Wednesday, 2 December 2015

The World vs Hereafter


Pernah tak dengar ceramah ke, tazkirah ke, baca dekat mana-mana ke, ayat ni :

"Bila kita kejar dunia, dunia akan lari. Tapi bila kita kejar akhirat, dunia akan ikut kita."

Zaman sekarang ni, kalau kita nak ikut peredaran zaman, memang tak termampu. Ambil je contoh fesyen dan smartphone. Dua benda tu pon kita tak mampu nak kejar. Tak termasuk  kereta, alat-alat elektronik, etc. Bukan kita tak mampu nak miliki, tapi tak mampu nak kejar untuk miliki benda-benda tu. Sampai bila nak kejar? Sedangkan fesyen tudung berubah setiap tahun, bulan, minggu. Tak berpenghujung. Tapi bila kita kejar akhirat, bukannya tiba-tiba kita dapat semua tu. Tak adalah tiba-tiba Iphone berterabur turun dari langit dekat pintu rumah. Tapi, kita akan rasa cukup dengan apa yang ada. Rasa syukur. Bersederhana. Tak taksub dengan kemewahan.

Selalu je kan kita dengar anak pak imam yang hafal Al-Quran boleh berjaya study oversea ke, pangkat tinggi-tinggi ke. Tapi kita masih cakap "ala, dia anak pak imam bolehlah,". *aku la selalu bagi alasan ni. Tapi sepatutnya kita usaha. Tak sehebat dia tak apa. Sekurang-kurangnya kita cuba. Sebelum dijemput malaikat maut, aku harap aku bolehlah hafal sikit-sikit. Malu dekat Padang Mahsyar nanti. Dosa tak payah cerita la. Astaghfirullah.

Aku memang berubah-ubah perangai. Sekejap post benda elok, sekejap post pasal dunia tak sudah. Hee. Tak apa kan. Jangan pelik. Sebab ni aku. Diverse.





3 comments:

  1. Maka pabila IPhone bertabur jatuh dari langit. tiada bergunalah payung-payung biasa.

    ReplyDelete
  2. Maka pabila IPhone bertabur jatuh dari langit. tiada bergunalah payung-payung biasa.

    ReplyDelete
  3. Pakai payung getah yg kalis air

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI