Monday, 29 February 2016

Sedar Diri


Hai!

Amboi tengok tajuk garang bukan main ye. Bukan nak marah siapa-siapa. Tapi nak nasihatkan dekat diri sendiri yang dah final year ni tapi asyik lagha lagi. Layan social media tak sudah-sudah. Tengok drama Korea pagi petang siang malam. Bila nak study nya ha? Maka, bawak-bawaklah sedar diri yang awak tu dah tahun akhir Najwa oiii. Tesis dah siap ke belum? Dah lah nanti viva nak buat symposium style. Bertabahlah. Dengan nak fikir lepas degree nak sambung master ke nak kerja? Kalau sambung master nak cekau duit kat mana? Pinjam PTPTN lagi? Macam tak nak dah je. Mau sampai bercucu cicit hutang tak habis bayar lagi. Lepas tu fikir nanti time praktikal nak tinggal kat mana? Nak naik apa? Banyaklah benda nak fikir. Akhirnya aku jadi malas dah nak fikir. Huhu. Kalau aku tak fikir, parents aku pulak risau nanti aku macam mana itu, macam mana ini. Dah lah praktikal jauh dari rumah. Aku tak risau sangat tapi ayah aku yang risau. Tu la, siapa suruh pilih tempat praktikal jauh dari rumah? Hehe. Tak apa. Allah ada. 








Maka dengan ini, aku mungkin akan kurang update blog dan lebihkan masa untuk FYP aku. Harap semuanya berjalan lancar. Doakan aku.

Sunday, 28 February 2016

Peluang Kerjaya dalam Bioteknologi dan Kualiti Siswazah


Hai! 

27 Februari 2016 yang lepas aku mengikuti Career Talk by Dr. Hirzun Mohd Yusof dari Sime Darby. Ada sedikit input yang aku dapat dan aku nak kongsikan dalam blog ni sebagai ilmu untuk pembaca dan sebagai peringatan untuk aku sendiri. 

1) Graduan ijazah bioteknologi dah banyak di Malaysia dan peluang pekerjaan semakin tipis. Sime Darby pon frozen kan dulu pengambilan pekerja untuk setakat ni. 

2) Career Opportunities :-
- Research & Development (R&D)
- Production / Manufacturing
- Finance ( Venture Capital / Investment & other banks )
- Legal
- Business Development / Corporate Planning
- Sales
- Education ( Journalism / Universities / Collages / School )

3) Qualities that graduate students must have :-
- Leadership : class rep, hold position in society, organized event
- Work ethics : part time work, deliver promise on time
- Self-motivation : volunteer, hobby, being different
- positive attitude : never give up & giving excuses
- Resourceful : show thinking that is out of norm
- Problem-solving skills 
- teamwork : play team sport, college committee
- Good communication skills : write blog, publish article, read, public speaking

4) Fight yourself and find the courage in you. Go out from your safety net and your comfort zone.

5) Nobody is perfect but a team can be.

Ok lah. Itu je yang aku dapat dari talk tersebut dan harap membantu. Pada student yang 1st year or 2nd year tu, pergilah career talk ni awal-awal. Jadi, you all boleh top-up skills yang masih kurang. 

Goodluck



Review Novel : Detik Debar


Novel ni aku beli dekat Big Bad Wolf

Novel Detik Debar ni novel pertama Eyman Hykal yang aku baca. Macam mana aku tertarik nak beli? Sebab sinopsisnya dan kata-kata Ramlee Awang Murshid (RAM) di belakang novel ni. 

Sinopsis : 

Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang akan merundum, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensioanl Amerika yang didalangi pihak Zionis.

31Ogos - Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemerdekaan sambutan yang bewarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez.

Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no.1 Amerika itu. Perisik elitnya Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlaku diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup dan mati.

"Ini karya Eyman Hykal yang lebih berani daripada karya sebelumnya, Meniti Maut" - Ramlee Awang Murshid

Review:

Plot novel ni sangat menarik dan mendebarkan. Dari awal lagi perisik elit, Fariz Zafar ditangkap oleh penjahat di Thailand. Rakan sekerjanya, Normala dibunuh. Pelbagai seksaan diterima Fariz dan dia mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam BISIK apabila ditangkap penjahat tu. Rupa-rupanya dia diuji dan sedang dalam latihan waktu tu. Sekembalinya dia ke Malaysia, dia diarahkan untuk menjaga Jennifer Miles, wartawan dari Amerika. John Martinez, presiden Amerika dan Jennifer hampir dibunuh oleh penjahat-penjahat yang mempunyai pelbagai motif. Antaranya untuk mengelakkan John Martinez mengamalkan sistem ekonomi Islam di Amerika. John Martinez berjaya ditembak tetapi dia masih hidup selepas itu. Kenapa? Rahsia. (kena baca baru boleh tahu). 

Jennifez mengucapkan syahadah sewaktu dia hampir-hampir dibunuh penjahat dan John Martinez sebenarnya seorang yang beragama Islam. Cerita ni unik dan tak disangka-sangka jalan ceritanya. Novel Detik Debar ni novel sambungan kepada Meniti Maut dan selepas novel Detik Debar ni ada lagi satu sambungan. Ending Detik Debar ni menyebut satu watak yang bantu selamatkan pesawat John Martinez dari diletupkan. 

Dalam novel ni tak disebut pulak nama PM Malaysia siapa dan hanya disebut "PM" atau Perdana Menteri. Kalau ada rezeki nanti nak baca lagi novel penulisan Eyman Haikal ni. Sebelum ni baca novel Ramlee Awang Murshid je. Rugi tau kalau  peminat novel aksi / thriller tak baca novel ni. 

Selamat membaca. 

Rujukan : Mieza Suhaini


5 Things I Hate Most



Hai!

Aku di tag untuk join tagging questions ni oleh Blogger Yuhaadie. Aku suka jawab benda-benda gini. Thanks sebab tag. Aku ni jenis insan yang banyak benda aku tak suka. Haha. Aku mengakulah yang aku jenis cerewet sikit. Adik aku pon kata aku cerewet. Haha. 

RULES!

Buat satu entry bertajuk "5 Things I Hate Most" dan senaraikan lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entri tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

5 Things I Hate Most :

1. Menunggu. Dekat SINI aku ada mention pasal hal ni. 

2. Bluetick tapi tak reply. Ini satu hal yang aku tak faham. Kalau benda tak penting tak apa tau. Ni benda penting pon dia buat tak tahu. Apa aku buat pada insan-insan macam ni? Aku balas balik. Bila dia Whatsapp, aku bluetick kan je dan biar. =P Satu lagi jenis yang bila sembang benda mengarut, beratus notification kat group Whatsapp. Bila tanya benda penting, terus semua jadi silence reader. Bersabar je la. Apasal aku emo ni? Haha.

3. Masalah bertimpa-timpa. Aku memang tak boleh kalau masalah datang gedebuk sekali gus. Tak tahulah kenapa. Tak matang lagi kot. Heeeee.

4. Loading. Faham-faham je la bila internet kalah dengan siput. 

5. Kata-kata kesat (mencarut dalam bahasa kasarnya). Aku tak minat kalau orang cakap benda-benda tak sepatutnya ni. Nak-nak pulak perempuan yang cakap. Mungkin aku jenis conventional ke apa. Tapi tak sedaplah untuk didengar. 

Nak tag

Thanks for reading =D Goodluck.

Saturday, 27 February 2016

Hasil Kreatif Dari Bahan Terbuang

Hias cermin atas frame dengan kelopak-kelopak bunga dari sarang telur.

Mangkuk unik dari botol air.

Hias cermin dengan potongan-potongan kayu berdiameter kecil untuk design yang eksklusif

Si botol air peneman penyapu kecil

Kasut pon muat dalam botol air

Kerongsang yang bersepah tu boleh susun lawa-lawa macam ni

Macam-macam boleh letak ni. Senduk sudip pon boleh kot.










Sumber:

http://relakssminda.blogspot.com/2013/11/idea-kreatif-barang-terbuang-kitar.html

http://www.butiksihatcomel.com/2015/05/idea-unik-daripada-barang-terbuang.html

http://relakssminda.blogspot.com/2013/01/kreativiti-kitar-semula5.html

Friday, 26 February 2016

Review Movie : Deadpool



Tajuk : Deadpool
Pengarah : Tim Miller
Diterbitkan Pada : 12 Februari 2016 
Masa Tayangan : 108 Minit
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi filem : 18
Genre : Aksi / Fantasi / Science fiction
Pelakon :
- Ryan Reynolds (sebagai Wade Wilson / Deadpool)
- Morena Baccarin (sebagai Vanessa Carlysle / teman wanita Wilson)
- Ed Skrein (sebagai Francis Freeman / Ajax)
- T. J. Miller (sebagai Weasel / kawan baik Wilson)

Sinopsis:

Wade Wilson ni dapat tahu yang dia ada kanser. Satu hari tu ada seorang lelaki jumpa Wilson dan tawarkan untuk jadi superhero bila dimutasikan. Bila dimutasikan, sel kanser tu hilanglah gitu. Wilson tak nak pada mulanya. Tapi bila dia fikir balik pasal teman wanita dia, Vanessa tu, dia pergilah makmal mutasi tu. Dekat makmal tu bersepah lagi pesakit yang senasib dengan Wilson. Wilson ni spesis banyak cakap dan dia asyik bertekak je dengan Ajax, doktor dekat makmal mutasi tu. Ajax ni pon mutant jugak sebab dia tak ada deria rasa sakit. Bila lepas satu tahap ke satu tahap penyeksaan, gen Wilson masih tak termutasi. Cara terakhir, Ajax letak Wilson dalam satu kapsul dan ubah oksigen dalam tu. Tah macam mana, kulit Wilson jadi hodoh dan maksudnya dia dah termutasi. Ajax cakap kat Wilson, yang sebenarnya dia bukan nak jadikan Wilson superhero pon dan hanya dia boleh ubah muka Wilson jadi elok semula. Wilson bakar makmal tu tapi Ajax dapat tikam Wilson. 

Tapi Wilson hidup lagi sebab dia ada kuasa untuk regenerate anggota badan dia. Wilson nak jumpa Vanessa pada mulanya tapi tak jadi sebab dia dah hodoh. Kawan dia yang Weasel tu la yang nasihatkan Wilson + bagi idea pakai pakaian superhero etc tu. Wilson cari Ajax untuk mintak Ajax ubah muka dia. Bila Ajax tahu yang Wilson ni hidup lagi, dia culik Vanessa sebagai tahanan. Wilson join dengan 2 orang lagi superhero untuk selamatkan Vanessa. 

Habis.

Review:

Part aksi + CGI + lawak tu best. Plot cerita pon menarik walaupon macam tak kukuh sangat pon alasan untuk Wilson dengan Ajax tu bergaduh. Wilson memang patut bengang dengan Ajax sebab dah buat dia hodoh. Tapi Ajax bengang bila Wilson tahu nama dia Francis ditambah pulak dengan mulut Wilson yang macam murai tu. Tak macam filem superhero sangat sebab selalunya superhero selamatkan rakyat jelata macam filem Spiderman tu. Aku kasi 3.5 bintang sebab tolak part double meaning and sexy sexy semua tu. Kira banyaklah tu sebab aku faham filem ni kelas 18. 

Sekian. Selamat menonton.

Tips Melukis Cara Simple

Nak lukis burung ni simple je kan. Sambung nombor 1 dengan nombor 2 je.

Step ke 3 tu macam susah sikit tapi rabbit dia cute kan?

Olololo. Comel je. Kalau tak sesuaikan jarak nombor 1 dengan 9 tu, susah jugak nak lukis.

Complicated la nak lukis ni. Tak comel sangat. Hehe. Tapi ada la gaya ayam tu.

Yang ni senang. Tapi ekor dia hilang ke.

Dulu kecik-kecik lukis burung macam huruf K tu je.

Macam senang tapi susah kot nak buat ala-ala effect shadow ke apa tu.

Kalau lukis tak simetri, memang tak jadilah

Ayam yang ni comel sikit dari yang atas tu tadi

Step 3 tu macam susuah je. Tapi kalau jadi, memang comel la itik tu.

Dari nombor 1 boleh jadi kapal. Fuh, style lah. Titanic maybe. =P

Ambil gambar-gambar ni dari Facebook tapi tak save link hari tu. Sorry. Credit to tuan punya gambar.

Thursday, 25 February 2016

Design Roti Pelbagai Rupa































Sumber : Google Image dan Facebook (tak ingat page apa, sorry)

Wednesday, 24 February 2016

Kenali 4 Jenis Lelaki Melalui Cara Dia Balas Mesej



Hai!! 

Kita ni kaum wanita selalu cakap berkias kalau nak sesuatu. Pernah tak text boyfriend / husband bila lapar dengan harapan dia akan faham dan akan bawa / belikan makanan tanpa perlu minta dia belikan? Dia belikan tak? Kalau nak tau, dari cara dia taip mesej pun dah boleh agak dia jenis partner yang macam mana. Baca 4 contoh dekat bawah ni :

1.The Caretaker

01

Lelaki jenis mcm ni spesis yang rajin ambil tahu tentang keperluan GF / isteri dia. Mereka selalunya akan bagi perempuan buat pilihan dalam tentukan perkara-perkara dalam hubungan. Contohnya nak pilih tempat makan, nak hadiah apa untuk birthday, nak tengok movie apa dan sebagainya. Mereka sangat straightforward dan akan ambil apa yang perempuan cakap secara literalnya (kalau putih kata kita, putihlah jawabnya). Tetapi, lelaki jenis ini cenderung untuk di-‘friendzoned’kan atau diambil kesempatan atas kebaikannya.

2.The Ignorant

02

Lelaki jenis ini selalunya malas nak layan perangai perempuan yang clingy dan mengada-ngada, terutamanya kalau kacau dia waktu dia tengah sibuk. Mereka cenderung untuk lebih mementingkan kawan-kawan daripada kekasih, seperti konsep ‘bros before hoes’. Kalau merajuk, jangan harap dia akan faham. Pandai-pandailah pujuk diri sendiri. LOL.

3. ‘The One’

03

Lelaki jenis ini selalunya tak payah cakap pun dapat agak apa yang GF / isteri dia nak. Mereka lebih sensitif dan menghargai little things dalam perhubungan. Juga pandai membuat kejutan yang akan membuatkan hati wanita berbunga gembira. Definitely a good boyfriend material!

4. The Pick-Up Line Expert

04

Lelaki jenis ini sangat pandai bermain dengan kata-kata yang akan membuatkan wanita se-Malaya cair. Kadang-kadang dalam hati tu meluap-luap nak marah sebab bengang sangat kat dia, tapi bila dia buka mulut dan keluarkan ayat-ayat power dia, terus sejuk hati dan tak jadi merajuk. Memang best dapat teman lelaki romantik macam ni but BEWARE. Jenis lelaki macam ni kalau player mesti tahap buaya tembaga!

Artikel di atas dari OH BULAN dan telah diedit mengikut cara aku. Hehe. Komen aku pulak pasal ciri-ciri ni... Ermmm... Aku suka kalau dia ada semua ciri tu. Haha. Baru meriah hidup. Maksudnya karakter yang unexpected. Kadang-kadang dia ikut apa aku nak. Kadang-kadang dia romantik jiwang karat. Kadang-kadang memahami dan kadang-kadang loyar buruk. Mana nak cari manusia macam ni nak oii. Berangan je la jawabnya. Huwaaaa. 
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI