Sunday 28 February 2016

Review Novel : Detik Debar


Novel ni aku beli dekat Big Bad Wolf

Novel Detik Debar ni novel pertama Eyman Hykal yang aku baca. Macam mana aku tertarik nak beli? Sebab sinopsisnya dan kata-kata Ramlee Awang Murshid (RAM) di belakang novel ni. 

Sinopsis : 

Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang akan merundum, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensioanl Amerika yang didalangi pihak Zionis.

31Ogos - Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemerdekaan sambutan yang bewarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez.

Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no.1 Amerika itu. Perisik elitnya Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlaku diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup dan mati.

"Ini karya Eyman Hykal yang lebih berani daripada karya sebelumnya, Meniti Maut" - Ramlee Awang Murshid

Review:

Plot novel ni sangat menarik dan mendebarkan. Dari awal lagi perisik elit, Fariz Zafar ditangkap oleh penjahat di Thailand. Rakan sekerjanya, Normala dibunuh. Pelbagai seksaan diterima Fariz dan dia mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam BISIK apabila ditangkap penjahat tu. Rupa-rupanya dia diuji dan sedang dalam latihan waktu tu. Sekembalinya dia ke Malaysia, dia diarahkan untuk menjaga Jennifer Miles, wartawan dari Amerika. John Martinez, presiden Amerika dan Jennifer hampir dibunuh oleh penjahat-penjahat yang mempunyai pelbagai motif. Antaranya untuk mengelakkan John Martinez mengamalkan sistem ekonomi Islam di Amerika. John Martinez berjaya ditembak tetapi dia masih hidup selepas itu. Kenapa? Rahsia. (kena baca baru boleh tahu). 

Jennifez mengucapkan syahadah sewaktu dia hampir-hampir dibunuh penjahat dan John Martinez sebenarnya seorang yang beragama Islam. Cerita ni unik dan tak disangka-sangka jalan ceritanya. Novel Detik Debar ni novel sambungan kepada Meniti Maut dan selepas novel Detik Debar ni ada lagi satu sambungan. Ending Detik Debar ni menyebut satu watak yang bantu selamatkan pesawat John Martinez dari diletupkan. 

Dalam novel ni tak disebut pulak nama PM Malaysia siapa dan hanya disebut "PM" atau Perdana Menteri. Kalau ada rezeki nanti nak baca lagi novel penulisan Eyman Haikal ni. Sebelum ni baca novel Ramlee Awang Murshid je. Rugi tau kalau  peminat novel aksi / thriller tak baca novel ni. 

Selamat membaca. 

Rujukan : Mieza Suhaini


7 comments:

  1. Wah sinopsis mcm menarik. sejarah gituu :)

    ReplyDelete
  2. Saya nak beli novel Kunang Pesisir Moten karya Raiha tu tak sempat lagi.. adeh.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Najwa kerana menatap Detik Debar. Semoga saudari dapat menatap Meniti Maut pula.
    Buat pengetahuan saudari, saya sedang menulis Gerak Gempar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. insyaAllah. terima kasih juga sebab sudi berkunjung ke blog saya. TQ for the info En Eyman Hykal.

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI