Saturday 20 February 2016

Kenduri Untuk Birthday Ayah


Hai! 

Dah banyak hari aku hold untuk update blog ni. Waktu cuti sem ni lah dapat cari ilham update blog. Kadang-kadang kita kena tinggalkan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Ewahhh. Tarikh 6 Februari 2016 hari tu, family aku buat kenduri doa selamat & tahlil. Jemput saudara-mara dan jiran dekat-dekat je. Saja je nak buat dah alang-alang 7 hari bulan tu birthday ayah. Bila bab-bab kenduri ni aku blur sikit sebab tak tahu nak tolong apa. Sapu sampah dengan potong-potong bahan nak masak tu bolehlah. 

Kendurinya waktu malam tapi tengah hari sampai ke petang tu, tetamu dah start datang dah tolong-tolong mana yang patut. Masa aku tengah gigih potong tembikai, tiba-tiba mak saudara aku tanya fasal kahwin. Aku tak ingatlah pula ayat dia macam mana tapi ke arah kahwin-kahwin tu la. Aku tak tahu nak jawab apa. Tengah fikir-fikir tu, mak yang jawab suruh aku kerja dulu. Mak cakap mak dengan ayah pon kahwin lambat dulu. Dua-dua cari kerja dulu baru kahwin. Aku cakap yang aku nak sambung master dulu dan banyak benda lagi aku nak buat. Kalau ada jodoh, kahwinlah nanti.

Aku lepak dengan cousins je malam kenduri tu. Bergambar sakan. Cousins aku pon kecik-kecik lagi. Yang besar-besar dah kahwin. Aku baru tahu yang adik bongsu aku minat K-pop. Sebelum ni aku ingat dia layan Running Man je. Pengaruh siapalah ni. Kim Woo Bin, Haneul, Yonghwa, tah siapa lagi tah dia minat. Sibuk je nak minat Yonghwa. Tiru aku lah tu. =P. 


Lepas solat maghrib dan isyak berjemaah, ada acara potong kek. Ayahlah potong kek dengan cucu saudara dia. Bajet letak lilin atas kek tapi tak nyalakan api. Tah apa-apa tah. Tetamu-tetamu pon start makan lepas potong kek tu. Buat makan berhidang je sebab tak ramai sangat tetamu.


Kek yang ada nama banyak-banyak tu konon sambut sekali birthday cousins aku yang kecik-kecik tu.

Anak sepupu aku panggil aku “kakak”. I like. Rasa muda sikit. Tapi dia panggil cousin aku yang sorang lagi tu “mak long”. Kakakaka. Mulalah dia tak puas hati dengan aku. Lepas tetamu dah balik tu, aku ajar cousin aku sains. Adik aku pula ajar dia math. Aku ni dah banyak lupa sains zaman kecik-kecik dulu. Istilah pula dalam Bahasa Melayu. Kebetulan dia tak bawa buku teks. Mana aku nak rujuk nak oii. Aku pon carilah buku rujukan dekat rak rumah aku. Nasib baik ada lagi buku rujukan zaman hingusan dulu. Aku bagi dia terus buku tu sebab tak ada orang nak guna dah dalam rumah aku. Semua dah tua bangka dah. Haha. 

Sekianlah cerita kenduri kecil-kecilan dekat rumah aku sempena birthday ayah. Happy Birthday Ayah. Hari ni birthday mak aku pulak (20 Februari). Happy Birthday Mak.

2 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI