Tuesday, 15 December 2015

The Thrilling Incident When I Tried Eyeliner For The First Time


OMG. OMG. Hari ni patutnya aku pergi lab tapi cancel. Aku dah bersiap macam biasa dah pon tadi. Bila dah cantik-cantik tapi tak pergi mana, rasa membazir pulakkan bersiap. Aku pon menggedik la try pakai pencil eyeliner yang aku baru beli dua hari lepas. Aku kan newbie bab-bab makeup ni. Baru nak belajarlah tadi.  Sebelum ni tengok Youtube je. Nampak senang weh. 
Aku pon try. Tak tahu nak pegang eyeliner tu guna tangan kiri ke kanan. Kekok amat. Lepas dah siap buat line dekat bawah  kelopak mata belah kiri dan atas kelopak mata kanan. Serius, macam orang gila. Haha. Aku tak ambil gambar sebab aku pon tak sanggup nak tengok. 
Terus aku pergi basuh. Aku tahu kena guna eye makeup remover tapi tadi aku tak guna. Aku ingat malas nak guna sebab pakai sikit je. Aku selalunya pakai yang makeup remover untuk eye, face and lips tu kalau nak cuci makeup dekat muka. Lepas dah basuh mata aku, eyeliner tu tak hilang sepenuhnya lagi. Ada la rupa ala-ala zombi tak makan dua minggu. Aku lap dengan tisu. 
Tengok-tengok cermin, ada habuk-habuk hitam dekat tepi mata (tempat keluar air mata tu) dengan dekat bawah mata (tempat air mata duk bertakung tu). Aku pon cuak la sebab yang dekat tepi mata tu macam nak masuk ke dalam dah. Aku try untuk keluarkan air mata bagi habuk tu mengalir keluar. Tapi tak termenangis pulak. Aku cuba ambil guna cotton bud. Nasib baik boleh. Yang ni dekat mata sebelah kiri tau. Rupanya, bila aku tengok dekat mata kanan pon ada. Dah tak nervous sangat dah. Aku terus guna cotton bud lain. Nasiblah aku tak kalut guna tangan. Tak pasal-pasal kuman pulak. Huhu. Insaf dah.
Adakah aku je yang kalut tak tentu pasal? Haha.

Nak try lagi ke lepas ni? Tak tahu lahhh. 

6 comments:

  1. Haha. Cuaknya. Pernah jugak main kat dlm bilik pastu nak tanggalkan tu memang payahlaa. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sya amatur lg, tu yg jd mcm tu

      Delete
  2. hahaha Lissa pernah mengalami fasa-fasa yang sedemikian. memang annoying dengan eyeliner , insaf tak pakai lagi. tapi seminggu lepastu try lagi. beautiful is painful. hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3. beautiful is painful and expensive..hhahaha

      Delete
  3. pernah merasainya jugak masa baru bljr pki eyeliner yg jnis pencil tu... lepas tu tobat tak pakai yg tu lg... beli yg jenis bulu tirus terus... tapi mahaiiii... T_T
    memang beautiful is expensive.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa... tau3 yg tu. yg tirus tu snang nk pakai org kata tapi x berkemampuan lagi

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI