Monday 22 February 2016

School 2013 Korea Drama

Hai!

Hari ni aku nak share satu drama yang popular di Korea. Drama berkisarkan zaman sekolah ni memang jadi drama bersiri di Korea. Antaranya School (pada tahun 1999), School 2, School 3, School 4 dan Who Are You:School 2015. Drama mini bersiri macam ni banyak lahirkan pelakon Korea yang popular contohnya Jo In Sung. 

Tajuk: School 2013
Tarikh ditayangkan: 3 Disember 2012
Episod: 16 episod
Pengarah: Lee Eung Bok, Lee Min Hong
Pelakon: 
- Jang Na Ra (sebagai Jung In Jae)
- Choi Daniel (sebagai Kang Se Chan)
- Lee Jong Suk (sebagai Go Nam Soon)
- Kim Woo Bin (sebagai sebagai Park Heung Soo)
- Park Se Young (sebagai Song Ha Kyung)

Sinopsis/review:

Jung In Jae dan Kang Se Chan ni guru kelas Kelas 2. Dekat sekolah tu, kelas tulah paling teruk. Macam-macam perangai student ada dekat dalam tu. Yang nakal, yang skema nak belajar je, yang pelik, macam-macam lah. Go Nam Soon dengan Park Heung Soo ni pulak kawan baik masa dulu tapi bergaduh sebab Go Nam Soon dah buat Park Heung Soo patah kaki. Go Nam Soon ni ketua gangster dulu dan Park Heung Soo ni bercita-cita nak jadi pemain bola sepak. Dekat Kelas 2, Go Nam Soon jadi ketua kelas dan dia dah berubah jadi baik. Bila tiba-tiba Park Heung Soo pindah dekat sekolah tu, kantoilah yang Go Nam Soom tu dulu bekas gangster. Go Nam Soon, Park Heung Soo dean 3 orang lagi gangster dalam kelas tu asyik buat masalah je. Tapi dua orang guru kelas Kelas 2 tu yang banyak bantu sampai budak-budak kelas tu berubah. 

Tarikan cerita ni haruslah pelakonnya terutama Kim Woo Bin, Jang Na Ra dan Lee Jong Suk. Keserasian antara watak Kim Woo Bin dan Lee Jong Suk juga bagi impak dalam drama ni. Pada aku, jalan cerita ni tak membosankan dan bergerak laju. Plot drama ni tak fokuskan dengan satu masalah je. Perasaan tertanya-tanya bila Go Nam Soon dan Park Heung Soo nak berbaik semula tu yang menyebabkan penonton tengok satu episod ke satu episod lagi. Selain dari tu, penonton jadi geram bila parent kepada pelajar masuk campur dalam pengurusan pentadbiran sekolah dan pelajar yang terlalu ekstrem tingkah lakunya. Tapi itu adalah realiti di sesetengah sekolah terutamanya masa kini. 

Tiga orang ni gangster asal dekat sekolah tu sebelum muncul Nam Soon dan Heung Soo.


Ni masa Nam Soon dengan Heung Soo dah berbaik.

Guru kelas Kang Se Chan tu yang banyak tolong pulihkan hubungan persahabatan dua orang ni.

Tonton onlineSchool 2013

Selamat menonton.

12 comments:

  1. dah lama tak layan citer korea..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

    pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

    ReplyDelete
  2. rasanya yui lyn gitu gitu aje crita ni.

    ReplyDelete
  3. wah nampak best je cite niiiiiiiiiiiiiii...
    ada masa nak tengok la <3

    ReplyDelete
  4. one of the best k drama yg sy tgk. dah brapa kali jugak dok ulang tgk drama ni hahaha tapi ending tu mengecewakan jugalah

    ReplyDelete
  5. dah tengok dah citer ni!! best best!

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI