Monday 28 December 2015

My 2 Big Decisions Today


Hai!! Hari ni naik lenguh pinggang kepenatan. Pagi tadi bangun pukul 5. Sebab apa? Sebab nak study. Tu je la kerja student macam aku. Kalau tak ada exam, tak ada nya aku bangun awal. Ish3. Lepas tu, pukul 12 tengah hari tadi exam Makanan dan Gaya Hidup. Senang jugak la sebab bukan subjek major. 
Siap exam, aku settle kan hal pilih tempat praktikal. Dalam ENTRI NI aku ada cerita pasal tempat praktikal yang aku dapat. Sampai lepas exam tadi pon, aku still confuse nak buat pilihan. Dah buat dah solat istikharah tapi aku tak tahu tu kehendak aku ke, petunjuk ke apa ke. Last nya, aku main dadu je. Aku pilih Malaysia Genome Institute sebagai tempat praktikal aku. Harap-harap betullah pilihan aku ni. 
Bila dah pilih, aku dah tak boleh tukar. Aku maklumkan dekat family, dan kawan-kawan yang rapat dengan aku. Macam-macam reaksi aku dapat. Tapi, terima kasih sangat-sangat untuk yang sokong pilihan aku tanpa banyak soal. Sebab aku pon tak pasti pilihan aku betul ke tak. Bukan senang aku nak buat keputusan. Kira macam aku kena pilih antara nak sayang mak ke nak sayang ayah. Huhu. Jadi, aku perlukan sokongan terutamanya dari orang-orang yang dekat dengan aku. Can you tell me that I've made the right choice? *muka sedih.
Lepas tu, aku pergi library. Bukan nak study, bukan nak pinjam buku. Aku nak mintak kerja part time dekat koperasi library. Ini keputusan paling besar aku yang kedua. Sesungguhnya, aku tak pernah kerja part time ke full time ke sebelum ni. Cuak jugak la. Entah dapat entah tak. Baru isi borang je tadi. Kalau dapat alhamdulillah. Dapatlah aku belajar benda baru. Kalau tak dapat, bukan rezeki aku dekat situ lah tu.

Ok lah. Dah dah la tu membebel nya Najwa. Doakan aku. =D
Fighting!

4 comments:

  1. hehe... tak pa sis... cuba lagi buat solat sunat istikharah tu then zikir minta Allah bagi petunjuk guna namaNya Ya Nuur, Ya Haadi, Ya Haq... Kerana Dia Ya Alim Yang Maha Mengetahui yang terbaik tuk kita, Ya Nuur yang Maha Bercahaya, Semoga Dia pancarkan cahaya , hidayah petunjuk yang benar tuk pilihan kita...

    ReplyDelete
  2. try la dlu. mana tahu boleh jadikan pengalaman ;) insyallah ade rezeki

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI