Tuesday, 8 December 2015

The Korean Drama : Faith

Aku baru lepas maraton drama Korea, Faith. Drama ni dah lama keluar tapi aku baru tengok. Drama tahun 2012. Lee Min Ho berlakon. Macam Sasuke cerita Naruto pulak aku tengok Lee Min Ho dalam drama tu. Petang-petang ni sambil review drama, sambil aku cerita apa yang aku fikir waktu tengok drama tu. Cerita ni pasal seorang General yang taat pada perintah sultan di masa lampau. General tu Lee Min Ho. Dia pergi cari doktor yang dikatakan handal dekat syurga kononnya (padahal masa akan datang, sebab dia dah lalu laluan pengembaraan masa) melalui satu pintu ajaib gitu. Doktor hebat tu dikisahkan dah ke syurga tu. Tapi, Lee Min Ho ni tak kenal pon rupa doktor yang dia nak cari tu.
Last-last, dia main culik je seorang doktor perempuan dan bawa balik dekat zaman dia. Dia terpaksa sebab nak selamatkan permaisuri yang nazak.

Semua orang percaya yang perempuan tu doktor dari syurga sebab perempuan tu ada alat teknologi yang mereka tak pernah nampak dan bahasa perempuan tu pelik. Disebabkan ramai musuh nak bunuh General dan nak culik doktor tu, macam-macam terjadi. Bunuh, intip, racun, sampailah ke rampasan tahta. Bila tahta sultan tu kena rampas dengan orang jahat, sultan tu pon mundur la ke kawasan perkampungan. Waktu ni la sultan tu kata, tanpa tahta semua tu, dia masih raja lagi ke? Yang raja sebenarnya kekayaan tu atau dia?

Otak aku pon teringat peribahasa, ular menyusur akar, takkan hilang bisanya. Maksudnya macam, kalau orang bermartabat merendahkan diri, tak akan jatuh martabatnya. *macam tak kena je.

Tapi point nya dekat sini, kalau sultan dalam cerita tu pakai baju biasa macam rakyat biasa, dia tetap sultan. Jadi, untuk dia membuktikan yang dia masih sultan walaupun tak tinggal dekat istana, dia umumkan keberadaan dia dekat kampung tu kepada penduduk kampung. Dia buka tempat persinggahan tu untuk rakyat jelata datang cerita apa sahaja. Rakyat nak kutuk ke, nak lepaskan geram ke, dia dengar je. Macam sembang dekat kedai kopi. Dari yang kaya sampailah hamba-hamba, semua dapat duduk semeja dengan sultan tu. Part ni memang aku suka.

Bila General dah dapatkan balik tahta sultan tu, masalah bertimbun-timbun lagi. Permaisuri mengandung tapi keguguran sebab orang jahat bagi dadah. Doktor perempuan tu kena kahwin dengan orang jahat tapi General dapat hentikan. General suka doktor perempuan tu tapi dia tak dapat ikut doktor tu pergi masa depan sebab dia kena berkhidmat dekat sultan. Doktor tu tak nak balik sebab dia risaukan General kalau dia tak ada. Sultan dengan Permaisuri pon suruh General pergi ikut doktor tu sebab sultan tu tahu General suka doktor tu.

Pening aku nak cerita. Sorry lah kalau tak faham. Satu lagi yang aku belajar, bila doktor perempuan tu masuk ke zaman dulu kala, banyak pasal ubat-ubatan dia tak tahu terutamanya yang tradisional. Sebabnya ubat-ubat zaman kita ni kan bukan doktor yang buat. Doktor tu tak dapat buat banyak sangat sebab tak ada mesin-mesin bagai. So, back to basic. Contoh, buat antibiotik. Zaman dulu kala, apa benda antibiotik pon tak tahu. Jadi, dia guna ingredient lain tapi motifnya untuk hasilkan effect yang sama. Bahan kosmetik etc, semua dia buat traditionally. Part tu yang aku rasa berguna untuk doktor tu kalau dia balik semula ke masa akan datang. Basic and concept are important.

Dalam ni tak nampak sangat Lee Min Ho macam Sasuke. Kalau time dia ikat scaft dekat dahi tu baru ada gaya Sasuke. Lelaki baju putih sebelah doktor tu ada kuasa ice, perempuan merah tu, api. Yang pegang seruling tu ada kuasa bunyi ke gelombang gitu. Lee Min Ho ada kuasa elektrik. 
Ok, tu je aku nak melalut petang ni. Sampai tak apa aku maksudkan?

Heeee, daaa.


4 comments:

  1. Salam singgah sini dik...Akak dah tengok drama ni bsst sangat...suka first episod bila Lee Min Ho masuk dunia moden dan jumpa dengan doktor perempuan tu dan di bawa ke dunia masa lampau....

    ReplyDelete
  2. Tahniah kat adik sebab adik followers akak yang ke-400...jangan lupa htr butiran kat FB akak yer...

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI