Monday, 29 February 2016

Sedar Diri


Hai!

Amboi tengok tajuk garang bukan main ye. Bukan nak marah siapa-siapa. Tapi nak nasihatkan dekat diri sendiri yang dah final year ni tapi asyik lagha lagi. Layan social media tak sudah-sudah. Tengok drama Korea pagi petang siang malam. Bila nak study nya ha? Maka, bawak-bawaklah sedar diri yang awak tu dah tahun akhir Najwa oiii. Tesis dah siap ke belum? Dah lah nanti viva nak buat symposium style. Bertabahlah. Dengan nak fikir lepas degree nak sambung master ke nak kerja? Kalau sambung master nak cekau duit kat mana? Pinjam PTPTN lagi? Macam tak nak dah je. Mau sampai bercucu cicit hutang tak habis bayar lagi. Lepas tu fikir nanti time praktikal nak tinggal kat mana? Nak naik apa? Banyaklah benda nak fikir. Akhirnya aku jadi malas dah nak fikir. Huhu. Kalau aku tak fikir, parents aku pulak risau nanti aku macam mana itu, macam mana ini. Dah lah praktikal jauh dari rumah. Aku tak risau sangat tapi ayah aku yang risau. Tu la, siapa suruh pilih tempat praktikal jauh dari rumah? Hehe. Tak apa. Allah ada. 








Maka dengan ini, aku mungkin akan kurang update blog dan lebihkan masa untuk FYP aku. Harap semuanya berjalan lancar. Doakan aku.

14 comments:

  1. same goes here! sebab tu jarang update. fikir fyp ni haaa pening kepala. njwa li sem ni ke?

    ReplyDelete
  2. hahaha tu lahr,, kadang sy pun mcm tu juga.. pa pun good luck :)

    ReplyDelete
  3. jgn stress2. heheh cayok2. InShaAllah moga dipermudahkan nnt 😘

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan ye! bertabah la

    kolin zainal

    ReplyDelete
  5. inshaallah everything will go smoothly, I hope and pray and the best for you :)

    ReplyDelete
  6. Dilema betul ya.. Master ke keje? Haha.. Kejer n sambung master...

    Blogwalking sini..
    Jom baca artikel baharu saya..

    Adakah SEO sudah mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah. kerja dulu, ade duit smbung mster

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI