Thursday 10 December 2015

The Stem Cell Product

Pernah tak dengar produk kecantikan yang berasaskan stem cell? Apa itu stem cell? Betul ke produk tu? Agak susah nak terangkan dalam bahasa bukan sains untuk fahaman semua tapi i'll try my best. Kalau tak faham, tanya tau.

Stem cell atau sel tunjang ialah sel yang masih belum membahagi. Ia boleh menjadi pelbagai tisu atau organ lain mengikut dorongan persekitaran. *ok, seriously weird bila tulis dalam BM.

Kalau daripada haiwan dan manusia, stem cell ni ada dua jenis.
1) Embryonic stem cell (ESCs) : Yang ni di ambil daripada embrio. Embrio tu anak dalam kandungan yang sedang membesar atau develop. Most embryonic stem cells are derived from embryos that develop from eggs that have been fertilized in vitro. In-vitro means in laboratory. Then donated it for research purposes with informed consent of the donors. They are not derived from eggs fertilized in a woman's body.

2) Somatic or adult stem cell : Sel ini masih belum membahagi dan boleh diambil pada badan kanak-kanak atau golongan dewasa. Ia digunakan untuk menggantikan sel mati atau tisu yang dah rosak. Adult stem cells have been identified in many organs and tissues, including brain, bone marrow, peripheral blood, blood vessels, skeletal muscle, skin, teeth, heart, gut, liver, ovarian epithelium, and testis. 

Kalau stem cell pada tumbuhan pula ada pada meristems tumbuhan tu. 

Ambil dari Google Image. 





Ok, jadinya, aku tertanya-tanya, kalau produk menggunakan plant stem cell, part mana stem cell tu di ambil? Kalau apple stem cell, aku ada tengok satu video, dia ambil dari bahagian epal yang kita makan tu. Persoalannya, kalau ambil dari bahagian tu, kenapa tak makan je sebiji epal terus? Lainlah kalau buah tu susah nak dapat dekat Malaysia. Kalau extract daun lidah buaya tu aku faham la. Tak ramai orang nak tonyoh terus liquid dari daun tu dekat muka. 

Oleh itu, aku sedang cari jurnal kajian pasal stem cell untuk kosmetik ni. Selalu aku tahu pasal transplantation je. Apa-apa pon, jangan judge dulu. Apa kita kena buat? 
Ya, betul....KAJI.

Sebarang info dari yang lebih arif sangatlah diperlukan. Thanks

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI