Friday, 26 February 2016

Review Movie : Deadpool



Tajuk : Deadpool
Pengarah : Tim Miller
Diterbitkan Pada : 12 Februari 2016 
Masa Tayangan : 108 Minit
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi filem : 18
Genre : Aksi / Fantasi / Science fiction
Pelakon :
- Ryan Reynolds (sebagai Wade Wilson / Deadpool)
- Morena Baccarin (sebagai Vanessa Carlysle / teman wanita Wilson)
- Ed Skrein (sebagai Francis Freeman / Ajax)
- T. J. Miller (sebagai Weasel / kawan baik Wilson)

Sinopsis:

Wade Wilson ni dapat tahu yang dia ada kanser. Satu hari tu ada seorang lelaki jumpa Wilson dan tawarkan untuk jadi superhero bila dimutasikan. Bila dimutasikan, sel kanser tu hilanglah gitu. Wilson tak nak pada mulanya. Tapi bila dia fikir balik pasal teman wanita dia, Vanessa tu, dia pergilah makmal mutasi tu. Dekat makmal tu bersepah lagi pesakit yang senasib dengan Wilson. Wilson ni spesis banyak cakap dan dia asyik bertekak je dengan Ajax, doktor dekat makmal mutasi tu. Ajax ni pon mutant jugak sebab dia tak ada deria rasa sakit. Bila lepas satu tahap ke satu tahap penyeksaan, gen Wilson masih tak termutasi. Cara terakhir, Ajax letak Wilson dalam satu kapsul dan ubah oksigen dalam tu. Tah macam mana, kulit Wilson jadi hodoh dan maksudnya dia dah termutasi. Ajax cakap kat Wilson, yang sebenarnya dia bukan nak jadikan Wilson superhero pon dan hanya dia boleh ubah muka Wilson jadi elok semula. Wilson bakar makmal tu tapi Ajax dapat tikam Wilson. 

Tapi Wilson hidup lagi sebab dia ada kuasa untuk regenerate anggota badan dia. Wilson nak jumpa Vanessa pada mulanya tapi tak jadi sebab dia dah hodoh. Kawan dia yang Weasel tu la yang nasihatkan Wilson + bagi idea pakai pakaian superhero etc tu. Wilson cari Ajax untuk mintak Ajax ubah muka dia. Bila Ajax tahu yang Wilson ni hidup lagi, dia culik Vanessa sebagai tahanan. Wilson join dengan 2 orang lagi superhero untuk selamatkan Vanessa. 

Habis.

Review:

Part aksi + CGI + lawak tu best. Plot cerita pon menarik walaupon macam tak kukuh sangat pon alasan untuk Wilson dengan Ajax tu bergaduh. Wilson memang patut bengang dengan Ajax sebab dah buat dia hodoh. Tapi Ajax bengang bila Wilson tahu nama dia Francis ditambah pulak dengan mulut Wilson yang macam murai tu. Tak macam filem superhero sangat sebab selalunya superhero selamatkan rakyat jelata macam filem Spiderman tu. Aku kasi 3.5 bintang sebab tolak part double meaning and sexy sexy semua tu. Kira banyaklah tu sebab aku faham filem ni kelas 18. 

Sekian. Selamat menonton.

14 comments:

  1. Memang best citer ni...lawak deadpool tu...cuma aksi tu besa la mna2 filem sma ja ada aksi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sapa suruh tgok yg 18 punya kan. hiks

      Delete
  2. best nihhh... xdpt lagi peluang nak tgk.. >.<

    singgah + follow sini.. ^^

    jemput join GA Shawal.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti tgok la. apa la syawal ni. dah join dah. bru follow? nk kena ni

      Delete
  3. perghh mantap ulasan.. haha.. review yg bagus untuk mereka yang belum menontonnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee... kembang semangkuk jap. tq mohd syarizwan

      Delete
  4. baru saja kemarin menonton filmnya, sungguh ini film super hero yang lucu banget...

    ReplyDelete
  5. alahaiii teringinnya nak tengok... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. blh la tgok klau ada masa tp kalau xtgok pon xpe

      Delete
  6. Emmmmmm .. Bca najwa review mcm best. Aissssh, nak kena tgok jgk niiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. pandai jgk sya review rupanya. kikiki

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI