Thursday, 17 December 2015

The Alien Words


Hai. Helo. Dari malam semalam aku beria study sebab hari ni sepatutnya ada tutorial dengan lecturer garang yang aku cerita semalam tu. Pagi tadi lepas siap study, aku bersungguh pergi kelas naik bas. Turun je tangga bas, tengok Whatsapp. KELAS BATAL. Nak ganti pulak kelas pagi esok. Hanya mampu berserah~ Moga cahaya tiba nanti~ 

Meh sini nak cerita apa perkembangan FYP aku. Aku dah siap design primer, extract RNA and synthesis cDNA. Adakah ini bahasa alien? Inilah cabaran aku untuk share sesuai yang aku belajar kepada bahasa yang mudah difahami semua umat manusia. 

Kalau aku balik kampung, jalan-jalan rumah saudara-mara, pergi kenduri, orang akan tanya soalan-soalan ni. Belajar lagi ke? Ambil course apa? Ha! Nak jawab course apa tu yang masalahnya. Bila aku cakap "Genetik", reaction orang yang tanya tu memang serupa. Ramai yang tak tahu pasal jurusan yang aku ambil ni. Untuk memudahkan hidup aku, aku jawab "Biologi" je. Kadang-kadang ada yang tak berapa faham juga bila aku jawab "Biologi". Siap ingat aku ni bakal doktor la apa la. Untuk lagi senang, aku jawab "sains". Habis cerita. Dulu ada seorang pak cik tu cakap aku ambil Genetik sebab nak klon manusia. Haha. Banyak tengok cerita Hollywood pak cik ni. Jadinya, aku kena rajin ubah bahasa-bahasa alien ni kepada bahasa manusia yang semua orang faham untuk update entri tentang apa yang aku belajar. Aku bersemangat nak share tapi aku tak rajin nak translate the scientific term. Draf dah bersusun dah tapi rajin atau malas je. 

Apa-apa pon, jom lah sama-sama kita share apa yang kita tahu walaupun 1 perkara. Moga bermanfaat untuk orang lain. 

Lecturer aku cakap, kalau kita cakap bahasa bombastik tapi orang tak faham, bukan tanda kita pandai. Kita pandai kalau kita mampu buat orang faham apa yang kita cakap. Faham tak ni? Heee. 

4 comments:

  1. hik3 aliens' words eh..mcm kak ai bukan perkataan alien yg mcm gitu tp kalau typo..lebih kurang je kes kita ni..kalau org tny dedulu, belajar apa, bila cakap bahasa melayu, mula la cakap, alah senang je. padahal rasa nak tercabut urat urat nak fahamkan nahu dan segala jenis kata yg ado..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nmpk je snang BM tu tp complicated. =)

      Delete
  2. hahahaha alien hahaha yelah kan kadang kadang sebab diorang tak pernah dengar kot pasal sume tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3. sama la klau bidang akaun pon. sya mmg x phm. yg sya tau, kunci kira2..hahahaha

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI