Februari 2016 yang lalu. Waktu aku sekolah dulu, arwah merupakan GPK Kurikulum SMKJP. Sangat berdedikasi. Satu perkara yang aku ingat ialah “Semarak Jaya”. Projek Semarak Jaya adalah homework yang dibekalkan kepada pelajar sewaktu cuti panjang sekolah untuk disiapkan. Setiap subjek memang akan ada homework dan digabungkan dalam satu buku Semarak Jaya. Hari pertama buka cuti sekolah tu, homework tu dulu yang disemak waktu perhimpunan rasmi. Mula-mula tu Semarak Jaya ni macam fenomena sebab tak pernah lagi cuti pon ada homework tapi itulah caranya untuk buat pelajar sentiasa ingat apa yang dipelajari. Tak adalah bila cuti je hilang semua yang dah belajar setahun tu. Lepas tu buka cuti, blur tak ingat apa dah.

Yang buat aku terkesan dengan pemergian arwah ialah anak sulungnya merupakan classmate aku masa sekolah dulu. Aku tak dapat bayangkan apa yang dia rasa. Aku tak dapat nak tolong apa-apa selain minta dia sabar dan tabah. Hanya doa je yang mampu aku kirimkan. Aku harap kau kuat, Lynn. Aku tak pandai pujuk atau bagi semangat ke apa. Tu je aku mampu cakap, tabah dan sabar.

Aku doakan arwah Cikgu Rozi dan seorang lagi anaknya di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sama-samalah kita doakan Afiq Zakwan anak kepada arwah Tn Hj Mohd Rozi (turut sama terlibat dalam kemalangan tersebut) yang kini telah stabil dan dipindahkan ke wad biasa.

6 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI