Wednesday, 24 February 2016

Kenali 4 Jenis Lelaki Melalui Cara Dia Balas Mesej



Hai!! 

Kita ni kaum wanita selalu cakap berkias kalau nak sesuatu. Pernah tak text boyfriend / husband bila lapar dengan harapan dia akan faham dan akan bawa / belikan makanan tanpa perlu minta dia belikan? Dia belikan tak? Kalau nak tau, dari cara dia taip mesej pun dah boleh agak dia jenis partner yang macam mana. Baca 4 contoh dekat bawah ni :

1.The Caretaker

01

Lelaki jenis mcm ni spesis yang rajin ambil tahu tentang keperluan GF / isteri dia. Mereka selalunya akan bagi perempuan buat pilihan dalam tentukan perkara-perkara dalam hubungan. Contohnya nak pilih tempat makan, nak hadiah apa untuk birthday, nak tengok movie apa dan sebagainya. Mereka sangat straightforward dan akan ambil apa yang perempuan cakap secara literalnya (kalau putih kata kita, putihlah jawabnya). Tetapi, lelaki jenis ini cenderung untuk di-‘friendzoned’kan atau diambil kesempatan atas kebaikannya.

2.The Ignorant

02

Lelaki jenis ini selalunya malas nak layan perangai perempuan yang clingy dan mengada-ngada, terutamanya kalau kacau dia waktu dia tengah sibuk. Mereka cenderung untuk lebih mementingkan kawan-kawan daripada kekasih, seperti konsep ‘bros before hoes’. Kalau merajuk, jangan harap dia akan faham. Pandai-pandailah pujuk diri sendiri. LOL.

3. ‘The One’

03

Lelaki jenis ini selalunya tak payah cakap pun dapat agak apa yang GF / isteri dia nak. Mereka lebih sensitif dan menghargai little things dalam perhubungan. Juga pandai membuat kejutan yang akan membuatkan hati wanita berbunga gembira. Definitely a good boyfriend material!

4. The Pick-Up Line Expert

04

Lelaki jenis ini sangat pandai bermain dengan kata-kata yang akan membuatkan wanita se-Malaya cair. Kadang-kadang dalam hati tu meluap-luap nak marah sebab bengang sangat kat dia, tapi bila dia buka mulut dan keluarkan ayat-ayat power dia, terus sejuk hati dan tak jadi merajuk. Memang best dapat teman lelaki romantik macam ni but BEWARE. Jenis lelaki macam ni kalau player mesti tahap buaya tembaga!

Artikel di atas dari OH BULAN dan telah diedit mengikut cara aku. Hehe. Komen aku pulak pasal ciri-ciri ni... Ermmm... Aku suka kalau dia ada semua ciri tu. Haha. Baru meriah hidup. Maksudnya karakter yang unexpected. Kadang-kadang dia ikut apa aku nak. Kadang-kadang dia romantik jiwang karat. Kadang-kadang memahami dan kadang-kadang loyar buruk. Mana nak cari manusia macam ni nak oii. Berangan je la jawabnya. Huwaaaa. 

18 comments:

  1. Nak yang jenis 'The One' tuuu. Hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham3. dialah plg sweet antara empat2 tu

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. husband kak shaz jenis yg no 1 tu..tp jenuh nak.reply soalan dia... tanye flavour ape lah..nak yg kecik ke beso..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. comel. akak jwb complete terus. kedai mana, pembungkus warna apa. kikiki

      Delete
  3. kalau saya, mungkin akan terjawab "pergilah beli" T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... yg ni win. lpas tu mrajuk seminggu. =D

      Delete
  4. Hahaha... Jd unexpexted la yg okay kan..


    Assalam jemput join Segmen saya...

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/pencarian-bloglist-bulan-mac.html

    ReplyDelete
  5. gelak besar baca entry ni.. alahaaaiii dah lama xdpt text sweet tahap diabtes dari lelaki..kui3 *mode tunggu jejaka idaman datang meminag~*

    ReplyDelete
  6. yg expert of pickup line tu yg buat rasa menyampah kdg kdg :D

    ReplyDelete
  7. morning! singgah blas kunjungan. tq sudi lawat blog sy..
    Husband saya jeni no 1. the caretaker. klu merajuk, bt ayt2 gini dia mmg x faham. jns straight sgt,,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. lelaki jrg ade yg phm kalau kias2 ni. buat penat je kias

      Delete
  8. alamak..kalau komen kat blog kira jugak ke?

    ReplyDelete
  9. hahaha watak nombor 4 tu rasa macam setuju sangat2.

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI