Thursday, 28 April 2016

Dilema Tahun Akhir


Hai!!

Aku rasa ramai yang alami dilema macam aku ni bila dah tahun akhir. Aku fikir punya fikir sampai tumbuh dah encik J dekat muka ni. Dah lah yang sedia ada tak berkurang lagi. ;( Nampak tak stress tu tahap apa. =P 

Apa yang dilema sangatnya? 

Aku tengah confuse nak sambung belajar atau nak kerja. Kalau nak kerja, nak kerja dekat mana? Kalau nak sambung belajar, nak sambung bidang apa? Dekat mana? Part-time ke full-time? Mana nak dapat sumber kewangan untuk sambung tu? Research ke course work ke mix mode

Jangan bagi jawapan, Kahwin je lah senang. Haha. Kahwin lagi susah. Kalau boleh cekup anak raja, anak Dato' mana-mana tak apa jugak. Tinggal masuk rumah lap kaki je. 

Apa-apa pon, banyak lagilah persoalannya. Aku setakat ni memang nak fokus untuk sambung dalam bidang genetik kaunseling tapi sayangnya sebab aku akan bazirkan lab skills aku. Tapi aku akan develop social and communication skills pula untuk bidang ni. Future? Kerja apa? Luas ke peluang pekerjaan dalam bidang ni? No. Aku tak confident untuk kata lepas habis master, zapppp terus kerja jadi genetik kaunselor. Kalau dalam masa 2-4 tahun lagi bidang genetik kaunseling akan jadi meluas dekat Malaysia, insyaAllah. Aku nak sambung ni untuk puaskan hati aku sebab aku buat apa aku nak buat. Dah lama aku mengidam nak study dalam bidang ni. Harap-harap tercapai. 

Cuma masalahnya, mana nak cari duit oiiii. Haha. Mak aku cakap "rezeki ada dekat mana-mana je". Simple betul. Harap jalan aku ni dipermudahkan. Amin...

Before choosing your path, choose your destination first. 
There's no wrong or right. It's yours.


Good luck



Standby IOI Show

Hai!!


Siapa dekat sini layan Produce 101? Kalau yang tengok, mesti dah tahu yang girl group IOI akan debut Mei ni (info : IOI Debut). Jadi, Standby IOI show ni macam di sebalik tabir sebelum mereka debut lah. Maksud nama IOI bagi kumpulan ni ialah Ideal Of Idol. They look innocent in this show. Sangat teruja bila nampak controlled camera. Ada juga part yang tunjuk bare face bakal-bakal Korean idol ni. Tapi orang Korea lawa-lawa. Of course lah tak kisah bare face pon. Memandangkan ada ahli IOI yang masih sekolah, so, mereka ada juga buat rakaman dekat kawasan sekolah. Interview kawan-kawan dan sebagainya. 

Sekarang baru keluar episod 1 dan aku tak pasti show ni ada berapa episod. Aku suka tengok Somi dengan Se Jeung je. Tapi tak minat part self-camera. Sebab video dia jadi tah apa-apa. 

Ok la, kalau nak tengok online / download, boleh ke STANDBY IOI

Kim Se Jeong =D
 

Tuesday, 26 April 2016

Malam Gala Genetik 2016

Hai!!

Malam Gala Genetik ni merupakan dinner untuk students Genetik bagi sesi 2015/2016. Dibuat pada hari yang sama dengan Family Day iaitu pada 23 April 2016 baru ni. Majlis dimulakan dengan ketibaan VIP iaitu Ketua Program Genetik dan mantan Ketua Program Genetik, nyanyian lagu Varsiti Kita dan bacaan doa. Diikuti dengan ucapan dari YDP Kelab Genetik, gimik dan perasmian, bacaan doa makan dan MAKAN!!! Dimeriahkan dengan penyampaian hadiah sukaneka untuk Family Day, persembahan silat serta nyanyian, sesi tukar-tukar hadiah dan sesi penghargaan untuk final year students. Klimaks majlis haruslah penyampaian hadiah prince and princess of the night. =D Majlis diakhiri dengan pembubaran AJK sesi 2015/2016 dan diikuti oleh perlantikan AJK Kelab Genetik yang baru bagi sesi 2016/2017. Sebelum balik, tak lengkap kalau tak ada sesi fotografi dengan semua yang hadir termasuklah lecturers

Kami adakan majlis ni di Bangi Golf Resort, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. 

Keadaan pentas setelah dihias oleh AJK yang terlibat

Suasana dalam dewan sebelum majlis
Final year students.
Tema majlis formal + masquerade.

Yang pakai tudung pink tu mantan Ketua Program Genetik, Prof. Madya Dr. Mahanem.

Hiasan meja tetamu

Sesi potong kek (final year students with lecturers)

Ucapan dari Ketua Program Genetik, Prof. Madya Dr. Endom

Gambar bersama semua tetamu yang hadir. Sikit je students Genetik dekat sini.
Tapi, ini pon tak semua datang.

Ucapan dari YDP Kelab Genetik, Syah.

AJK di sebalik tabir
Final year students only.

Prince of the night, Hawari.

Persembahan silat dari Misma

Another picture of final year students

MC untuk majlis, Azam

Welfie with lecturer

Potong kek

Gambar memang tak ikut susunan perjalanan majlis and sorry tak ada gambar makanan. Hehe. 
 Gambar dari : Syazalina dan Syafiq Zawawi


Thanks juniors. Love.



Monday, 25 April 2016

Hari Keluarga Genetik 2016

Hai!!!

Pagi Sabtu baru ni telah diadakan Hari Keluarga Genetik dan pada malamnya diadakan dinner. Untuk kisah dinner tu aku akan cerita di entri yang lain. Pada awalnya, aku tak bercadang untuk join sekali dalam program hari keluarga ni tapi lepas discuss dengan beberapa classmates, ramai yang nak join. So, aku ikut je la. Lagipun, junior buat program ni penat-penat, tak kan tak support, kan. 

Pukul 7.45 pagi tu aku dah berlenggang jalan kaki pergi fakulti. Saja je nak jalan kaki sambil ambil angin pagi. Dah sampai tu, program tak mula lagi. Bersembang Mak Kiah lah dulu jawabnya. Bila program dah start, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Lysosome, Ribosome, RER, Mitochondria dan Golgi apparatus. Nama kumpulan ni berdasarkan subjek genetik.

Lepas tu kami main game yang simple je, tak adalah extreme sangat. Antaranya Cards Game, Charade Game dan The Wolf Game. Lepas main game tu, ada rakaman montaj untuk final year students berlatar belakangkan lagu Terlalu Rindu. Cewahhh.

Gambar aktiviti di bawah ini :


Ni masa main kad tu. Siapa yang dapat kad selain "genetik", kalah.

Tengah dengar penerangan Eddy

Rest with classmates

Duduk dalam kumpulan masing-masing


Adik-adik junior yang gigih jayakan program. Good job.

Kena teka gaya yang dibuat.
Ada simpulan bahasa, peribahasa, lagu, arahan dan movie. 

Gigih masing-masing tutup mata masa main The Wolf.
Best jadi wolf sebab boleh bunuh-bunuh orang. Haha.

Nak lagi ke gambar? Cukup dah kot ni. Hehe. Nanti sambung untuk dinner pulak. 
Daa~~

Gambar dari : Syazalina Zahari






Sunday, 24 April 2016

Pencarian Bloglist Sebulan Mei/Jun by Aisyhah Nyais





KLIK BANNER UNTUK SERTAI

Tag : 1 2 3

Good luck

Descendants Of The Sun Episode 19 (Special Episode)

Hai!!!!!

Siapa yang dah tengok EPISOD 17 dan 18? Kalau dah tengok, mesti tak sabar nak sambung episod 19 pulak, kan? Episod 19 ni merupakan behind the scene dalam DOTS. Banyak pasal Song Joong Ki dalam episod ni. Of course lah kan sebab peminat majoritinya nak tahu pasal dia. Tapi rasa tak cukup sebab dengar khabarnya banyak scene yang dilakonkan tapi tak ditayangkan. Especially second couple scene tu, lakonan Jin Goo dan Ji Won. Huhu. Tapi, daripada episod ni kita nampaklah yang kesungguhan pengarah, penulis dan pelakon nak mengekspresikan sesebuah scene tu terbayar. Kesian Joong Ki sampai cedera sebab nak buat babak aksi. 

Tonton online / downloadDOTS EP 19

Selamat menonton. 




Friday, 22 April 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016



Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Thursday, 21 April 2016

Descendant Of The Sun Episod 17 dan 18

Hai!!

Seperti yang ramai dah tahu, DOTS ada keluarkan 3 special episodes dari 20-22 April ni. Jadi, boleh tonton online atau download di EPISODE 17 dan EPISODE 18

Episod 17 dah keluar dan dah ada subtitle. Episod ni ulang tayang scene awal sampai bangunan runtuh tu. 
Episod 18 in RAW mood lagi. (esok adalah subtitle tu, sabar ye). Sambungan dari scene Mo Yeon jahit luka dekat belakang Shi Jin sampailah akhir. 
Episod 19 tunggu esok ye. 

Sekian. 

Road To Dinner (Genetics)


Hai!!

Sejak tukar template baru yang ditempah dekat blogger RRAI, ni entri pertama aku. Test, test. Hehe. Dah beberapa hari aku mendiamkan blog ni sebab tak ada mood nak taip apa-apa dekat blog. Idea mencucah-curah ke ladang gandum tapi jari malas nak bergerak. 

Sabtu ni, 23 April 2016, Kelab Genetik akan buat dinner of the year yang dipanggil "Malam Gala Genetik". Selama tiga tahun aku study dekat sini, tahun ni adalah kali pertama Kelab Genetik buat dinner yang grand kebabom. Siap bertema-tema lagi. Sebelum ni buat dekat air terjun, lepak-lepak makan BBQ je. Haha. 



Disebabkan temanya formal dan ada lecturer yang datang, aku ingat masing-masing nak pakai kemeja, baju kurung gitu je la. Behave lah katakan. Rupanya, budak lelaki pon sibuk nak cari mask warna tu lah, warna ni lah. Bersemangatnya!! Kalau dah lelaki bersungguh macam tu, jangan tanyalah budak perempuan punya kesungguhan tu macam mana. Hahahaha. Aku? Aku start rasa tak nak pergi. Kakaka. Tiba-tiba rendah diri pulak. Tak apa lah, tahun ni je kita kasi over sikit. Nanti  aku transform jadi Mira Filzah jangan terkejut pulak. =P 

AJK dinner ada upload gambar resort tu punya hall dekat group Whatsapp dan malang bagi aku bila warna langsir dan lantai hall tu sama dengan baju aku. Huwaaaa!!! Memang tenggelamlah. Nak pergi beli baju baru memang tak lah. Gigih sangat. Pakai baju raya tahun lepas sudah. Hehe.

Harap-harap program ni berjalan lancar dan makanan cukup. Bayar RM30 tau. Haha. 

Daaa~~~



Monday, 18 April 2016

Running Man Episod 295 (Apology Service)

Hai!!


Lately Running Man tak banyak game-game yang extreme macam dulu dah tapi idea setiap episod makin fresh. Lain dari tema yang dulu-dulu. Minggu ni ahli Running Man diberi ruang untuk minta maaf dan betulkan balik kesalahan mereka kepada guest yang pernah datang dalam Running Man antaranya Park Seo Joon (yang berlakon dalam She Was Pretty dan Kill Me Heal Me). 

Ahli Running Man juga diberi sesi untuk luah perasaan antara satu sama lain. Part Joong Kook meluahkan perasaan dekat Jae Suk dan part Ji Hyo dengan Kwang Soo tu agak sedih. Gary dengan HaHa punya lawak tapi ada deep meaning. Sukalah episod ni. 

Episod minggu depan lagi best. Siapalah first girlfriend Kwang Soo yang datang tu. Haha. 


Tonton online/downloadRunning Man EP 295

Selamat menonton. 

Saturday, 16 April 2016

IOI Girl Group Debut May 2016

Hai!!!
Hello..

Girl group yang diberi nama IOI ni ditubuhkan melalui rancangan PRODUCE 101 yang baru sahaja tamat pada 1 April yang lalu. Mereka dikhabarkan akan debut pada 4 Mei 2016 nanti dengan mini-album.  IOI group ini terdiri daripada 11 orang ahli dari pelbagai agensi.

IOI girl group's name : 

Lim Na-young (임나영), (age 20), from Pledis Entertainment. Leader of the group.
Kim Chung-ha (김청하), (age 20), from M&H Entertainment
Kim Se-jeong (김세정), (age 19), from Jellyfish Entertainment
Jung Chae-yeon (정채연), (age 18), from MBK Entertainment.
Zhou Jieqiong (주결경, 周洁琼), (age 17), from Pledis Entertainment
Kim So-hye (김소혜), (age 16), from RedLine Entertainment
Yu Yeun-jung (유연정), (age 16), from Starship Entertainment
Choi Yoo-jung (최유정), (age 16), from Fantagio
Kang Mi-na (강미나), (age 16), from Jellyfish Entertainment
Kim Do-yeon (김도연), (age 16), from Fantagio
Jeon So-mi (전소미), (age 15), from JYP Entertainment. "Center" of the group.

Kumpulan ini dipilih sendiri oleh peminat-peminat yang mengundi sepanjang program Produce 101 berlangsung. Dalam program tersebut, bakat dan peribadi ahli-ahli kumpulan ini dapat dinilai sendiri oleh para peminat.

Untuk info lanjut, rujuk SINI , SINI , SINI dan SINI
Tonton Produce 101 online/downloadSINI

Analisis Salasilah Keluarga (PEDIGREE)


Hai!

Analisis ni untuk kaji pewarisan genetik dalam sesebuah keluarga. Contohnya bila seseorang tu disahkan dapat penyakit yang diwarisi sejak keturunan tok nenek dia, jadi kena check siapa lagi yang berpotensi untuk dapat, dapat dari belah mak ke belah ayah dan sebagainya. Kalau bahaya, boleh cegah dari awal. Kalau nak kahwin, check dulu pasangan tu ada penyakit yang sama ke tak, nanti menurun dekat anak-anak pula. Kena check sex-linked disorder sekali dengan autosomal disorder. Sex-linked disorder ni dibawa oleh kromosom Y atau kromosom X (XY : lelaki, XX : perempuan). Autosomal disorder ni dibawa oleh kromosom lain selain sex chromosome iaitu dari kromosom 1-22. 


Tak semestinya untuk check penyakit je boleh buat pedigree ni. Contoh yang simple macam buta warna, bentuk cuping telinga, warna mata, tongue rolling dan sebagainya. Kalau aku, aku ikut lekuk dagu dengan saiz kaki ayah aku. Hehe. Dagu dah lawa dah ala-ala dagu Siti Nurhaliza. Tapi kalau kaki perempuan macam kaki lelaki, gangster tak? Haha. 


Boleh rujuk DI SINI untuk lebih faham lagi. 

Semoga bermanfaat. 

Friday, 15 April 2016

Descendant Of The Sun Final Episode + 3 Special Episodes

Hai!! Annyeonghaseyo. 

Semalam episod akhir Decendants Of The Sun dah ke udara. Part Song Joong Ki sihat walafiat lepas kena tembak tu aku stress jugak lah. Ada calar sikit je dekat muka. Ceh. Lepas tu ada lah part tangan patah. Kira ok la jugak. Apa-apa pon, aku admire dekat second couple tu. Suka, suka, suka. Dramatik betul kisah cinta dua orang tu. Part escort VIP tu lawak. VIP konon. Sekali Mo Yeon bengang, terus tak mengaku ada boyfriend. Haha. Alasan askar-askar ni nak cover salah memang win. Bila Yoo Shi Jin cakap dia dah naik pangkat, terus tersengeh je Mo Yeon. Comel. Couple nurse-doctor tu pon sweet jugak. Rupanya doktor tu dah lama admire dia. Siap ada folder gambar dia dari kecik sampai ke tua lagi tu. Fuhh. Ending drama ni style sebab doktor dengan askar tu cool je bila ada berita pasal volcano. Padahal orang lain kalut lari. =D Jangan lupa tengok tau.

Setiap minggu ramai yang ternanti-nantikan drama yang gempak ni. Janganlah sedih ye bila drama ni dah tamat sebab nanti 20-22 April akan ada special episodes 3 hari berturut-turut. Pada 20 dan 21 haribulan, akan disiarkan highlight episodes. Pada 22 haribulan, akan disiarkan a making-of epilogue.

Bye bye DOTS.

Tonton onlineDOTS EP 16


Song-Song Couple datang semula dekat kapal ni dalam episod akhir.

Thursday, 14 April 2016

Pop Up Card - Teratai


Assalamualaikum! Hai! 


                     

Video dekat atas ni ajar step by step cara nak buat pop-up card bentuk teratai dan aku pon dah try. Senang, simple dan cantik

Bahan diperlukan :
- Kertas A4 putih (separuh)
- Kertas A4 warna (aku guna warna hijau)
- Gunting
- Pensel warna (aku guna colour marker)
- Gam

Gambar di bawah ni hasil kerja tangan aku =D

Dua helai kertas tu, selit-selit kan. Aku guna warna pink dan merah. Saja nak bagi meriah.

Kalau dileperkan, jadi bentuk ni lepas selit-selit tu

Tegakkan, nampaklah macam ni

Dari sudut atas

Aku buat bentuk ala-ala kelopak daun teratai

Jeng, jeng, jeng. Jadi macam ni bila buka.

Dari sudut atas

Dari sudut sisi, nampak jelas macam teratai kan?

Senang je. Selamat mencuba.
Credit to : Basteln mit Kindern


Is Your Brain Easily Confused?

 
Click HERE to try. 
The picture below is my result.


It's not because i'm sharp or not easily confused, i just don't see the other way around. =(

Good luck.

Simply Segmen By Shawal & Sofie


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Segmen daripada Shawal & Sofie...

Tamat : 27 April 2016
Senarai Hadiah:
1) Topup RM5 x4
2) Review Blog di blog Kak Sofie x2
3) Bloglist Bulan Mei x10 di blog Shawal
Jumlah Pemenang : 16

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI