Thursday 21 January 2016

Bila Tak Ada Idea Nak Tulis Blog, Ikut Tips Ni


Hai! Tak ada idea nak tulis blog? Semua dalam kepala dah diluahkan dalam entri-entri sebelum ni? Susah nak tetapkan satu hari satu entri sebab kekurangan idea? Jangan risau, ada caranya nak seru idea-idea ni datang.

1. Membaca

Skema betul. Tapi percayalah, membaca dan menulis adalah perkara yang sangat berkait. Kita menulis untuk orang lain baca, kan? Orang lain pon tulis untuk kita baca. Jadi, cari ilmu dengan membaca. Tak perlu baca buku tebal-tebal. Bacalah majalah, website, surat khabar, komik atau apa-apa sahaja bahan bacaan. Dari situ idea akan datang. Macam mana?

- Jana pendapat / kritikan mengenai sesuatu isu yang dibaca
- Kaitankan dengan pengalaman yang pernah dialami
- Kongsikan tip atau idea tentang sesuatu isu yang dibaca

2. Blogwalking

Blogwalking bukan saja penting untuk memperkenalkan kewujudan blog, tingkatkan pageview dan berkenalan dengan blogger lain. Tapi juga untuk menjana idea. Bukan ciplak tulisan orang lain ok. Dari blogwalking, akan nampak macam-macam. Seriously. Try lah. Idea akan mencurah-curah ke ladang gandum gitu.

3. Minat / Hobi

Semua orang ada minat atau hobi masing-masing, kan? Ada yang suka travel, shopping, baca novel, menari, memasak etc. Kongsikan minat anda.

Contoh:
- Tips Travel Ke .... Dengan Bajet Yang Sedikit
- Resepi .... Semudah 1,2,3
- Tempat Shopping Yang Mesti Dikunjungi Di ....
- Kenapa Anda Jangan Beli Novel ....

4. Hate It / Love It

Kongsikan apa you all suka atau tak suka. Yang Ni paling Senang. Pilih je satu benda. Contoh, kucing. Kalau suka, kenapa? Comel, boleh buat kawan, terapi etc. Tak suka, kenapa? Alergi, takut, trauma kena cakar, etc. Contoh lain, kahwin. Kalau suka, kenapa? Halalkan hubungan, impian parent, ada orang jaga etc. Tak suka, kenapa? Nak kerja dulu, rasa tak mampu lagi etc.

5. Tips / Tutorial

Tulis tips atau tutorial adalah salah satu cara tingkatkan pageview dalam jangka waktu yang panjang. Tak percaya? Try dulu. Tutorial dan tips adalah perkara akan akan orang cari bila diperlukan. Tak hari ni, esok lusa. Jadi ia mendatangkan manfaat sepanjang zaman gitu. Walaupon simple, kacang buncis pon perkara tu, share je sebab dalam 100 orang, mesti ada dua tiga orang yang belum tahu tentang tu. Selagi benda tu baik, share je. Ok?

Ok lah, try 5 cara ni, sebulan idea tulis entri tak akan kering punya. Ilmu ni semakin kita cari, semakin banyak yang kita tak tahu. Apa yang kita tahu cuma setitik air dari selautan ilmu.

Don't give up, Find the knowledge and write.


14 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI