Thursday 24 December 2015

Azam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 1437H. 
Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Aku ni memang jenis tak ada azam tahun baru tapi sempena Maulidur Rasul ni, aku tiba-tiba rasa insaf dan perlukan perubahan. Apa azam aku?
Aku nak solat awal waktu. 
Simple je azam aku. Bukannya nak kumpul harga bergunung ke apa. Tapi yang simple ni yang susah nak buat. Astaghfirullah. 
Ok. Aku mengaku perangai aku yang satu ni memang tak semengah sikit. Tapi solatlah yang akan effect semua amalan kita. 
Percayalah. 
Aku dah buat kajian dah dekat diri aku. Kalau aku lalai je bab solat, mesti hari tu aku akan buat benda jahat. Tak kira lah besar ke kecil.
Jadi, aku nak ajak akak-akak cantik, adik-adik comel, abang-abang sado sekalian, kita solat di awal waktu. Jom.
Doakan azam aku ni jadi amalan. Ingatkan aku kalau aku lalai.

Sumber gambar : SINI

2 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI