Wednesday, 30 March 2016

Mrs Cop (Season 2)

Hai!!

Dah tengok ke drama Mrs Cop 2 ni? Aku baru je ada masa nak tengok. Jadi tu yang lambat sikit nak buat review drama ni.

Tajuk : Mrs Cop (Season 2)
Episod : 20 episod
Tarikh disiarkan : 5 Mac - 8 Mei 2016
Waktu ditayangkan : Sabtu & Ahad (22:00)
Pengarah : Yu In Sik
Pelakon :
- Kim Sung Ryoung (sebagai Ko Yoon Jung)
- Kim Bum (sebagai Lee Ro Joon)
- Im Seul Ong (sebagai Oh Seung Il)
- Son Dam Bi (sebagai Shin Yeo Ok)

Sinopsis / review :

Episod awal drama ni tak laju macam drama SIGNAL tapi membuatkan orang tertanya-tanya siapa penjenayah sebenar. Ko Yoon Jung ni polis perempuan yang suka bergaya tapi hebat bab-bab tangkap penjenayah ni. Disebabkan suami (bekas suami) dia ni orang atasan, dicampur pulak dengan gaya dia yang tak macam polis tu, orang selalu pandang rendah dan mengumpat pasal dia. Tapi dia cool je. Dulu dia pernah selesaikan satu kes bunuh tapi dia tersalah tangkap penjenayah. Orang yang tak bersalah yang kena tangkap. Penjenayah sebenar hantar bukti dekat dia masa Ko Yoong Jung dekat oversea, ala-ala penjenayah tu nak serah diri. Suami Ko Yoon Jung halang dedahkan bukti tu sebab nak jaga reputasi. Ko Yoon Jung rasa bersalah, dan dia balik Korea untuk selesaikan kes tu.

Dia mula pilih teammates (4 orang) termasuklah Oh Seung Il dan Shin Yeo Ok. Untuk kes pertama team Ko Yoon Jung tu, Lee Ro Joon dituduh sebagai suspek utama. Padahal tak pon. Ro Joon nak elakkan nama dia tercemar + nak selamatkan bisnes dia, dia ugut Yoon Jung untuk cooperate tangkap penjenayah sebenar. Masa episod 5, barulah settle kes pertama tu. Agak slow jugaklah. Yang peliknya, kenapa penjenayah suka kumpul bukti dekat dalam rumah sendiri? Lepas tu sebab takut kena tangkap dengan polis, dia pilih nak bunuh diri. Ayoyo. Drama ni selitkan juga permainan politik dalam organisasi polis tu. Masing-masing nak jaga pangkat dan harta sendiri. Bukan nak kerja kuat tangkap orang jahat pon. Asyik mengampu je. Yang best nya, pegawai atasan jabatan Ko Yoon Jung  kerja tu support dia. Tak adalah cliche sangat.

Ro Joon dalam drama ni agak suspicious. Aku agak dia mental kot. Kim Bum berlakon jadi jahat dengan muka cute tu, ok lah. Nampak sinis tapi handsome. Hehe. Tak sabar nak tahu apa masalah Ro Joon dan watak sebenar dia dalam drama ni. Ro Joon dengan Yoon Jung memang style lah sebab pandai psiko orang dan genius. Cool yang teramat sangat. Aku tak tengok Mrs Cop (2015) dulu. Tapi faham je kalau tengok terus yang Season 2 ni.


Selamat menonton.

Tonton onlineKLIK SINI




6 comments:

  1. Saya ni xla minat korea..tpi bsa la gak dgar nama pelakon drama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. familiar nama dia sbb dia famous

      Delete
  2. Episod 1 dia serious best ! cara dia tangkap penjahat tu memang perghhh . hebat !

    ReplyDelete
  3. sis jarang layan korea. Tp kalau da start layan mmg melekat trus. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tengok masa dah tamat lah kalau gitu. baru syokkk ma

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI