Saturday 12 December 2015

Ayah Saya Superhero Saya


Hai!! Dah berapa lama buat blog, tak pernah pon saya cerita tentang ayah saya. (Ok, entri ni guna "saya". Selalu guna "aku". Bantai je la mana-mana ye). 

Untuk menyertai, sila ke BLOG INI
Alhamdulillah, sampai hari ini, ayah masih ada bersama kami. Moga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan berpanjangan. Amin. Kenapa ayah saya superhero saya? Di sini saya sertakan 2 sebab sahaja ye. Kalau nak senaraikan semua, sampai Subuh esok tak habis. Hehe.

1) Multi-talented (He can do a lot of things)
Selain dari mengajar anak-anak muridnya, ayah sering terlibat dalam perkhemahan sebagai camp commandant. Ayah ada lesen penyelamat apa benda tah. Masa sekolah dulu, kalau nak pergi buat aktiviti dekat kolam, pantai, air terjun atau seumpamanya, memang kena bawa ayah. Bila ayah pindah dari sekolah tu, cikgu selalu bagi alasan tak boleh buat aktiviti dekat kawasan melibatkan air kalau ayah tak ada. Huhhh. You see how important my father is. Haha. Over sangat. Ayah boleh memasak. Kalau ayah masak, confirm sedap. Tapi ayah selalu bagi mak masak je. Kalau mak buat permintaan, baru ayah masak. Suka bila ayah bakar lemang. Fuhhh, boleh cair weh wanita seMalaya. Haha. Hobi ayah, memancing, menjala, menahan jaring etc. Kalau bab cari ikan ke udang ke, bagilah dekat ayah. Ayah dan air tak dapat dipisahkan. Haha. 

2) Selalu berkorban
Ayah memang dahulukan anak-anak dan isteri berbanding diri dia sendiri. Especially bab pakaian. Walaupun duit bersepah, ayah tetap tak beli kasut baru, seluar baru. Sebab dia simpan untuk buat rumah sendiri dan beli kereta besar. Bagi anak-anak selesa dulu, baru dia fikir diri dia. Kalau raya, kami anak-anak baju dah berapa pasang dah. Tapi ayah still tak beli baju dia lagi. Puas aku suruh dia beli sebab tak sedap hati nak happy sorang-sorang baju raya banyak. Jadinya, bila aku dah besar ni, aku tak tunggu ayah beli, tak suruh ayah beli, aku yang belikan. Senang. Suka bila sekali aku beli, sampai ke sudah ayah pakai yang aku beli. Yippiiiii...

Cukuplah tu sebab-sebab ni untuk menggambarkan ayah saya superhero saya. He is always there and I want a husband as good as he is or more. Yang penting, ayah awet muda sampai sekarang.  


4 comments:

  1. nanti kirim salam kat ayah ye...teringin nk jumpa...:)

    ReplyDelete
  2. thanks sebab masuk segmen Ai :) our daddy is our hero gittew. Sebak lak Ai baca

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI