Thursday, 3 March 2016

Ke Mana Kau Duit



Hai!

Akhir-akhir ni aku dah mula fikir matang sikit kot sebab duit dalam bank makin hari makin pupus. Maka aku ambil inisiatif untuk catat ke mana duit aku menghilang setiap hari. Sebelum ni aku asyik fikir "aku beli apa je sampai duit cepat sangat lesap?". Aku memang jenis kalau suka, beli. Kalau tak beli kang, mulalah tidur tak lena, makan tak kenyang. Tapi bila dah tua-tua ni, aku kena urus perbelanjaan aku. Nanti nak praktikal banyak kena guna duit sebab bukan dapat elaun pon. Nak siapkan FYP ni pon dah banyak pakai duit especially bayar duit kereta (tumpang member). 

Inisiatif aku, aku khaskan bahagian perbelanjaan dalam buku nota dan buat 3 column (duit keluar, untuk apa duit tu dan catatan). Jadi aku nampak apa aku dah beli dan barang apa yang aku membazir je beli. Satu benda yang berfaedahnya, tiap kali aku nak beli barang, aku akan fikir benda tu keperluan ke kehendak. Sebab aku tak nak tulis barang tak berfaedah dalam buku perbelanjaan aku. Aku rasa aku kalah dengan nafsu shopping aku kalau ada barang tak penting yang aku beli. 

Dah dua minggu aku berjaya tak shopping tudung dekat Pusanika walaupon hari-hari aku kena lalu situ pergi dan balik kelas. Tiap kali balik kelas duk belek-belek tudung tu. Huhu. Sabar je la. Baru ni aku terbabas beli tote bag. Adoi. Tapi kira ok la sebab aku tak ada lagi tote bag. Kalau tudung tu? Dah bersepah tudung kan. Huwaaa. Tapi nak beli lagi. 

Sampai bila bertahan amalan ni aku pon tak pasti. Harap istiqamah la. Heee.

HAHAHAHAHA

4 comments:

  1. ini setuju...tambah2 ada shopping mall area tenmpat kerja..sabor je lah menahan napsu..menghabiskan duit hehe

    btw i'm follow here :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kan. bertabahlah kite. thanks

      Delete
  2. saya pun dah buat rekod bermula tahun baru lepas. tp kena kuat semangat la nak catat selalu tuu. T___T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kadang2 mls nya nk catat. dkt nk tido bru teringan x catat lagi. kena bangun balik. huhuhu

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI