Monday, 7 March 2016

3 Manusia Pelik


Hai!!!

Aku nak luah pasal jenis-jenis individu yang aku tak dapat nak faham karakter dia dan masih cuba untuk memahami. 
Pertama, yang mengaku single, bercita-cita nak bercinta lepas kahwin, tapi hampir 24 hours cakap pasal lelaki. Ok, mungkin ayat aku hiperbola sikit tapi macam tu lah ceritanya. Ramai aku jumpa orang yang tak sudah-sudah berbangga dengan status single tapi kalau bersembang dengan dia, sibuk duk cerita pasal lelaki tu text dia, lelaki ni suka dia, lelaki hujung kampung tu dah empat kali masuk pinang dia. Rasa suka dekat seseorang tu fitrah tapi berpada-padalah kalau nak bercerita. Jadilah single lady yang jaga pertuturan dan tingkah laku. Banyak lagi topik dalam dan luar negara yang boleh dibawak bersembang. 
Kedua, yang kata tak ada duit tapi dekat social media asyik post pergi makan dekat sana sini bajet hipster bagai. Nak makan dekat mana-mana pon tak salah tapi bayarlah apa yang patut dibayar. Tunaikan hak orang lain dulu sebab tak semua harta yang kita ada tu hak kita. Ok? 
Ketiga nya, orang yang cakap banyak dalam group social media, tapi bila tanya perkara penting, diam seribu bahasa. Malas nak explain yang ni. Haha. 

Sorry kalau ada yang tak suka dengan bebelan aku ni. Tapi ni luahan peribadi aku dan aku tak berniat nak burukkan siapa-siapa. Cuma peringatan untuk diri sendiri dan peringatan juga untuk yang sudi berubah. 

Sekian.

7 comments:

  1. tak payah faham. you just need to realised, there are that particular type of people. nanti makin sakit otak, nak2 kalau cik najwa orang yang susah nk baca orang. hehe

    ReplyDelete
  2. itu perangai manusia dik . just layan je . kalau malas nak layan , blah je ... hehehee

    ReplyDelete
  3. ahah.macam tak ada topik lain selain lelaki

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI