Sunday, 27 December 2015

The Splash Splash Love Drama

Hai!! Tengah musim exam pon aku nak share pasal drama Korea. Kalau yang ada paper tu, hold dulu. Jangan tengok lagi. Nanti lepas exam baru tengok. 

Splash Splash Love ni kalau cakap Koreanya, Pondang Pondang Love. Dan Bi yang dilakonkan oleh Kim Seul Gi ni jenis malas belajar. Dalam kelas dia tidur. Dia ni tak minat Math. Lepas tu bila time ambil exam SAT, dia lari. Kebetulan waktu tu hujan. Masa dia duduk termenung merenung nasib yang lari dari jawab exam tu, dia nampak satu lopak air. Part ni mengarut sikit. Dekat lopak tu dia nampak macam ada tayangan video la kononnya. Dia pon test masukkan kaki dalam lopak tu. Lopak tu dalam. Lepas tu, dia terjun dalam lopak tu. Makanya, timbullah dia dekat zaman Joseon. Masa tu, King Lee Do yang dilakonkan oleh Doo Joon (BEAST) tengah buat ritual untuk turunkan hujan dengan orang-orang bawahan dia. 

Dekat zaman tu, Dan Bi jadi cikgu Math kepada King Lee Do. King Lee Do percaya yang arithmetic boleh selesaikan masalah hujan yang tak turun-turun. Dan Bi pulak boleh balik ke zaman dia bila hujan turun. Tapi masalahnya, dekat kawasan tu kan tengah kemarau. Macam mana hujan boleh turun? Dengan Math? Tengoklah.

Drama ni ada 2 episod je. Tak tahulah nak kata drama ke telemovie bersiri ke. Hehe.


Selamat berhujung minggu. =D

2 comments:

  1. best ke? Nak try tengok... tp.. haha I also hate math. and historical. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lwk + sedih + cliche. best je sbb ade doo joon

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI