Monday 14 March 2016

Settle Hal Minta Duit 50%


Hai!!

Di zaman semua perlukan duit ni, aku yang tak pernah mohon zakat dengan dermasiswa pon tetiba pergi mohon. Kiranya sekarang ni aku lalui detik-detik getir gitu. Duit, duit, duit. Mula-mula rasa macam aku patut bagi peluang pada yang memerlukan tapi aku minta je dulu sebab kalau orang tu rasa aku layak dapat, dia bagi. Kalau tak layak, dia tak bagi. Kan senang.

Tapi tahu tahu je la bukan senang nak dapat. Kena sahkan dokumen, minta tandatangan orang tu orang ni bagai, cop segala mak nenek. Bertabahlah nak. Kau yang nak duit sangat kan. Haha. Dah berminggu tak settle sebab aku tak minat nak pergi pejabat HEP apa semua tu minta tandatangan. Kalau ikut hati aku, aku nak give up je tapi aku dah terbagitahu parents aku yang aku mohon tu. Malas lah pulak nak explain kenapa aku tak jadi minta. Hehe. Makanya, hari Rabu minggu lepas aku ditemani teman seperjuangan pergi minta cop dekat Bahagian Pengurusan Akademik. Puan dekat BPA kata, esoknya tu baru ada pegawai cop. Aku pon tinggal borang dermasiswa aku dekat situ. Esok tu (Khamis) kami datanglah ambil semula borang. Pergi pulak dekat HEP minta cop bahagian lain pulak. Pegawai tak ada. 

Baru tadi aku pergi HEP semula dan alhamdulillah pegawai berkenaan ada. Dia cakap apasal aku buat banyak salinan? Kenapa tak fotostat je? Aku tahu kena fotostat je tapi tak tahulah kenapa aku nak juga buat banyak-banyak salinan suruh dia cop. Kikiki. Tapi dia cop juga dalam membebel-membebel pon. Hehe. Thanks encik. 

Dengan penuh berdikarinya aku pergi pos borang dermasiswa tu. Aku ni malas bebenor bab pos-mengepos ni. Nasib aku dah tanya member aku prosedurnya macam mana. Kalau tak, menonong je lah dekat pejabat pos tu. So, settle bab dermasiswa. Bab zakat tak settle lagi. Aku minta untuk waktu praktikal nanti sebab masa tu duit tak masuk. Mana nak cekau duit nak oii. Borang zakat ni kena hantar dekat pejabat zakat masjid tu je tapi malas nak jalan kaki. Kalau naik bas, mau pusing satu U dulu baru sampai situ. Tengoklah bila-bila rajin nanti aku pergi hantar. Hehe. 50% dah settle. Tinggal tunggu 50% lagi bila kerajinan datang. Tu pon nyaris-nyaris dah aku nak pos je tadi. Haha. Nampak tak malas tu tahap apa? =D

Blink blink mata tengok duit

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI